Wednesday, July 27, 2005

Soto

Sejak gomen cuti setiap Sabtu nih, terasa banyak pulak masa kat rumah. Apa nak buat ek? Maybe bole la aku masak apa-apa yang aku teringin tapi tak sempat nak buat sebab selalu je takde masa.

Sabtu dulu (kalau tak silap, masa Nek Jah meninggal) aku berkira-kira nak buat soto. Jumaat semalamnya dah beli ayam kampung and all the ingredients. Semua memang dah ada, nasi impit Nona, rempah soto dan aku fikir bergedil nak buat sendiri jek.

Kebetulan, pagi Sabtu tu hubby keje, jadi aku berdua je dengan Nurin. Siap telefon adik aku, ajak lunch sesama nanti. Lepas breakfast, aku keluarkan ayam dan semua bahan-bahan. Nak dijadikan citer, bila aku tenguk tarikh luput pada rempah soto tu, rupa-rupanya dah setahun expired!! Aku langsung tak perasan, yela, lepas mak bagi tahun lepas, terus sumbat dalam peti sejuk. Eh! Jangan kata aku tak kemas peti sejuk pulak, kemas, cuma tak terperasan tarikh luput rempah soto tu.

Apa lagi, aku heret la Nurin pi kedai, 3 kedai, satu pun takde jual rempah soto. Kedai Cina kan, soto pun ntah diaorg tahu ke tidak. Dengan frustnya aku balik rumah, tapi still bersemangat nak buat soto jugak. Aku pun called mak, tanya camne nak buat rempah soto. Lepas salin resepi, aku tidokan Nurin supaya senang aku nak ber'kuntau' kat dapur nanti.

Dengan selawat dan Bismillah, aku pun start la blend rempah, rebus kentang, siang taugeh..etc. Nasib baik aku dah rebus nasi impit pagi-pagi lagi, jadi tengahari nanti, bole la angkat. Dalam hati kata, kalau tak jadi soto, jadi sup pun ok la, macam soto jugakkan?

Tumis rempah, masukkan air, rebus dengan ayam sekali, bila ayam empuk angkat. Tambah gula, garam aku pun rasa...emm...eh..rasa soto la..heheh...menjadi nampaknya. Ok la tu, so kuah dah siap, aku teruskan dengan goreng ayam dan buat bergedil.

Akhirnya, dalam pukul 3 everything siap, dan yang bagusnya, Nurin tido sampai aku habis masak. Tunggu hubby balik, panggil adik aku, kitaorg pun makan. Alhamdulillah, menjadi soto aku, dan adik kata bergedil aku sedap sekali, dia ingat aku beli, heii! See the leg la... Cuma kitaorg tak dapat menikmati soto dengan berselera sebab masa tu aku baru je terima berita kematian Nek Jah. Hubby tak nak makan mulanya, tapi aku paksa. Bukan apa, takut nanti banyak keje nak buat, tapi letih dan tidak bertenaga, at least makan tu bole la buat alas perut.

Aku bercadang bila buat open house nanti (ntah bila tu ?...heheh) nak buat soto je, senang sikit. Tinggal tambah meehoon dan mee, jadi sape tak makan nasi impit bole la tuka makan mee. cuma bila nak buat tu, tak tahu la. Nanti kalau aku ada masa, aku bagitau korang ek, bole la rasa soto aku ni, sedap ke tak?... *wink*

4 Comments:

At Thursday, July 28, 2005 9:53:00 AM , Anonymous Anonymous said...

ari sabtu lepas aku baru masak soto,buat begedil,siap la taugeh, soh hoon goreng, sambal kicap sumer..then in-laws aku dtg mkn2..hah!baru tau penangan mknan johor sedap tk sedap hihi kalu tak, asik la mkn nasik dagang, laksam..betambah2 noha diorg mkn..anyway nk tanya ko ni,mmg ada rempah soto eh?camne tu?aku buat kuah dia cam buat sup ayam tu je laa..tak tau ada rempah soto, meaning takyah tumis2 bwg ke?

 
At Thursday, July 28, 2005 12:22:00 PM , Blogger noha chomel said...

mar: fyi, soto ngan sup lain, soto ada rempah dia sendiri, dia ada ketumbar, jintan manis, lengkuas, halia dan serai, these basic thing mesti ada baru la nama dia soto (yg aku tahu la), kalau macam sup lak, halia, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga ..etc..

kalau nak buat soto, still kena tumis bawang putih dan merah tu, cuma kena tambah rempah dan gula lebih sikit (normally soto tu manis sikit).

eh mar, kat muo ada satu tempat jual soto, sebelah kedai kereta terpakai dekat dgn masjid..best wooo kat situ..

 
At Thursday, July 28, 2005 5:47:00 PM , Anonymous Anonymous said...

sany : dah buat tu, kalau ada lebih meh la pos kat sini..

 
At Friday, July 29, 2005 12:13:00 PM , Anonymous Anonymous said...

ju : aku percaya kalau ko makan sampai 2 mangkuk, sebab semangkuk tu sikit je kan...hehe..tapi baisanya aku makan dengan sate sekali, sate dia not bad..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home