Tuesday, July 26, 2005

Hati-hati melintas yaa...

Bila dengar radio Era pagi tadik, kajian mahasiswa/wi UPM menunjukkan bahawa hanya 7% ibu bapa yang memegang tangan anak mereka semasa melintas jalan dan kanak-kanak ini masih blom bole mengagak, jarak kenderaan yang menghampiri mereka.

Teringat masa kecik-kecik dulu, aku adalah anak yang selalu ikut abah pegi mana-mana kalau dia keluar. Pegi kedai ke, pegi opis ke, pegi sapan pepagi..etc.. Dan kalau nak melintas tu, abah akan pegang 'kejab' pergelangan tanganku. Dulu masa kecik-kecik, terasa amat kasar sekali pegangan tangannya, tapi nak buat camne, selagi tak sampai di seberang abah takkan lepaskan pegangannya. And i believed all of ur fathers do that to u too, rite?

Sampai la aku dah beso ni, dah keje, abah masih pegang pergelangan tangan aku kalau nak melintas jalan. Tapi kali ni, perasaan aku rasa sangat berbeza. Apa yang aku rasa, kasih sayang abah yang hanya mahu memastikan keselamatan anaknya, mengalir ketika tangannya memegang pergelangan tangan ku membuatkan aku rasa sangat terharu dan aku yakin aku dapat menyeberangi jalan dengan selamat! Betapa aku berharap suatu hari nanti, kalau abah sudah tidak mampu mengagak jarak kenderaan yang datang semasa melintas jalan, aku berada di sisinya untuk memegang tangannya dan membantunya melintas dengan selamat.

Walau pun abah jarang mengucapkan kata sayang pada aku dan juga adik-adik, tapi aku rasa ini lah salah satu cara dia menunjukkan kasih sayangnya. Untuk itu, kat sini ingin sekali aku menyatakan bahawa aku amat menyanjungi dan menyayangi seluruh jiwa dan ragaku. Abah, u are the best father i ever had!

Sekarang bila dah kawen, hubby pulak mengambil alih tugas tersebut, memastikan aku dan Nurin selamat walau kat mana pun kami berada.

4 Comments:

At Tuesday, July 26, 2005 12:35:00 PM , Blogger Xura'Z Craft said...

dulu arwah atuk aku bkn pegang tgn aku, tp pegang telinga utk bg aku statik ikut dia melintas!

 
At Tuesday, July 26, 2005 3:03:00 PM , Blogger noha chomel said...

nurkasih : adoii...sakit ke telinga ko??

 
At Wednesday, July 27, 2005 5:19:00 PM , Blogger Xura'Z Craft said...

sbb sakit la aku t'paksa ikut je dia jln!

 
At Thursday, August 24, 2006 3:47:00 PM , Anonymous Anonymous said...

Excellent, love it!
» »

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home