Thursday, July 21, 2005

Petai

Hari ni, aku masak nasi goreng, jadi semua org = my hubby, my doter and me bawak bekal nasi goreng. For me plus petai sebagai ulam. What??!! PETAI??!

Heheh…aku memang suka makan petai, tak kira la, buat ulam cecah sambal belacan , sambal tumis petai atau pun sambal goreng yang dibubuh petai, apa saja yg ada petai, aku makan. Walau pun aku ngan hubby makan apa saja, tapi this petai thingy my hubby tak suka. Tak kisah la, aku suka, aku sorang je la makan. Aku rasa ‘bau’ petai tu yang dia tak suka kot, but as for me, bau dia tu yg best selain dari rasanya.


For your information, menurut WIKIPEDIA (Ensaiklopedia bebas : http://ms.wikipedia.org/wiki/Petai ), Petai adalah tumbuhan asli di Malaysia dan negara-negara Asean yang lainnya yang beriklim panas lembap. Pokok Petai masih lagi boleh didapati tumbuh liar di hutan.

Nama saintifik petai ni ialah Parkia speciosa dan is termasuk dalam keluarga Leguminosae. Pokok Petai boleh tumbuh setinggi 30 meter ., dan kebanyakan terdapat di hutan atau bukit.

Buah Petai berbentuk panjang dan nipis, tumbuh serumpun pada satu tangkai utama. Buah yang cukup tua, boleh berukuran sehingga 50 cm panjang. Pada satu papan buah, terdapat antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang sepanjang buah. Biji-biji inilah yang dimakan kadang-kadang mentah dan kadang-kadang dibakar.

Buah Petai dipercayai mempunyai khasiat untuk mencegah penyakit
kencing manis dan mencuci buah pinggang, dan ini bukan reasons aku makan petai, aku mmg suka petai walau pun seblom aku tahu apa khasiatnya.

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air , banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Dan hari ni aku makan nasi goreng dengan petai yg dicicah dengan budu plus tempoyak...heheh...pelik ke?...takde yang pelik, aku asal ok je ngan tekak, semua aku telan. Sebab tu la aku nih ‘comel’ je...hahah....(baca :masih tak nak ngaku gemuk lagi tuhh...). Tak kisah la aku macam mana pun, asalkan hubby sayang aku, Nurin sayang aku, kawan-kawan bole terima aku seadanya, itu sudah memadai dan yang penting, walau pun aku ‘comel’, aku tetap menjaga kesihatan dengan bersenamrobik, brisk walking dan diet. ‘Comel-comel’ pun ada orang sayang apa, ok la tuh...heheh...syukur Alhamdulillah..

So kengkawan, sesape yg tak penah makan petai atau tak suka petai including my hubby dearie, try la...sedap woooo.....

4 Comments:

At Thursday, July 21, 2005 11:04:00 PM , Anonymous Anonymous said...

petai? budu, sambal belacan dan tempoyak ok lagi, petai...belum cuba lagi. pahit yang amat. ulam...lecur air liur teringat makanan malaysia. takpa, cuti nanti aku makan puas-puas. kira balas dendam. he he he.

 
At Friday, July 22, 2005 10:50:00 AM , Blogger noha chomel said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At Friday, July 22, 2005 10:51:00 AM , Blogger noha chomel said...

mazia : mana ada pahit, lemak la, sedappppp...wehh..balik mesia jgn senyap2 je ek..nanti tau2 je dah nak balik UK!

sany : amboiii, panjang je comment, mcm entry pulak...:P
anyway, thanks for ur info. btw, kalau jumpa yg 25 ikat RM5 tu, beli la untuk aku sekali ek...

 
At Monday, March 05, 2007 10:39:00 AM , Anonymous Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... tadalafil discount prescription bmw 745

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home