Wednesday, July 13, 2005

Menarik tentang Nurin

Lama aku tak citer pasal Nurin kan? Aku sibuk sikit 2, 3 hari ni, banyak nak citer tapi takde masa nak mengarang depan komputer. Hari ni, aku nak citer apa-apa je pasal Nurin.

- Kalau Nurin terkent*t, cepat-cepat dia kata "Oh Ooo, sowi" sambil senyum tersipu-sipu.

- Makan apa je yang kitaorg makan even sambal. Budakkan payah nak larang, so, go ahead, nanti dah pedas, berenti la dia.

- Kalau dia minta sesuatu contohnya makanan atau minuman, dan nak jadikan citer both tak sesuai untuk dia, kitaorg akan kata "Nurin, air / makanan ni tak sesuai untuk kanak-kanak, ini untuk mama dan babah je" dia akan terkebil-kebil pandang kita dan sambung balik apa dia buat. Pheww!!..So far, dia terima lagi la alasan tu.

- Kalau dia nakal sangat atau menangis tak tentu pasal (mengada la nih), hubby akan angkat bawak masuk dalam bilik, tutup pintu. Memula dulu dia menangis, tapi lama-lama dia diam je. Yang kelakar tu, selagi tak kasi keluar, bole plak dok diam dalam bilik. Penah sekali aku jenguk dia kat dalam bilik, nampak je muka aku "Mama, please..kuwa??" (Mama, please, nak keluar)....heheh..kelakar tul...

- Pantang nampak orang berkemban lepas mandi, dia akan kata " Aluuu...shame.."..laaa sape suruh tenguk? at the end kita plak yang 'termalu'..iiskk...

- Kalau nampak buai kat taman permainan, terus nyanyi 'buai laju-laju' sambil buat tangan menghayun buaian gitu.

- Kalau peluk orang, lagaknya macam orang dewasa, siap tepuk-tepuk lagi belakang orang yang dipeluk.

- Yang paling tak larat tu, pandai sgt berlakon, contohnya, walau luka sikit, melolong mcm nak rak!

- Di kalangan keluarga sebelah hubby, orang panggil Nurin 'kental' . Bukan apa, Nurin ni badannya tough, berketul-ketul tapi takla gemuk. Bila orang tanya "Sape kental?" cepat-cpeat dia angkat tangan.

Sekarang Nurin dah 2 tahun 5 bulan, bila nampak baby seronok sgt, tapi bila tanya nak adik tak, 'Tak nak!" masam terus muka dia (nampak muka cam tergugat gitu). Aku pun tak tahu bila nak menambah anak, bila kengkawan bersalin, rasa teringin, bukan takut bersalin, tapi bila mengenangkan masa pregnant yang teruk tu buat aku fobia. InsyaAllah, ada rezeki nanti, ber'adik' la Nurin...*smile*...

3 Comments:

At Thursday, July 14, 2005 9:12:00 PM , Anonymous Anonymous said...

Noha,
Terasa kalau ada anak ini seronok kan? Ha ha ha, menguji diri kita tentang kesabaran dan kematangan. Tetapi, bagi diriku, menjaga anak lebih senang dari menjaga "bayi besar". Berat sebelah ke tanggapan aku?. menongkah hari mendatang, sekiranya ada anak, membuatkan diri kita berwawasan jauh, sebaliknya bila bersendirian, kadang-kala tak nampak wawasan hidup ini kemana? atau, adakah itu hanya tanggapan aku sahaja? tahniah, aku ucapkan kepada kawan2 yang sudah berkeluarga. Pertama, dengan keluarga, melahirkan kematangan pemikiran dan melahirkan manusia yang berwawasan jauh.

Ini sekadar pendapat aku untuk dikongsi dan dikritik rakan2.

 
At Thursday, February 15, 2007 8:18:00 AM , Anonymous Anonymous said...

Excellent, love it! Pa surveillance sauna fitting room surveillance camera infrared sauna health benefits retirement plan small business owner Pink valium pills topamax pharmacology Precision movers moving company ca April 17 tax butt paste eczema wool sweaters

 
At Saturday, March 03, 2007 7:44:00 PM , Anonymous Anonymous said...

Best regards from NY! Cropped cuffed pants porsche 944 floor mats embroidery Mad dog backpacks does seroquel make you tired men who don't like sex Buspirone photos seroquel prescribe

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home