Friday, June 17, 2005

Menu

Menu yang aku tahu setakat ini (pukul 1.50 petang, jamuan perpisahan tu kul 3 ptg), sate kajang, kek, keropok dan lain-lain (blom dapat dipastikan lagi).

Isskk...risaunya, asik makan je, dah le penimbang kat umah tu rosak (rosak sebab hari-hari yang timbang, orgnya 'comel-comel' belaka..hahhahah...). Bila penimbang rosak, takleh nak monitor berat, ye la, kalau berat sgt, takut nak makan byk-byk, nanti bila dah turun baru makan balik (errr...bole ke gitu...).

Yang lain-lain tu aku bole tahan, tapi sate kajang ni pantang, pantang nampak!! mesti nak makan, yang orang belanja atau jamuan punya lagi sedap..heheh..