Tuesday, June 07, 2005

Mimpi??

Hampir sebulan Nurin tido sorang-sorang kat bilik dia, biasanya takde masalah, kalau nak susu pun dia akan bangun kejutkan aku, pastu balik bilik dia semula, atau pun kalau dengar dia menangis je, aku terus bangun tenguk dia kat bilik sebelah.

Semalam, lebih kurang pukul 1.30 pagi dia masuk bilik aku, terus baring sebelah aku, kebetulan aku pukul 8.30 mlm dah kong!... Nurin pun lepas maghrib dah tido. aku pujuk dia masuk semula bilik dia, dia kata ' ann..nakk!'... aku buat susu, sambil pujuk-pujuk lagi, pun tak nak, at the end, dia tido kat bilik aku malam tadi. Takpe la, satu malam je, agaknya dia mimpi buruk kot, tak pun panas sangat sebab bilik dia memang panas sikit berbanding ngan bilik aku, walau pun dah 'switch on' kipas. Lagi pun, aku rindu gak ngan Nurin, lama tak tido ngan dia...*smile*

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home