Friday, June 17, 2005

Hari Jumaat yang mulia...

Hari ni aku pi keje bawak kancil sendiri. Pagi-pagi lagi dah berlaku kejadian lawak yang serba sedikit telah menceriakan hariku. Dalam perjalanan tadi, masa berhenti kat traffic light, tengah menyanyi dengan Nurin dalam keta, aku perasan pemandu sebelah keta aku melambai-lambai. Aku tenung macam nak rak, 'sape la cina sebelah aku ni, apa yang dia nak?'... Dekat satu minit gak la aku merenung muka dia sbb nak cam sape la orgnya. Sekali tu bila aku pandang keta dia, Kelisa warna oren.. laaa....adik aku rupanya...heheh...terukkan aku, kakak pun tak kenal adik sendiri. Tapi jangan la salah, adik aku sejak kawin ni, membesar bagai johan! Kalau tak terpandangkan kereta dia tadi, sampai lampu merah tuka hijau pun aku tak kenal dia agaknya...

Pagi ni, aku sibuk buat labwork dengan student practical org lain sibuk mengemas meja dan pinggan mangkuk. Hari ni last day student practical kat sini, so petang ni nak buat majlis perpisahan la kononnya. Tak tahu makan apa, sebab bila aku tanya jawabnya rahsia, tapi aku nampak nasi impit, soto kot??

Sebenarnya, byk gambo yang aku nak upload kat sini, nak kasi korang tgk, tapi aku masih baru dlm dunia mem'blogger'an ni, byk lagi yang aku tak tahu nak buat, nak blaja, aku tak punya byk masa dan satu lagi yang tak best umah takde line internet. Tapi takpe, gambo yang aku bole simpan, aku simpan, bila-bila kalau aku dah pandai, nanti aku letak gambo dlm ni.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home