Wednesday, June 15, 2005

Happy birthday to my Hunny Bunny!!


Dah lama aku nak update blog aku nih, maklumlah kat umah takde net, pastu bila naik keje Isnin ngan Selasa minggu ni, sibuk la pulak, skang ni aku lom sibuk lagi, kejab lagi sample sampai, tak duduk la aku.

Semalam 14hb Jun, hari lahir hubby yang ke 28 tahun. Malam sebelumnya, sementara nak tunggu pukul 12 mlm, aku tak timbulkan langsung pasal birthday dia, aku buat derk je, konon-konon tak ingat la, nak dijadikan cerita, aku tertido awal depan tv, aku sedar-sedar hubby dah tolong sidaikan kain, dah pasang ubat nyamuk tapi dia tak tido lagi sebab esoknya dia cuti 2 hari.

Aku pun bangun, gosok gigi, pegi cari hadiah (yang aku sembunyikan) yang dah aku beli sejak Jumaat minggu lepas. Untuk birthday tahun ni, aku belikan hadiah yang merangkumi hadiah hari lahir, hadiah anniversary (sebab the next day 15hb Jun, anniversary kitaorg la pulak) dan makan malam … aku belikan hubby seutas jam tangan sebab aku rasa, sejak aku berkenalan hingga la saat ini, aku blom pernah belikan dia jam tangan. Masa nikah dulu nak bagi jam tangan buat hantaran, tapi bapak mertua dah sponsor la plak.

Aku duduk bersila depan dia (hubby kusyuk tgk tv), aku hulurkan hadiah, ucap selamat dan kissed kat pipi. ‘Eh, apa nih?’’Bukak la tenguk..’..dia pun duduk dan bukak hadiah tu.. Amboi! Senyum sampai ke telinga bila dia tenguk hadiah tu, terus dia peluk aku..’Thanks yang, buat susah-susah je, mesti mahal nih’… aku senyum je, terasa puas sebab orang yang kita sayang menghargai hadiah yang kita beri.

Esoknya, lunch hour hubby bawa pegi makan kat The Manhattan Fish Market kat Alamanda, Putrajaya (aku suka makan kat sini, try la Grilled Platter dia, best!). Lepas tu kitaorg beli kek kat Secret Recipe (kat sini, kek dia best gilerrr...tapi mahal giler gak...), tapi makan kat umah dengan Nurin.

Hari ni, aku bawak pulut kuning kat lab, doa selamat sempena anniversary kitaorg yang ke 3 tahun. Yang tak best tu, aku tak betul-betul prepare nak buat pulut kuning tu, tak sangka masak lak pulut kuning yang aku tanak (first time tanak pulut kuning…heheh.), jadi takde la aku masak lauknya, aku beli je kari daging kat kedai, tapi karinye lak cair mair. Apa pun, Alhamdulillah, sepanjang tiga tahun ini, segala pahit manis, asam kecut, dapat dilalui bersama, aku berdoa agar perkahwinan ini kekal hingga akhir hanyat kami, InsyaAllah

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home