Thursday, June 09, 2005

Kenapa buat aku camnihh???

Hari ni (semalam, Rabu, 8hb Mei) cam biasa, datang lab, breakfast dengan labmates, chit-chat lebih kurang sebelum semua orang buat keje masing-masing. Aku ambil kesempatan untuk check email seblom memulakan keje, memandangkan sample pun tak sampai lagi. Pastu, aku ‘jumpa’ seseorang dan dia telah berkata sesuatu kepadaku dan kepada semua yang lain. Tak sempat memproses apa yang cuba disampaikan, sample pun sampai. Tanpa membuang masa, aku mulakan keje aku hari dengan perasaan serba tak kena……


…………………………………………………….

Aku tak tahu, adakah kata-katanya tadi ditujukan untukku, tapi kenyataannya sungguh membuatkan aku terasa hati, tajam menikam! Apa salah aku? Kenapa dia cakap macam tu? Adakah dia cuba nak sakitkan hati aku?

Ntah la… puas aku fikir, apa lagi perbuatanku yang tak kena di hatinya, yang buat dia tak puas hati, sukar nak kutemu jawapannya. Bila difikirkan kembali, sememangnya aku pernah buat salah terhadap dirinya, aku mengaku dan berterus-terang padanya, juga memohon maaf, bahawa aku benar-benar kesal atas perbuatanku. Dia menasihati aku dan memaafkanku, tapi tak tahu la kalau itu cuma kata di mulut, kerana apa yanag ada dihatinya, hanya Allah yang tahu.

Dia yang kukenali sangat ku hormati dan ku kagumi. Salahkah aku kerana menyukai dan mengaguminya? Sekali lagi, ntah la…. Aku rasa sedih, pedih dan malu kerana kata-katanya seolah-olah menghina diriku. Terasa seakan berlubang dada ini mendengar kata-katanya.

Pastinya aku memang tak setaraf dengannya, tapi tahukah dia bahawa aku juga ada hati dan perasaan, tak perlulah menyakiti hatiku sedemikian rupa kerana aku tahu kedudukanku dan aku sedar siapa aku. Mungkin dia berjaya di dalam bidangnya, disukai ramai dan dihormati rakan, tapi tak bolekah dia menjaga hati dan perasaan orang lain?

Aku perlu meluahkan apa yang aku rasa, kalau tidak, lubang kat dada takkan hilang. Apa pun yang dia cuba lakukan, tidak sedikit pun mengubah rasa hormatku pada dirinya. Cuma aku nak dia tahu, aku juga ada cita-cita, impian dan harapan. Kata-katanya akan ku jadikan perangsang untuk mencapai apa yang aku inginkan. Bersama ibu bapa, suami dan anak yang sentiasa memberikan dorongan dan galakkan, aku percaya aku akan berjaya dan kerana Allah sangat berlaku adil pada hambanya. Mungkin ketika ini, aku masih mentah melalui liku-liku kehidupan, tapi tak mustahil dengan restu keluarga dan rahmat dan kasih sayang Allah, aku akan berjaya, insyaAllah. Aku harap dia juga tidak lupa, bahawa apa yang dia kecapi, apa yang dia perolehi, kejayaan, kerjaya dan keluarga bila-bila masa sahaja akan diambil Tuhan. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang…

…………………………………………………

Patut la satu hari ni rasa serba tak kena, walau pun kerja dah aku siapkan, masih ada lagi yang mengganggu di hati dan fikiran. Perasaan tak seronok, otak rasa beku , sungguh tak ‘best’ hari ini …. Cepat-cepat la berlalu hari ini, aku nak tido, nak lupakan ‘kata-kata’ yang sungguh mengecikkan hati aku (takpe la, biarkan, aku maafkan dia, mungkin semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya) aku nak bangun esok dengan perasaan baru, segar dan tiada dendam di hati, kerana dendam hanya akan menjadi barah yang membunuh perasaan dan fikiran.

2 Comments:

At Thursday, June 09, 2005 2:57:00 PM , Anonymous Anonymous said...

ari semlm pun(ari rabu) ialah ari plg sedih and kecewa buat aku..rasa down amat2 sgt,aku wish cpt2 la ari rabu abis..mmm..bkn aku sorang bersedih rupanya ko pun sama yer noha..takpe la may tomorrow onwards bring cherish and happiness to us selain berkat dr Allah..

 
At Thursday, June 09, 2005 5:36:00 PM , Blogger noha chomel said...

heheh...korang don wori, aku kan biasa la emosi sket, tapi kejab je....tak larat la beb...

aku dah ok dah, thanks sbb amik berat, love ya...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home