Happy...happy...happy always...
Aku happy sangat hari ni (semalam, Khamis, 9hb Mei), sebab ada 3 perkara yang akan aku ceritakan nanti. Sekurang-kurangnya aku kini bertambah yakin bahawa Allah itu Maha Adil, Pengasih dan Penyayang. Kiranya sehari seblom ini aku diuji, ditimpa masalah, tapi hari seterusnya menjadi lebih baik dari semalam, Alhamdulillah!
Perkara pertama yang buat aku happy sebab aku telah buat orang lain rasa happy. Lepas dapat inai dari Kak S, aku cuba-cuba buat ukiran inai di tangan dan jari, rupanya bebudak lab nih suka sangat nak mencuba. Apa lagi, beratur la semua, lepas sorang-sorang aku lukis berbagai corak kat tangan. Walau pun pada akhirnya aku pening sebab byk sgt corak nak kena lukis dan maybe terlaku focus, at the end aku happy sebab orang lain happy, dan ini menjadi lebih bermakna!
Keduanya, mak aku called kata nak datang..yuuhuuu…bestnya! Alhamdulillah, aku rasa aku sangat beruntung, sebab aku masih ada mak bapak, mak bapak aku masih bekerja dan kuat. Walaupun setahun lepas kami ditimpa musibah (Amy meninggal dunia) tapi aku rasa hikmahnya, kami sekeluarga jadi lebih rapat to each other dan rezeki sentiasa mencukupi. Berbanding orang lain yang dah takde mak bapak dan tak dapat nak menunjukkan kasih sayang kepada mereka, aku sangat-sangat bersyukur kerana aku masih berpeluang melakukannya. Dan aku akan pastikan setiap peluang takkan berlalu dengan sia-sia…
Ketiganya, aku dapat berpoya-poya dengan best friends aku kat umah one of them. Sejak memasing dah keje dan dah berkeluarga, mmg payah nak jumpa, lepak-lepak ngan kengkawan. Sekali lagi aku bersyukur sangat-sangat sebab dikelilingi dengan kawan-kawan yang-bersama-tak-kira-susah-atau-senang dan hubby diaorg pun bole get along ngan aku dan my hubby. Aku pi umah Nad kat Kajang bersama mak, mummy dan hubby masing-masing. Nad masak meehoon hailam, air teh ais limau, ada kek baulu, kek gula hangus dan buah nenas dalam tin. Aku bawak mee goreng, mak bawak kek gulung? Dan mummy bawak agar-agar. Hhmm… kenyang betul makan dan macam-macam cerita yang keluar. Kesian kat Nurin sebab cuma aku sorang je yang ada anak….takpe, tak lama lagi, ramai la kawan-kawan dia nanti…masa tu dia bole jadi ‘taiko’ dan ‘kak long’ pada ‘adik-adik’ dia nanti.
Balik dari umah Nad dah pukul 12 mlm, aku jumpa mak ngan abah yang bermalam di rumah adik, dan yang paling tak senonoh aku sempat lagi makan sate 15 cucuk yang dibawa oleh mak..eemm…abih punah ranah diet aku…iiskk… Tak kisah la, janji aku happy dan aku bole tido lena sampai pagi. Semoga kegembiraan dan kebahgiaan hadir sama pada hari-hari yang mendatang.


5 Comments:
aku jeolous betul la...
korang nih..
aku rindu sgt kat mak & mami..
sbb aku rase aku le 'anak'
dulu yg paling amat nakal...
mungkin diaorang plg banyak makan hati ngan aku....
ko pun same tp aku da slalu jumpe ko...
issskk...
nad tu dah sah le tgh hapy bukannye ingat kat aku nih..
nnt kalo ader rezeki kita kumpul kat umah aku lak..
aku sponsor tempat tido skali...
nak tak?????....
kita pi paso sesama..
dan masak sesama amacam...
HEhehe, meh laa julia mai KL, :D,
takpe laaa, lain kali kami ke Melaka laaa pula, almaklumlaa, mlm tuh kami sampai Ampang pun jam 1pg, mak pun dah sakit bontot duk lame, kene alas bantal tebal lagi tuuu...
So, hang nak sponser "hotel" ker..? or tpt aku landing dulu masa kenduri kawin ko.
Apa-apa pun, noha, kita buat satu plan lagi ke Melaka, tapi masa cuti laaa, aku,ann,najib,atuk(raden),masani leh tido dlm van nad Avanza tuh, lelaki x kesah tido memana.
Opss.. lupa plak,
email aku dah tukaq laaa...
ideaspinners dah takde...
tukaq ker sany@learningedgeconsultants.com
Ok..
Jumpa lagi...
Julia, kim salam kat atuk ek and anak ko..
bye
tido umah aku le...
setiap pasangan aku bg satu bilek...terhad pd 3
yang dtg lambat..
tido le melambak kat dpn TV
hehehhe...
tp nntla ek....
aku kemas umah aku dulu....
hehehhe
Ikhsss.. tak mau laaa, nanti ter'projek' susah. hehehehe.. abaikan perkataan tadi..
Alaaa sedia dua bilik jer, satu laki, 1 pompuan, no hal laa pisah 1 mlm jerr, rindu sikit.. tapi, kat umah ko ader bantal peluk tak?
kang tak tido plak aku xde "bantal peluk".
Aku nak balik umah kejap....
ok..
Oh kome, durian dah luruh, nanti dah banyak,,aku ajak korang ek sambil buat BBQ kat tpt mandi-manda...
Bye
best regards, nice info
» » »
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home