Thursday, June 09, 2005

Inai

My colleague, Kak S baru je balik dari umrah, seblom dia pegi sempat la pesan ngan dia, tolong sampaikan doakan aku kat sana nanti. Selain dari tu aku pesan inai dengan disertakan sedikit sumbangan, iyer la, takkan nak main pesan gitu-gitu je dengan air liur, kesian kat dia kan.

Semalam Kak S masuk lab semula setelah 2 minggu menunaikan ibadah umrah, dia nampak sihat dan ceria sekali, batuk-batuk tu ada la sikit-sikit. Macam biasa, org balik umrah atau haji, bawa kismis, kacang kuda, kurma ..etc.. aku lak, punya la tak sabo terus tanya ada ke inai untuk aku?...

Mesti korang pelikkan, apsal la sibuk sgt aku nak berinai. Aku ni sejak kecik mmg suka pakai inai. Kat umah nenek tu sampai gondol dan patah-patah pokok inai aku kejekan, masa tu takde inai-inai serbuk ni lagi, kena tumbuk daun-daun tu.

Bila masuk sekolah menengah, dah kurang la aktiviti aku memakai inai, sebab cikgu tak bagi, peraturan sekolah gitu, tapi bila masuk u, projek memakai inai menjadi kegilaan, dapat lak kawan yang satu kepala, bukan setakat jari je yang berinai, rambut pun kitaorg inai! Best tau kalau pakai inai kat kepala, kepala jadi ringan dan sejuk je..

La ni zaman semakin moden, bukan setakat inai serbuk, inai dah ada dalam tiub, macam tiub ubat gigi tu. lagi senang nak pakai, takyah bancuh, terus pakai, nak buat decoration kat tangan pun senang sebab mulut tiub tu panjang dan tirus, tajam gitu. Jadi skang ni makin galak la aku berinai jawabnya...

(hehhe...nampak la cam pengantin baru je sepanjang masa....)

5 Comments:

At Thursday, June 09, 2005 5:29:00 PM , Anonymous Anonymous said...

ju ko beli tonic utk rambut gugur, kat farmasi byk, mak mertua aku aritu kepala dah naik botak, tp pakai tonic terus ok, byk jual kat farmasi tp aku tak tau la cap apa, harga 30 hinggit

 
At Thursday, June 09, 2005 5:38:00 PM , Blogger noha chomel said...

aku pun byk gak rambut gugur, aku potong pendek, pastu aku guna rejoice dan pelembab dia sekali..la ni ok la sket..

 
At Saturday, February 03, 2007 6:38:00 PM , Anonymous Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read » » »

 
At Thursday, February 15, 2007 8:00:00 AM , Anonymous Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... »

 
At Monday, April 23, 2007 10:35:00 PM , Anonymous Anonymous said...

Best regards from NY! » »

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home