Wednesday, June 22, 2005

Wanita hamba kepada suami?

Topik ni dulu, penah la kawan aku tanyakan pada aku dan kat bawah ni la jawapan aku.

Terlebih dahulu, aku nak beritahu korang, apa yg aku tulis ni berdasarkan pengalaman dan pembacaan aku, mungkin tak sama dgn apa yg korang lalui, dan semua ini adalah pandangan aku secara peribadi.

Sebenarnya, wanita tak akan menjadi hamba kepada suami sekiranya suami atau isteri tahu tanggungjawab masing2.

Kalau ko nak nak tahu, hubby aku tu dilahirkan dalam keluarga yg mendahulukan apa-apa jua keperluan / kepentingan org lelaki. Tapi seblom kawin, sejak couple2 lagi aku selalu tegaskan, zaman sekarang ni, pompuan ngan lelaki sama je, suami dan isteri bekerja mmg kena saling bantu membantu.

Asalnya, hubby dulu, semua keperluannya disediakan, selain ada pembantu (maid), nenek dia pun trained atuk dia macam tu gak, maksudnya segala keperluan disediakan. Tapi bila hubby kawin ngan aku, aku trus cakap ngan hubby, aku sebagai isteri akan menjalankan tanggungjawab aku selayaknya dan aku nak dia sama-sama membantu aku, sbb kalau dia bagi alasan penat bekerja, aku pun bekerja jugak, lainlah kalau aku tak keje dan dibiayai sepenuhnya oleh hubby aku… dan kalau isteri tidak bekerja sekali pun, suami sepatutnya memahami kepenatan isteri menguruskan rumahtangga dgn ringan tulang membantu isteri di rumah.. dlm hal anak pun sama jugak, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorg suami membantu isteri buat susu, tukar pampers, cebok anak sbb anak tu pun anak dia jugak.
(dlm hal ni, contoh terbaik ialah bapak aku, masa kitaorg baby, kalau mak aku keje mlm, sbb dia nurse kan…mlm dia akan jaga kitaorg walau pun makcik aku tinggal sama2, dan lampin kitaorg bapak aku yg basuh!)

Dan mmg rezeki aku, dapat suami yg tak ego, sanggup membantu isteri tanpa mementingkan diri sendiri, malahan boleh menerima teguran isteri. Sekarang ni, Nurin berak/ kencing, kalau aku sibuk, hubby akan tolong uruskan dan apa jua kerja rumah, Alhamdulillah, ringan tulang dia membantu aku.

Tipsnya kat sini :

Dalam sesebuah perkahwinan tu, pertama sekali mesti ada redha-meredhai dan yg paling penting ialah komunikasi 2 hala suami dan isteri. Sebagai isteri , kita berhak untuk menyatakan apa yg kita inginkan di dlm sesebuah perkahwinan itu. Pada dasarnya, seorg suami atau isteri tidak mampu atau tidak boleh mengubah sikap / perangai / habit pasangan masing2…maka timbullah give and take / tolak ansur di sini. Tolak ansur inilah sebenarnya yg mampu menjadikan seorang suami atau isteri itu ideal dan menepati citarasa di antara satu sama lain. Dan secara tidak langsung, tidak ada isteri yg diperhambakan suami kerana suami redha membantu isteri.


Dalam kes aku plak, aku ngaku aku mmg ngada-ngada, kuat merajuk, ego, aku jek yg betul dan sesungguhnya Tuhan tu Maha Pengasih, dia bagi hubby yang tahap kesabarannya cukup tinggi dan sgt memahami diri ini. Doa aku tiap-tiap hari agar aku mampu mengawal diri aku, berubah ke arah yang lebih baik dan hubby plak mampu bersabar dengan diri ini hingga ke akhir hayat kami, aminnn....



1 Comments:

At Tuesday, June 28, 2005 2:34:00 AM , Anonymous Anonymous said...

he he he, macam kenal ajer soalan itu? terima kasih kerana beritahu dua blog yang menarik. Harap sentiasa sihat dan gembira di samping keluarga.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home