Monday, July 04, 2005

Nek Jah

Hari ni aku nak citer pasal nenek hubby sebelah mak dia..eerr...maksudnya mak kepada mak mertua aku.(faham tak?..kalau tak, ntah la..tak tau camne lagi aku nak explain).

Aku kenal Nek Jah ni dah lama, sejak memula berkenalan dengan hubby aku lagi. Kiranya aku jumpa Nek Jah dengan Tok Sha'aban (hubby Nek Jah) sebelum aku jumpa bakal mak bapak mertua. Sebab masa tu aku blajo kat kl, hubby bawak la jumpa tok ngan nenek dia dulu since parents dia kat jb.Kononnya, kalau dah atuk ngan nenek dia 'berkenan' kat aku, nanti mak bapak dia pun 'on' je la...

Macam nenek aku, Nek Jah ni seorang surirumah sepenuh masa, sabar membesarkan anak-anak seramai 6 orang dan setia mengikut suami bertugas ke mana sahaja yang diarahkan sebab atuk ni dulu askar. Nek Jah yang aku kenal, seorang yang peramah, penuh berdisiplin dan bersemangat tinggi, mungkin juga sikapnya banyak dipengaruhi oleh atuk, seorang yang tegas dan berdisiplin.

20 tahun dulu, Nek Jah pernah diserang stroke dan hampir membuatnya lumpuh, tapi dengan berkat kesabaran, berusaha berubat di mana-mana sahaja, semangat untuk meneruskan kehidupan seperti orang lain, mampu buat Nek Jah berjalan semula. Namun setelah diserang stroke buat kali ketiga telah menyebabkan Nek Jah hanya mampu terlantar dipembaringan selama setahun 7 bulan, akhirnya Nek Jah telah menghembuskan nafas yang terakhir di hospital pada Sabtu bersamaan 2 Julai 2005, pada pukul 3.15 petang.

Walaupun pahit, walau pun kami semua menyayanginya, tapi Allah lebih menyayangi Nek Jah, Nek Jah pergi dengan tenang dan kami redha, doa kami semua, semoga Nek Jah ditempatkan didalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh serta semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Al-Fatihah...