Sunday, July 24, 2005

Shopping-shopping

Aku suka betul kalau pegi Kl hari Sabtu, sebab ada pasar malam kat Jalan Tunku Abdul Rahman. Sejak dok bercouple-couple dengan hubby sampai skang, kalau ada kesempatan, kitaorg akan pegi sana. Bak kata Astro, macam-macam ada, itu yang aku bole gambarkan apa yg ada kat pasar malam tuh. Ada kain baju, barangan perhiasan, buku, barangan elektrik dan off course makanan la yang paling banyak.

Dah terlanjur pegi Gurney semalam, aku bercadang nak pegi jalan TAR, tujuan utama nak pegi Nagoya beli baju raya. Eh....awl sgt ke? Takde la...baik korang beli skang. sape yang nak beli kain la, sebab, satu skang tengah Mega Sale dari 23hb Julai sampai 4hb September. Dua kalau nak menempah baju, tailor masih lagi bole menerima tempahan, kalau tak korang beli je baju siap atau pakai baju tahun lepas. Dan pengalaman-pengalaman aku pasal mega sale nih, kalau pegi lambat-lambat barang yang baik atau yang cantik sure abis cepat.

Kitaorg pegi Nagoya dulu, memula beli kain untuk hubby, nasib baik tak cerewet, cepat je dah dapat. Tengah belek-belek kain untuk mak aku..."Mama, nak susu..."...aiseyyy....potong stim betul la. Aku minta tolong hubby layan Nurin, pegi balik keta buatkan susu atau beli Vitagen. (A million thanks for u, sebab lepas tu aku bole sambung melayan cari kain...heheh..).

For your info, kain murah-murah sangat. Maklumlah selama ni aku beli kain ngan kawan yg jual kat lab, bila semak balik harga, lebih kurang sekali ganda harga kalau beli terus. (Dengan ini aku berjanji, tak nak lagi beli kain kat lab!). Tapi bila dah ada kat kedai kain, aku jadi mabuk! Semua kain cantik, semua corak menarik...iisskk....rambang mata dibuatnya. Yang gulung pun cantik, yang gantung pun cantik...tooolooooonngggg...

Akhirnya, konon nak beli baju untuk mak, hubby dan diri sendiri, beli juga baju untuk mak mertua dan babysitter. Ye la, belikan mak, mesti la belikan mak mertua, ye tak. Tapi segan juga, takut la taste mak mertua tak sama, harap-harap dia suka apa yang kami pilih. Babysitter lak, memang every year aku belikan baju, jadi belikan sekali, pasni takyah pikir-pikir.

Pastu, kitaorg pegi pasar malam cari dinner. Sampai Gurney, Ana ngan Syedah dah kelaparan, diaorg dah buat maggi goreng pun. Dinner malam tadi kitaorg makan maggi goreng, laksa penang, nasi lemak, rojak Singapore dan kerepok lekor...ppergghh...sekali-sekala berkumpul, makan jeee kejenya, memang hancur lebur la kalau ada niat nak berdiet tuh...heheh...(peringatan pada diri sendiri..huhuhuuuu....).

Konon-konon nak balik umah malam ni juga tak jadi, sebab hubby pun dah kepenatan nak drive. Ana pun pujuk suruh tido Gurney dan Nurin pun macam nak pengsan. Akhirnya, sehingga la entry ni ditulis di pagi Ahad ni, aku masih lagi Gurney dengan baju tido, belum berkemas nak balik dan hubby tengah main PS!!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home