Pagi Jumaat...
Pepagi aku dah kejut hubby, hari ni kena bangun awal sikit sebab nak singgah pasar tani sebelum sampai opis. Bila hubby dengan Nurin dah siap, diaorg turun dulu sementara aku masih nak pakai tudung.
Dalam seminit dua diaorg turun aku masih tak dengar lagi bunyi enjin kereta dihidupkan. Maybe nak tunggu aku kot. Lepas pakai tudung, pakai setokin, kunci rumah, terus turun bawah. Sampai bawah...aikk...apsal bukak boot keta lak ni (boot depan, eerrr..org panggil boot ke..ntah??)..aiseyy keta rosak ke? Aku sampai, hubby kata bateri keta kong.
Nasib baik ada sorang abang tu, balik keje shift malam, dia tolong tolakkan keta sampai enjin hidup dan berpesan jangan sampai enjin mati semula, cecepat cari kedai keta untuk tuka bateri. Pepagi pukul 7.30 tu mana la ada kedai keta bukak, terpaksa la kitaorg melilau ke sana ke mari dulu.
Dalam pukul 7.50 pagi tu, nampak la satu kedai ni, baru separuh je pintu dia bukak. Kitaorg terus singgah. Hheheh...tak sempat nak makan lagi cina tu, ntah-ntah gosok gigi pun tidak, kitaorg dah tertonggok depan kedai.
Alhamdulillah, pukul 8.15 pagi, everything settle, kitaorg pun meneruskan la perjalanan ke tempat keje. Sesungguhnya, sape la kita nak menjangka sesuatu tu akan terjadi kan?...
3 Comments:
ko ingat tak tragedi bateri keta aku kong kat pj hilton??... nasib baik ade akak lin...
ingat!...aku pun panik gak masa tu, maklum la bukannya tahu camne nak ber'rescue ranger'..hehe..tu la, mujur ada org nak tolong
I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! » » »
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home