Friday, August 12, 2005

Apa nak buat?

Ceritanya macam nih.....

Satu hari tu, A minta kunci kat B, tapi B tak kasi, dia kata kena tanya bos dulu. Setahu A, kalau bos takde, staff dia ( A nih salah sorang dari staff dia) bole amik kunci tu (kunci tu sebenonya bilik PA dia, kebetulan PA dia cuti ari tuh). Tujuan A nak amik kunci sebab nak guna pc ngan printer kat bilik PA tu.

Tapi A nih tak puas ati, dia pun call PA bos. PA bos kata, amik la kunci tu, tak kisah pun. Kemudian dari tu, A baru dapat tahu kunci tu pada C. A pun minta la kat C, macam B kata, C pun kata macam tu gak. A jadi bengang, telefon balik PA bos. PA bos minta cakap kat C, suruh C bagi kunci tu pada A. Baru la a dapat kunci tu. A pun pegi bilik PA bos, guna pc, print apa yg nak diprint pastu keluar. Tapi dalam hati a masih tertanya-tanya, kenapa la org semua cam tak caya kat dia.

A pun mengadu kat D, dengan rasa berat hati D cerita kat A, yang semua org dah 'cop' A ni, suka guna telefon kat bilik PA bos ni tadi, suka bergayut la gitu. D kata, B yang buat citer sana sini, dengan bos pun dia cerita. A punya la terkejut, rasa marah, bengang, sedih macam-macam ada. A rasa, dia tak penah bergayut macam yang B cakap tu, guna telefon memang la pernah, itu pun sebab handset dia tertinggal, jadi dia kena la guna telefon tu sebab ada hal mustahak.

A sedih, rasa sakit hati juga dekat B, sebab kalau betul pun A buat salah, B patutnya bagitau la kat A, takyah la jual cerita sana sini, tul tak? Dan selama nih, byk juga citer yang A dengar, B memang suka cari pasal, tu pun byk D yg cerita. A cuma mampu bersabar dan berdoa, andainya kalau dia tak bersalah, semoga Tuhan tunjuk satu hari nanti.

Nak dijadikan cerita, Tuhan tu sesungguhnya Maha Adil lagi Maha Kaya. Semalam, Allah nak tunjuk kebesaran-Nya. Rupa-rupanya, D punya keje dan sebenarnya E, F, G sampai la Z dah tahu pun yang D ni rupanya memang Mami Jarum, Kepochi, busy body....semuanya dia lah. Dan selama ni, semua alphabet tu cuma mampu memerhatikan je yang A ni selalu la dikutuk dengan D padahal A cukup baik dengan D. Alphabet-alphabet tu tak nak bagitau A, sebab tak nak la pulak jadi batu api, nanti kang A kata diaorg ni, saja je nak buat A dan D bermusuhan. Tapi tu la, semuanya sudah terbongkar. Dan yang lebih buruk lagi, bukan setakat A saje yang dikutuk / diumpat / difitnah oleh si D, semua alphabet-alpahbet tu penah kena juga dengan si D ni.

Masalahnya sekarang, sejak peristiwa kunci tu, A telah memutuskan silaturrahim dengan B dengan tidak bertegur sape. Padahal rupa-rupanya B tak bersalah. A susah hati dan rasa bersalah, sebab dia dah tersalah menilai orang, akibat dengar cerita orang lain.

Ok, sekarang ni, aku nak tanya kat korang, apa yang A patut buat, maksud aku dengan B. Dengan D tu toksah kira la, itu biar Allah je yang memberikan ganjaran yang setimpal atas perbuatannya itu, sebab A percaya, Allah tu Maha Berkuasa dan Allah yang lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk semua orang. Jadi, sila la berikan pendapat korang yek..

7 Comments:

At Friday, August 12, 2005 1:22:00 PM , Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At Friday, August 12, 2005 2:31:00 PM , Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At Friday, August 12, 2005 2:48:00 PM , Blogger Xura'Z Craft said...

aku rasa A kena jumpe B, say sori. That's y don't judge a book by its cover! kdg2 org yg baik ngan kita lah yg jd gunting dlm lipatan...

 
At Friday, August 12, 2005 5:23:00 PM , Anonymous Anonymous said...

kesian B. seems like D sengaja nak A gaduh dgn B. A patut mengaku pd B yg dia dah silap.

Mimie: PA adalah individu yg berbeza dgn A & P. Sbb tu, A call individu PA, mintak kunci.

A tidak ada kunci bilik PA kerana bilik PA bukan bilik kepunyaan A or P.

Knp nak heran cuma ada 1 tel, pc & printer? A-Z mayb bkn bekerja di bahagian admin, mayb A-Z cume pekerja bawahan aje, tidak memerlukan alat2 tsb.

Apa buktinya yg Mimie bukan Mimie Jarum? Sedangkan D boleh sembunyikan identiti Mami Jarum depan A? Inikan Mimie yg entah siapa?

 
At Monday, August 15, 2005 12:20:00 PM , Anonymous Anonymous said...

Mimie bukan Mimie Jarum. Hari tu Mimie htr satu ulasan pilahan bernas tapi kena delete. Mungkin penggunaan tatabahasa yang salah menyebabkan telah didelete. Hari tu Mimie pegi kalahari kids tapi tak dapat masuk sebab mimie tak beli tiket. Mimie ada rm2.50 je. Mimie ingat mimie kecik dapat la tiket murah. Mimie pun balik rumah, makan nasi. Fifie pun ikut mimie jugak

 
At Friday, February 23, 2007 3:55:00 AM , Anonymous Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... » »

 
At Friday, March 02, 2007 4:14:00 AM , Anonymous Anonymous said...

Excellent, love it! to buy a video camera Baldor electric pressure washers zocor diabetes Guide shop zocor J.p.morgan american century retirement plan washington dental insurance keill casino antispam laws Information about erectile disfunction and zocor http://www.payday-loan-online-8.info/Learningbookkeeping.html J warnant patents Blackberry massiven tone Camping cabins zocor and lawsuit and attorney zaino shom car polish 2006 ice hockey mandan north dakota free calling plans Volvo booster seat

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home