Monday, August 08, 2005

Jerebu

Ni gambo kat kawasan perumahan aku, berjerebu kan?
Korang nampak tak tiang sebatang tu, sebenonya belakang tiang tu
bole nampak Menara Telekom Malaysia (yang macam
rebung tu), tapi sekarang ni, langsung tak nampak!

Ingat tak peristiwa pencemaran udara terburuk yang pernah melanda Malaysia? Pada pertengahan bulan Julai 1997 sehingga awal tahun 1998, negara dilanda jerebu tebal berikutan kebakaran serius hutan yang luas di Kalimantan, Indonesia. Kebakaran ini berpanjangan gara-gara keadaan kemarau akibat fenomena El Nino.

Punca dan ciri-ciri jerebu

Jerebu terjadi apabila bahan-bahan partikeldari beberapa sumber seperti asap dan debu jalan dibebaskan ke atmosfera. Sebahagiannya terbentuk apabila gas pencemar udara seperti nitrogen oksida dan hidrokarbon yang dikeluarkan oleh kenderaan, bertindak dalam atmosfera di bawah pancaran suria.

Bahan partikel akan terawang-awang dalam atmosfera dan menyekat atau merendahkan daya penglihatan. Lazimnya bahan partikel menjadi besar apabila kelembapan udara meningkat, mengakibatkan daya penglihatan menjadi semakin buruk.

Jerebu juga mencemarkan mutu udara. Udara mempunyai komposisi partikel karbon sebanyak 70%, debu tanah 20% dan 10% lagi bahan yang tidak diketahui asal-usulnya.

Pengaruh jerebu pada cahaya suria dan fotosintesis

Jerebu bole mempengaruhi pancaran cahaya suria yang sampai ke bumi dengan 3 cara :
1. merendahkan keamatan cahaya
2. memendekkan tempoh pancaran suria
3. mengubah mutu cahaya

Keamatan dan mutu cahaya serta tempoh pancaran suria sangat penting kepada pertumbuhan dan perkembangan tanaman.

Keamatan cahaya suria

Dalam serangan jerebu yang lalu, keamatan cahaya menjadi rendah kerana sekurang-kurangnya 50% daripada pancaran cahaya suria terhalang oleh jerebu. Lebih kurang 40-45% daripada jumlah cahaya yang sampai ke permukaan bumi adalah dalam bentuk radiasi aktif fotosintesis (PAR), iaitu tenaga cahaya yang diperlukan oleh tumbuhan hijau untuk memproses makanan. Hanya 5% sahaja yang digunakan dalam poses tersebut dari jumlah tenaga cahaya ini. Oleh yang demikian, keadaan jerebu mengakibatkan pengurangan cahaya sebanyak 44-83% jika dibandingkan dengan keadaan tanpa jerebu atau awan tebal.

Tempoh pancaran suria

Tempoh purata pancaran suria di Malaysia dalam setahun lebih kurang 7 jam sehari. Semasa jeruebu tebal melanda Malaysia pada tahun 1997, tempoh purata pancaran suria didapati menurun dengan hebatnya daripada 5.53 jam sehari pada bulan Ogos ke 2.62 jam sehari pada bulan September dan 4.2 jam sehari pada bulan OKtober! Ini merupakan pengurangan tempoh pancaran cahaya sebanyak 63% dan 40%.

Keadaan kurang pancaran cahaya diikuti dengan pengurangan jumlah radiasi yang terpancar,a kan merendahkan lagi jumlah radiasi yang diperlukan oleh tanaman ekonomi terutamannya jenis tropika. Dengan itu, jerebu yang tebal memberikan kesan yang buruk pada tanaman.

Kesan pada suhu udara

Pancaran suria ke bumi membawa bersama-sama sedikit haba atau tenaga suria. Apabila keamatan cahaya dan tempoh pancaran suria berkurangan disebabkan sekatan dari jerebu tebal, kemungkinan besar suhu udara menjadu rendah dari suhu normal.

Bahan pencemar udara dalam jerebu

Lima bahan pencemar utama ialah bahan partikel, sulfur dioksida, karbon monoksida, nitrogen monoksida dan ozon. Tidak banyak yang diketahui secara jelas tentang kandungan atau kepekatan pencemaran udara dan kesannya pada alam sekitar mahu pun tanaman. Yang pasti, peningkatan kepekatan gas karbon monoksida dan karbon dioksida untuk tempoh yang panjang akan meningkatkan suhu udara.

Artikel oleh :
Dr. Hawa Jaafar, MARDI.
Agromedia, Bil 6, 1999.

So, musim-musim jerebu cam ni, takyah la bersiar-siar, berjogging ke kat luar tu, kekonon nak jaga kesihatan, dapat penyakit pulak.



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home