Thursday, August 18, 2005

Harapan

Me, hidup kat dunia ni, selain daripada trying very hard to taat pada Allah, suami dan ibu bapa, nak la hidup dalam keadaan aman damai, tanpa hasad dengki, iri hati, fitnah-memfitnah ..etc. Tapi itu la, itu cuma harapan dan doa yang tak pernah putus-putus.

Halangan dan rintangan semuanya di luar kawalan diri ini. Kalau bole elak pun, sipi-sipi kena jugak. Aku hanya mampu berdoa, walau apa jua halangan yang datang, aku diberi kekuatan mental dan fizikal, rohani dan jasmani untuk menghadapinya. Sekiranya aku tak mampu menghadapinya, aku berdoa semoga Allah sentiasa melindungi aku dan hanya DIA yang mengetahui segala-galanya. Dan aku amat-amat percaya segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Di sini la, ada kalanya aku memerlukan kawan-kawan yang amat memahami diri ini, yang sentiasa memberi sokongan di waktu susah atau senang, kawan-kawan yang membantu aku supaya terus ‘berdiri’, bukan kawan-kawan yang ‘menjatuhkan’ aku. Kerana aku percaya, dikelilingi kawan-kawan yang baik seperti ini, menjadikan hidup lebih bermakna. Kalau ada pun yang cuba ‘menjatuhkan’ aku, semoga aku tabah dan kuat menghadapinya dan akan aku jadikan pengajaran atas apa yang berlaku.

Doaku, semoga diriku dan kawan-kawanku yang baik-baik ini sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah. Sesungguhnya, jasa-jasa kalian, hanya Allah yang mampu membalasnya. Manakala orang yang mungkin cemburu, iri hati, cuba menyakiti, cuba menfitnah, cuba mem’provoke’ aku, nak cari glemer murahan, buat la sesuka hati korang. Aku tak mampu nak halang, aku berdoa agar Tuhan beri petunjuk dan hidayah pada korang. Sesungguhnya, balasan Allah amat setimpal, sekiranya bukan di sini, di dunia ini, di akhirat PASTI korang takkan terlepas, insyaAllah!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home