Monday, August 15, 2005

Perjumpaan x-housemates

Sabtu lepas, I had small gathering with my housemates masa zaman blaja kat u dulu. Gathering tu kat umah salah sorang housemate aku nih, nama dia Leen. Dolu-dolu, kitaorg menyewa sebuah rumah kedai, 8 orang serumah. Out of 8, 4 couples turn up, termasuk Leen sebagai host, 5 orang la.

Nak dijadikan citer, kereta aku masuk workshop jab, jadi kena la minta tolong kat Sany dan Siela, nasib baik la diaorg sudi amik aku ngan hubby. (Thanks Sany, budimu kan ku kenang..heheh) Kitaorg sampai umah Leen pukul 4 ptg terus makan. Makan mee kari, popiah, ice cream cheese cake, ice cream, jelly....pperrghhh…tergolek jab depan tv lepas tu.

Lepas makan, Linda ngan hubby lak sampai, diaorg sambung makan, kitaorg tenguk tv. Lepas solat Asar, tak lama tu Julia plak sampai, all the way from Melaka, Bravooo…tepuk..tepuk...best la ko Ju, sanggup datang tuh, rindu kat kitaorg ek?...heheh….

Ju datang bawak little Jasmin, 6 months old, comel, mato beso cam mama dia. Apa yg aku nampak Nurin a bit tak selesa, maybe semua attention pada Jasmin, ye la, mesti dia terasakan?. Kitaorg plak, baru ni la nak jumpa Jasmin, nak pegang, nak dukung, nak timang, pening agaknya Jasmin, berpindah dari satu tangan ke satu tangan.

Sekali-sekala jumpa memang seronok. Walau pun ada di antara kitaorang yang tinggal kat KL ni, tapi punya la susah nak jumpa. Maklum la, memasing dah ada komitmen pada kerjajaya dan rumahtangga, jadi bila ada peluang, kalau bole, mesti pegi.

Bila sekali-sekala jumpa nih, biasa la, ada yang ‘mengembang’, ada yang ‘menambah’ dan bermacam ‘me’ ‘me’ lagi lah. Yang best tuh, semua hubby satu kepala, takde la kitaorg risau sgt kalau tak terlayan hubby memasing, sebab hubby-hubby ni, bila dah jumpa, diaorg bukak la citer diaorg, kereta la, bola la..apa-apa la, janji jangan ganggu kitaorg nak chit-chat. Sape yang pegi Sabtu lepas, “Wei korang, ingat tak citer masa kat bilik tuh, aku takleh lupa sampai skang, part citer pasal kawan Linda, sure gelak punya..heheh”. Kelakar betul, nasib baik kitaorang tak tido sana, kalau la tido, agaknya sampai pagi kitaorang berbual.

Aku bersyukur sangat, that my hubby bole ‘masuk’ ngan semua hubby kawan-kawan aku dan aku juga bersyukur sebab hingga saat ini, hubungan kitaorang masih baik walau pun tak selalu jumpa. Aku harap, satu hari nanti, anak-anak kitaorang mula akan mewarisi aktiviti kitaorang ni.

To all my x-housemates, Siela, Dayang, Julia, Leen, Linda, Ana dan Yatt, aku harap kat mana pun kita, siapa pun kita, kita tetap kawan baik di waktu susah mahu pun senang. Buat Leen, terima kasih kerana menjadi host gathering kali ni, semoga selamat pergi dan balik untuk menunaikan umrah, juga harap dapat jumpa Leen in the next gathering, insyaAllah.

5 Comments:

At Monday, August 15, 2005 7:44:00 PM , Anonymous Anonymous said...

bestnya. mesti seronok mengimbaskisah zaman-zaman muda. isyk, terasa diri ini sangatlah tuanya.

anak ju,Jasmin namanya. wow.

 
At Tuesday, August 16, 2005 8:13:00 AM , Anonymous Anonymous said...

mazia : nama penuh anak ju, jasmin sofea. kenapa ko kata aku tak ingatkan ko? yg aku delete takde kena mengena dgn ko dan ko pun mmg tak tulis apa2, kenapa ko sedih?

 
At Tuesday, August 16, 2005 2:15:00 PM , Blogger Anonymous said...

sahabat...

bagai kiambang.Terpisah demi gelombang yang sarat.

Bertaut kembali untuk mengingati detik-detik yang mampu melupakan segala realiti dan hakikat.

 
At Tuesday, August 16, 2005 3:43:00 PM , Anonymous Anonymous said...

noha, terkejut aku bila dapat mesej ko kata aku mimie. tidaklah. aku mazia. aku kat sini lagi, takda kat malaysia. isyk, noha, mimie sapa pun aku tak kenal.

julie, aku tak hnatar email pada sesapa pun. aku selalu masuk blog sini, bila ada masa aku hantar mesej tru this blog. aku ingat semua kawan2 aku;noha, julie, nadia, amy, elly, siela. aku ingat kat korang semua. cuma sekarang sibuk sikit nak hantar email.

kepada semua, aku minta maaf kalau buat orang curiga ke, salah faham ker, dll. tapi, sesungguhnya aku bukan mimie. aku noormaziah [mazia]. ini aku baru bangun tidur. jap lagi nak gie sekolah. kepada semua rakan2 di sana, jaga diri bebaik. diharap jerebu di malaysia beransur baik.

 
At Tuesday, August 16, 2005 4:10:00 PM , Anonymous Anonymous said...

cik po : saya sgt berbesar hati cik po sudi singgah rumah saya nih

mazia : aku tahu ko takkan buat macam tuh, aku kenal ko macam mana, cuma org yg ada 'mental' problem je yg akan menyakitkan hati org lain

kepada kawan2 yg lain, aku rela menjadikan blog ini untuk korang berbalas msg...jadi sudi2kan dtg selalu..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home