Happy birthday darling....
Enam tahun lalu, kelahiran Nurin disambut dengan penuh drama. Mana taknya, kelahirannya memang tak disangka-sangka sebab masa tu kandungan baru 34 minggu. Bermula dengan pecah air ketuban di tempat kerja bersambung-sambung dengan kejadian-kejadian menarik yang lain.
Bila sampai di hospital, ventilator takde, incubator pulak penuh. Ventilator ni penting sebab takut bila lahir nanti baby tak bernafas. Makanya naik ambulan la aku ke hospital lain. Kalau nak citer pasal bersalinkan Nurin ni, panjang berjela, kelakar pun ada, takut pun ada, macam-macam. Nak tahu cerita selanjutnya sila ke sini.
This year, sebab birthday both of us jatuh pada hari bekerja, nampaknya acara menyambut harijadi pun terpaksa la ditundakan. Tapi untuk Nurin tak boleh la nak tunda-tunda, the day before siap-siap dah dia ingatkan kita. So, aku planned utk sambut di sekolah je dulu.
Memula prepared untuk goodies, saje la suka-suka buat kanak-kanak kat tadika tu gembira. Fyi, goodies tu buat sendiri yek, dekat 2 jam juga la nam menyiapkan 30 biji.
Tahun ni, takde gambo kartun ke, barbie ke, kek black forest biasa je. Itu pun dia dah suka, Alhamdulillah :).





