Tripple happiness

Akhirnya, yang ditunggu-tunggu telah selamat dilahirkan pada 4.50 pagi 21 Ogos 2007. Baby comel ni, Azmi Afiq merupakan buah cinta Jon dan Mila yang ditunggu-tunggu setelah 3 setengah tahun menyulam kasih. Afiq ni cucu kedua sebelah family aku dan lengkap la sepasang cucu lelaki dan perempuan.
Alhamdulillah, baby dan ibunya sihat walafiat. Cuma mama dia ni la yang kelam kabut, dah lama tak beranak kecik, kekok betul nak handle Afiq. Mila dan Jon as first time parents of course la lagi kekok. Nasib baik la first night Afiq kat rumah everything ok dan Jon cepat je belajar jadi abah, jadi semuanya under control.
Sekarang Afiq kat Kedah, hmmm...rindu mama, babah dan kakak Nurin kat sini, kena la tunggu Afiq balik baru la boleh gomol-gomol dia balik!...hehehhehe..
Secondly.......

Nurin dengan Irina memang bole jadi good friend, tenguk la tu, kakak menulis, adik pun nak join sama, yang kelakar tu 'kodok' still tak tingal! huhuhu..... Ini masa aku dengan Mar kat food court, tunggu Xura habis shopping. Xura tak tahu aku bawak Mar sekali. Kalau plan asyik la tak jadi, kali ni bila Xura kata nak datang KL, terus je aku pelawa Mar for lunch together. Seronok sangat rasanya nak pertemukan dua orang yang selama ni hanya berhubung di alam cyber nih.

Irina dan Nurin jadi dayang-dayang pada budak yang hensem ni, siapa lagi kalau bukan Aiman. Memula Aiman malu-malu lambat betul dia warm up, agaknya penat travelling tak habis lagi. Bila dah mesra masa untuk berpisah pulak. Takpe la, lain kali boleh jumpa lagi ye Aiman?

Mak-mak budak danbudak-budak. Walau pun cuma berjumpa untuk lunch yang tak sampai 2 jam, but we had a great time together rite? Lain kali kita plan betul-betul, jadi bebudak ni boleh la main puas-puas. Thanks Mar and Xura for this moment. Ntah bila la boleh jumpa lagi kan?
Go here for another update
Thirdly......

Nurin : Mama, ini apa? (sambil tunjukpada subang yang warna-warni kat display table)
Aku : Subang, pakai kat telinga.
Nurin : Nurin nak boleh?
Aku : Boleh, tapi kena la tindik dulu.
Nurin : Nurin nak tindik la....(senyum-senyum)
Aku : Betul ke ni? Boleh tindik, sakit sikit, lepas tu boleh la pakai subang. Nangis tak nanti?
Nurin : Tak la, Nurin tak nangis.
Amboi cik kak ni, kalau nak something tu, very determine. Tak kisah apa pun orang cakap. Masa dia nak subang tu, abapak aku cuba takut-takutkan dia, bukan kisah apa pun. Kebetulan ada sorang budak kat situ dan bertindik, lagi la dia teruja nak bertindik sama. Lepas baca doa dan siap berzikir 'Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah...' selamat la ditindikkan. Selamba je muka dia, siap tenguk cermin pastu puji diri sendiri. Setengah jam kemudian, baru la rasa sakit, risau punya psal aku belikan air soya dan suruh dia makan panadol dan janji kalau dia tak menangis nanti aku belikan popper. Bila dah dapat popper, sakit ke apa ke dah tak kisah. Aku rasa 7, 8 biji sekali hadap je!

Lepas seminggu, nampak macam dah lekang, kering dan tak berkudis atau bernanah. Walau pun tak berpantang dari makan ayam atau telur. Cuma malam pertama dan kedua tu merengek-rengek dia dalam tidur, agaknya sakit. Sekarang ni bila dah bertindik, nampak la macam budak pompuan sikit. :)