Wednesday, August 30, 2006

All about Nurin

"..i..i..belit..."

- I'm loving it (Mc Donald)

"We ge did..we ge did.." (sambil menggoyang-goyangkan punggung)

- ntah dari mana la dia dapat perkataan ni?? sampai sekarang aku tak dapat cari! ada sape-sape tahu?

winkle winkle lilo tar
wander der wat you are
up bebove er orld so high
like ke damon in the sky
winkle winkle lilo tar
wander der wat you are....

-hubby siap buat ringtones

"Mama wat ape tu?" her favourite question

Last nite, tengah sedap tenguk dvd swat (best wooo...tgk la, tk la..), tengah concentrate ni, sibuk la cik kak ni cari dia punya seterika, aku kata la kat dia cari dalam bakul, dia kata tak jumpa padahal aku rasa dia tak cari betul-betul pun. Aku pun dah 'hangin', aku suruh dia keluarkan bakul, cari satu-satu dalam bakul tu, jumpa pun! Agaknya, takut kena leter tak payah suruh kemas, lepas main terus dia pulangkan dalam bakul...hhmmm...satu improvement!

Aku dalam bab-bab mengemas ni memang strict sket, selalu la jadi jeneral terpekik terlolong suruh Nurin mengemas lepas main. Agaknya budak ni paham kot, sebelum mak dia ni menjerit, baik dia kemas dulu. Bukan apa la, nak mengemas pun takde masa, sekurang-kurangnya bila Nurin pandai mengemas barang permainan dia sendiri, mudah la kerja aku. Ikutkan, tak suka menjerit-jerit kat anak, tapinya kalau cakap lembut-lembut dan perlahan-lahan, dia jadi blurr. Selagi boleh aku kawal suara, aku akan kawal dan memukul memang aku tak practicekan dalam mendidik anak kecuali kalau dah terpaksa, itu pun boleh menyesal gila dibuatnya.

Banyak lagi cerita pasal Nurin ni, nanti bebila aku sambung....

Tuesday, August 22, 2006

My darling

Tolong mama masukkan surat pun bole buat Nurin happy..... perasan tak rambut depan dah pendek? Mama terpotong pendek sebenarnya, sekali tu end up muka bulat je cam Temenggung Jugah..heheh..sorry dear!


Sebelum bergelar fulltime business woman, setiap hujung minggu aku dan hubby akan bawa Nurin bersiar-siar, sekurang-kurangnya berjogging setiap pagi Sabtu atau Ahad. Tapi sekarang ni, aku kerja tak kira siang malam, pagi petang dan hujung minggu. Masa untuk bersama Nurin sangat terhad, kalau ada pun waktu malam.

Jadi, bila ada kesempatan nak melayani keinganannya aku akan cuba tunaikan dan sedaya upaya buat buah hati aku ni gembira. Semalam, aku temankan Nurin di taman permainan. Sampai je kat sana, for the next 20 minutes, Nurin bermain tanpa henti! Seronok betul dia, main buaian, main gelongsor dan berlari sepuas-puas hati. Agaknya la kalau tak kerana dah nak Maghrib lagi pun hubby nak buka puasa, mesti dia tak nak balik, tak puas!

Susah nak cerita kegembiraan dia but i think pictures can tell everything.....:)


Nurin tengah tunggu giliran nak mengelungsur


Buai laju-laju, sampai pokok sena.......


Wuuuhuuuuu......syok mengelungsur!


p/s : sebenarnya banyak gambar nak upload, cuma internet line je very slow dan sangkut-sangkut, buang masa betul la..iiskk...camni camne la aku nak rajin-rajin buat entry, nak siapkan saru entry je makan berejam!

Wednesday, August 02, 2006

Aduuhhhh....... : Part 2

Sabtu, 29hb Julai 2006

Pagi-pagi aku dah keluar dari rumah di Gurney, ada booth di UPM, aku kena ada kat sana sebelum pukul 7.30 pagi. Jalan clear je pagi tu, tinggal nurin dan babah dia kat rumah.

Sampai UPM, set up booth, edarkan borang, bila semua peserta kursus dah masuk dewan untuk dengar ceramah, aku pun pergi toilet. Bila buka je seluar dalam, ehh...macam ada something, tenguk-tenguk rupanya bisul dah pecah!!

hmm...patut la pagi tadi bangun dah tak rasa sakit sangat, rupa-rupanya dah sampai masa dia. Susah hati aku di buatnya, terus aku cancel nak buka booth sampai malam, petang pukul 6 aku dah on the way back to Gurney.

Malamnya, aku tak tahu nak buat macam mana dengan bisul ni, nak picit tak nampak sangat, kena pakai cermin, tak puas pulak. Bila dok ke hulu ke hilir susah hati nak buat macam mana dengan bisul ni, hubby tegur. Sekali tu dia offered lak nak tolong 'dressing'kan....

Alahai, terharu aku dibuatnya, selama ni aku je yang jaga dia kalau dia sakit dan kebanyakkan cerita pun isteri je yang selalu jaga suami, tapi kali ni hubby pulak yang jaga aku. Hubby tuam dengan tuala panas pastu tekan bisul tu bagi keluar nanah dan darah, tak pulak dia geli.

Apa pun, aku rasa bersyukur, hubby seorang yang bertimbangrasa. Dalam business pun hubby banyak beri bantuan dan sokongan, hantar pergi jumpa client, jaga nurin bila aku jumpa client dan moral support yang tak pernah putus, Alhamdulillah. Doakan aku hubby akan sentiasa berada di sisim tak kira waktu susah mahu pun senang...amiiinnnnn...