Janji
Thanks kekawan di atas sokongan kalian, sorry tak sempat nak balas komen-komen korang, nak post this entry pun makan sejam! Entry kali ni, korang renguk gambar-gambar je la ye?
Sejak Isnin sampai la Rabu, aku akan sampai di rumah lepas pukul 10.30 malam. Kesian Nurin, so aku janji dengan dia aku nak bawak dia jalan-jalan masa cuti Hari Pekerja nanti. Pada Nurin aku pernah cerita, 10 tahun yang lepas masa zaman berendut dulu aku pernah ke Taman Rama-rama, jadi Nurin pun teringin la nak ke sana. Aku pun teringin juga nak tenguk, apa perubahan setelah 10 tahun berlalu.




Taman Rama-rama terletak Jalan Cenderasari, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang. Bayaran masuk untuk dewasa RM 8 dan RM 4 untuk kanak-kanak.