Tuesday, May 18, 2010

Feb & Mac 2010

Datang bulan Feb aku masih lagi nak kena adjust dgn loya muntah semua. Tapi dah mula risau sebab tak keluar buat sales. Gagahkan diri juga pergi kaunter, but most of the time aku duduk jek melayan rasa nak muntah. Kebetulan dah mula musim panas, memang boleh aku loya dan mabuk.

Rasa nak dok tempat aircond je. Air sejuk jangan cerita la, kalau tak dpt air sejuk dengan ais memang aku tak minum! Sejak dapat tahu aku pregnant, dekat 3 kg aku turun. Nak makan pun berkira, termenung tenguk makanan, ni karang kalau aku makan bole ke bertahan dalam perut. Dinner pulak aku akan make sure aku muntah dulu sebelum makan. Tak kira la muntah apa, kadang tu yang keluar cuma angin dan buih-buih je...janji aku 'muntahkan'...baru la lega dan best nak makan. Makan pun macam bercatu, kalau makan macam biasa sebelum pregnant, boleh muntah balik lepas tu, so makan agak-agak untuk menikmati makanan je la, bukan untuk kenyang.

Masuk bulan 3, loya dan muntah beransur-ansur hilang, but still tak boleh nak makan sebarangan. Alhamdulillah, aku tak mengidam yang bukan-bukan yang menyebabkan Hubby kena mencari ke hapa, cuma aku suka masakan tradisional.

Ada sekali tu, sil bagi sekor ikan kerapu, aku minta tolong Kak Supi buatkan masak lemak cili api, seronok nak makan, tapi kurang best sebab tak ikut piawaian aku, tak pedas dan kurang masam tapi lemak sangat, sudahnya loya pulak lepas makan tu.

Selepas-selepas tu, apa yg aku nak makan aku masak sendiri, walau pun kadang tu lepas masak aku muntah sebab tak tahan bau masakan sendiri...heheheh... Antara masakan yang aku masak, rebung masak lemak cili api, umbut masak lemak, ikan merah masak asam pedas dan aku teringin nak makan batang keladi masak asam, tak dapat nak masak sebab susah nak jumpa batang keladi yang dah siap siang. Kebetulan jumpa kat restoran, beli je la...itu pun gatal lepas makan.


Rebung masak lemak cili api dengan udang



Umbut kelapa masak lemak


Hubby, in laws dan Kak Supi memang banyak membantu semenjak diaorang kat sini. Diaorang tak kasi aku buat kerja berat-berat. Hhmm....jadi lemak la pulak aku nih..kalau ikutkan Hubby, drive pun dia tak bagi, dah tu macam mana aku nak pergi kerja. Aku faham dan sedar betapa semua orang mmg ternanti-nantikan pregnancy kali ni, cuma kadang tu rimas juga bila semua takleh buat. Aku ni kalau buat kerja nak cepat je, jadi bila jadi mcm ni terselow dan rasa lambat lak nak siap. But again, this is the thing that im waited for so long, so aku takkan buat sesuatu yang akan merisikokannya especially for my little one inside me...kan adik kan? ;)

Thursday, May 06, 2010

January 2010

Keseronokan anak mula bersekolah tak terasa seperti mana ibu bapa lain yang cukup teruja bila anak sulung mula memasuki alam persekolahan. Pada minggu akhir dalam bulan Dec, Nurin dapat 'chicken pox', tak tahu la berjangkit dari siapa, sebab dah lama dia tak pergi nursery. Lagi pun bulan Dec tu dia banyak balik kampung, sekejab ke Batu Pahat, sekejab ke Johor Bahru. Dr pun tak dapat pastikan, cuma chicken pox ni airborne disease, so siapa-siapa pun boleh berjangkit.

Selepas satu majlis makan-makan akhir bulan Dec tu, aku pun mula batuk, hhmm...talking about banyak sangat minum air oren here...hehehe...batuk berterusan sampai awal bulan January. Tak pergi klinik pun sebab makan ubat beli dari farmasi, itu pun habiskan ubat yang lama (ubat sentiasa ada sebab senang sangat dapat batuk). Bila nak beli baru, baru teringat yang period tak kunjung tiba. Takut la jugakkan?

Sebenarnya sepanjang bulan Dec tu dah 2 kali aku buat upt test, awal bulan dah akhir bulan memandangkan my last period was in Nov. But both are negative. So, untuk tidak mahu mengecewakan diri sendiri, malas dah nak buat. Dalam 2 tahun kebelakangan ni tu je la keje aku, macam nak give up pun ada, tapi ku teruskan juga usaha.

Sebagai langkah keselamatan, aku pun buat la upt test untuk kesekian kalinya. Kali ni, tak perlu tunggu lama, muncul 2 line yang sangat jelas. Sampai aku ketuk-ketuk test stick tu...betul ke, ntah-ntah rosak...heheh...Macam tak percaya pun ada. Malam tu pergi klinik, buat sekali lagi test dan memang positive. Alhamdulillah!!

Berbalik kepada 6 bulan lepas, selepas buat medical check up in June 2009, the dr discovered aku ada ovarian cyst, since then aku mulakan treatment di hospital in July. Memandangkan anak pertama dah berusia 7 tahun, dr cadangan kitaorang buat fertility test dan diikuti dengan fertility treatment kalau perlu. Dari bulan July sampai la Oktober, banyak la test yang aku buat, blood test, hormone test, HSG and for Hubby, sperm count. Sepatutnya next due for follow up in January, jadi tak sabar nak bagitau kat dr yang im already concieved. :) (Later bila dah jumpa dr, dr kata result sperm count tu very excellent...heheh...patut la kan? hahahah....dan aku dapat tahu juga yang HSG juga boleh meningkat tahap kesuburan).

Kenapa ek, once dapat tahu je bila pregnant, mula episode muntah loya semua???...Heran betul aku, sebelum tu ok je, lepas confirm everything bukan morning sickness je, afternoon, evening and night sickness semua ada! Dan nak dijadikan cerita, lepas Nurin elok je dari chixken pox, aku pulak yang kena! But there is agood news. dr kata lebih baik la kena awal-awal pregnancy, kalau akhir nanti takut pulak berjangkit kat baby. Untuk keselamatan semua pihak, balik la aku ke Batu Pahat untuk proses kuarantin. Sedih sebab terpaksa berjauhan dengan Hubby dan Nurin, but its really a blessed dapat bersama-sama dengan mak dan abah...teringat macam masa bujang dulu, seronok dilayan orang tua!..hahaha

Bulan ini juga, Irfan dan in laws tinggal bersama kitaorang. Panjang ceritanya tapi aku terima dengan hati yang terbuka. Pasti ada hikmah disebalik semua ni nanti. Lagi pun aku percaya dengan berbakti kepada orang tua, Allah akan buka pintu rezeki seluas-luasnya untuk kita dan aku juga Hubby merasakan ini la masanya sementara masih berkesempatan. Memula tu memang la sukar, banyak adjustment nak kena buat, but once you gone through it, insyaAllah everything will be ok itu pegangan aku.

Nampaknya since Dec till January ni, kerja-kerja jadi tergendala. Banyak hari aku tak keluar rumah buat sales, ada satu ketika aku terlentang je kat atas katil. Kalau bangun sure nak muntah dan paling menyedihkan aku tak lalu nak minum. Air masak yang begitu sedap diteguk dikala waktu panas tak boleh nak melalui tekak ni, walau pun seteguk. Makan pula kena berkira-kira sama ada boleh bertahan lama untuk tidak dimuntahkan atau tidak.

Kadang tu, kalau dah lapar, aku makan juga tapi akhirnya keluar juga. Tak pun aku akan keluarkan segala isi perut sebelum aku makan, boleh la bertahan agak lama sikit dengan cara tu. Akhirnya, aku boleh minum tapi dengan syarat air sejuk, lagi sejuk lagi bagus..siap ais sekali. Kalau ikutkan sure dah terbatuk-batuk, tapi Alhamdulillah, kali terakhir aku batuk, masa bulan January tu la. Sampai sekarang aku masih minum air sejuk, agak-agak ok aku minum la air masak biasa je...kalau tak loya la.

Dengan keadaan aku begitu, aku kehilangan hampir 4kg. Oh ya, lupa nak bagitau. Aku tak begitu teruja untuk berkongsi khabar gembira ni dengan sesiapa sebab lepas jumpa dr untuk sessi follow up tu, perkembangan baby tak seperti yang sepatutnya. Dr hanya confirmkan yang aku pregnant di dalam rahim takpe still takde heartbeats. Kalau ikutkan sepatutnya dah ada dan itu yang buat aku sedih dan risau. Dr kata mungkin salah kira, tak bole ikut tarikh akhir aku period, so kena tunggu next appt which in Feb. Sementara itu, tak tentu hala aku jadi. As i wanted this so much aku takut aku tak bole terima kalau jadi seperti yang tidak sepatutnya berlaku. Sehingga appt seterusnya aku hanya mampu berdoa dan berhati-hati dengan apa jua yang aku lakukan that harm my little baby inside me. Aku berdoa dan berdoa agar semuanya ok....

Update

Hmm...lama betul tak update, kenapa ek? Selain melayan perasaan, sibuk tu sudah semestinya apatah lagi dah dekat financial end ni, pulun la kerja selagi daya.

Apa-apa pun, memang teringin nak update especially dengan perkembangan terbaru ni, sekurang-kurangnya bole la jadi kenangan untuk diri sendiri. Maybe yang dah lepas tu, review ikut bulan je la...kalau ikut minggu, jenuh juga nak update.

InsyaAllah, aku akan mula bergiat kembali menulis blog. Perasaan sungguh teruja nak menulis, moga-moga diberikan Allah kesempatan dan masa.

Jumpa lagi!