
Ini muka orang happy pertama kali nak balik mengundi...huhuhu.... sebenarnya lama dah tak minum floats A&W ni, so on the way back to BP, singgah Ayer Keroh melepaskan mengidam. Dan untuk pengetahuan semua, inilah kali pertama dalam hidup aku akan akan mengundi. Lama dah aku mendaftar, kalau tak silap sejak aku belajar kat u lagi, last time 2004, masih blur-blur dan tak sedar lagi akan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia ni, sekurang-kurangnya tidak la aku jadi seperti 'warga penduduk asing sementara' Afrika (Jon), Singapura (Hubby) dan Thailand (Mila)....huhuhu...

Aku pergi mengundi pukul 12 tengahari, masa aku buat semakan dengan SPR, sorang pengundi pun takde. Diaorang bagi aku resit ni yang menyatakan aku akan buat undian di saluran ke 4.

Hohoho....sebelum memangkah sempat tu aku ambil gambar kertas undi, bukti tu. Abah kata, apsal aku tak pangkah dulu baru ambil gambar?..hehhe...mana boleh, 'undi saya adalah rahsia'. :)

Pada hari yang sama, mak dengan abah sebenarnya buat majlis makan-makan sempena persaraan diaorang tak lama lagi. So, hari tu memang kelam kabut sikit. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Makanan hari tu ada nasi dan lontong, kambing masak briyani, ayam masak merah, rendang daging, serunding, lodeh, sambal kacang, karipap, keledek, keladi goreng dan buah-buahan.

Kakak Nurin sibuk layan adik Afiq, ke hulu ke hilir dalam walker.

Kata Jon "Patut la subur pokok cili abah ni, kat sini rupanya abah tanam".... hehehe...