Saturday, January 17, 2009

Cuti-cuti Taiping

Bila abah kata, "Jom pegi rumah Cik Mi, Abah sponsor tapi korang bawak Abah la....", hm.... thats a good offer, afterall kitaorang tak pernah lagi pergi Taiping. Ini offer kedua dari abah, dulu pun sponsored juga. Rezeki jangan di tolak :) Kitaorang pergi 2 kereta, aku dan Jon masing-masing bawak mak dan abah. Kali ni terbuka juga hati Amad nak ikut sama walau pun dok susah hati result PMR nak keluar. So, 26hb Dec lepas, pukul 12.30 tengahari berkonvoi la 2 kereta memulakan perjalanan ke Taiping. Nak dijadikan cerita, abah nak lalu jalan dalam, katanya nak cari mentarang kat Sabak Bernam. Meredah la kitaorang dalam terik mentari dari Kuala Selangor dalam misi mencari mentarang.


Hari pertama


Rezeki abah, memang tengah musim agaknya banyak gerai menjual mentarang sepanjang jalan di Sabak Bernam. Setelah puas menawar, kitaorang borong 3 kilo untuk di bawa ke rumah Cik Mi.


Abah ni pantang nampak gerai-gerai kat tepi-tepi jalan tu, ada je yang dia nak beli. Kali ni singgah di gerai jagung dan hasil tanaman kampung. Kat sini beli jagung dan ubi. Beli juga jagung rebus buat ngap-ngap dalam perjalanan.


Jon and family, masa ni lepas makan tengahari kat Pekan Sg Besar. Masa ni masing-masing dah tak larat nak lalu jalan dalam yang jauh dan mengambil masa yang lama, jadi lepas makan dan solat kitaorang plan nak guna highway pulak.


Perjalanan menuju ke highway membawa kitaorang melalui Teluk Intan, alang-alang lalu ni kitaorang cari Menara Condong. Senang je rupanya, betul-betul tengah bandar.

Kitaorang masuk ke highway bila azan mula berkumandang. Masa ni hubby dah mula letih, maklum la memandu tak berganti. Kitaorang singgah di R&R Sungai Perak untuk rehat dan solat. Ramai betul orang, musim cuti sekolah la katakan. Cik Mi telefon bertanyakan kami, ikutkan kalau dari KL 4,5 jam dah sampai tapi lebih 8 jam kami tak sampai-sampai lagi. Akhirnnya tepat pukul 10.30 mlm kami tiba di rumah Cik Mi, di kediaman guru MRSM Taiping. Cik Mi Penolong Kanan di sana. Sambil menunggu Cik Mi menyiapkan makanan, Jon sempat berdengkur keletihan di ruang tamu. Yang lain mandi dan membersihkan diri, selepas itu makan malam dan tidur. Tak sabar nak tunggu esok, nak ronda-ronda pekan Taiping.


Hari Kedua

Pekan Taiping ni kecik je rupannya, yang kelakar tu aku rasa baru je bertolak dari rumah Cik Mi, baru je rasanya pakai tali pinggang dah sampai Zoo Taiping!! Hahahaha...... tak sampai 10 minit!


Rumah Cik Mi tu terletak di kaki Bukit Larut, jadi suhunya agak sejuk dan kata Cik Mi, bila petang selalu hujan sementelah Taiping merupakan tempat yang paling kerap menerima hujan. Perjalanan ke Zoo Taiping, kami melalui Taman Tasik Taiping. Sungguh indah pemandangan di sini. Ramai orang yang datang, ada yang beriadah seperti berjogging, ada yang mengambil gambar, ada yang berkelah tak kurang juga ada yang sekadar membentang tikar dan melelapkan mata di bawah pokok. Suasananya yang santai, sejuk dan tenteram berbeza betul dengan hiruk pikuk Kuala Lumpur. Patut la ada orang yang menggelarkan taiping ni, Bandar Orang Pencen. :)


Walau pun masih awal pagi dah ramai oarng berkunjung di Zoo Taiping ni. Dah lama tak pergi zoo, abah, mak dan Nurin dah pergi sebenarnya, tapi Nurin nak pergi lagi, so kitaorang ikut je la. Kiranya ini kali kedua abah, mak dan Nurin ke mari.


Sebenarnya zoo ni kecik je, seolah-olah dalam bentuk bulatan, pusing ikut mana pun lalu semua, tapi saje la nak naik tren.


Bila dah puas berjalan, lapar la pulak. Sebelum ke Taiping, aku dan hubby dah tanya beberapa orang kawan yang pernah tinggal di sana, kat mana tempat makan yang best. Hubby pun dah survey kat internet. So, ini la tempatnya di Jalan Panggung Wayang. Lebih kurang macam food court, dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu gerai muslim/halal dan chinese food. Sebenarnya Gerai Mee Combat ni macam kedai makan mamak biasa tu, tapi boleh juga la makanannya.

Popiah ni memang best, abang tu tak berhenti buat popiah sebab yang order pun tak berhenti. Amik order sampai tak angkat kepala! Dia cuma jual popiah basah je, satu hari boleh habis seribu popiah. Kalau hari cuti mula pukul 10 pagi, pukul 3 ptg dah habis, tapi selalunya memang habis la.


Bayangkan, belum pukul 2 ptg sotong kangkung dah habis?? So, kitaorang order rojak sotong...hmmm memang sedap!! Patut la cepat habis :)


Lepas makan terus balik rumah, tenguk-tenguk Cik Mi tengah sediakan kebab untuk BBQ malam tu...best!...best!.....


Malam tu malam tahun baru Hijrah, jadi selepas baca doa awal tahun, kiatorang sambung buat tahlil sikit. Alhamdulillah, rezeki kitaorang dapat berkumpul menyambut Maal Hijrah bersama-sama dengan Cik Mi . Sedih pulak tenguk Cik Mi menitiskan air mata kerana terharu dapat berkumpul bersama kitaoarng. Katanya, kalau kitaorang takde, alamt sorang-sorang la dia malam tu.


Selain kebab, ada ayam, mentarang dan jagung ayang akan di BBQkan malam tu.


Malam tu, mentarang dan kebab habis licin!


Inilah rupa mentarang, selain sedap dibakar, rebus pun boleh juga.


Setelah 2 malam tidur di sana, sampai la masanya untuk berangkat pulang. Rasa tak puas berada di sana, Maxwell Hill (Bukit Larut) pun tak sempat pergi. Panjang umur, boleh la datang lagi. Oh ya, Cik Mi kata, siapa-siapa yang nak datang dan bermalam di Taiping, boleh bermalam di bilik/rumah tetamu di MRSM Taiping dengan caj yang berpatutan. Itu pun kalau tak penuh la :)


Cucu atuk! Afiq memang ngam betul dengan abah. Kalau duduk kat pangkuan abah, diam je. Tapi kalau denga orang lain, tak sampai 5 saat dah meronta nak lepas! Abah pun layan je cucu yang sorang ni, apa lagi lemak la dia...hehhehe....aku bukan cemburu, takde maknanya, abah dengan budak-budak kecik mmg macam tu apatah lagi cucu sendiri. Ye la, siapa tak sayang cucu kan?? :D

Alahmdulillah, kitaorang selamat pergi dan balik. aku bersyukur sangat kitaorang dapat menunaikan hasrat abah nak melawat adik kesayangannya tu. Apa yang lebih penting, kitaorang dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama. Bukan senang nak berkumpul and having fun together, jadi bila ada peluang, sedaya upaya takkan aku lepaskan. InsyaAllah, tahun ni nak jalan ke pantai timur pulak, panjang umur, murah rezeki sampai la kitaorang ke sana nanti :)


.

5 Comments:

At Thursday, January 29, 2009 9:42:00 AM , Blogger mommamia said...

wah,bestnya cuti2 msia ng family,aku tgk menara condong teluk intan tu teringt lak masa aku gi pangkor dulu,jln2 kt situ gak-ko try tak mee combat tu?aku try hubby aku beria2 suruh try,sedap gak,masa dia kt mrsm taiping dulu tu la tmpt melepak dia masa outing,kiranya gerai mee combat tu mmg dah lama ada kt situ-menerang tu apa ek?sejenis kepah ke?ni aku tak try lg,boleh cuba ni kalu ada rezeki ke sana lg,tp dia bermusim ek?

 
At Friday, January 30, 2009 8:23:00 AM , Anonymous Anonymous said...

mmg best mar, lama tak jejalan, jejalan ni list paling bawah sekali, jadi bila ada peluang takkan nak lepaskan :)

an mmg nak makan mee combat tu yg mencari gerai tu, pada aku sama je dgn mee goreng mamak, tapi sebab dia popular kan...heheh..oohhh laki ko mrsm taiping eh...best la environment dia, kalah smsmr...hahahha

lebih kurang la adik beradik kupang, kepah, bermusim selalunya ujung tahun

 
At Thursday, February 12, 2009 9:52:00 AM , Blogger azura said...

salam kak noha..
pa&ma mac dah kuar ke? ish...ni yang tak sabar nak dapatkan my copy nih!
a'ah..ina dah tunang haritu, ila yang mekapkan...ila's touch is like a magic! yang bestnya saya pun dapat make-up percuma haritu ...auww...

 
At Friday, February 13, 2009 12:39:00 PM , Blogger Zetty said...

ei hari tu kannn...akak first time try mentarang. my cousin bawak balik dari kuala selangor jugakla. kulit mentarang tu nipis kan. terpatah2 masa memberseihkan mende tu. tapi memang sedap!

 
At Friday, February 20, 2009 9:16:00 AM , Anonymous Anonymous said...

Noha, x sangka awak dah sampai ke kg halaman kite, Tk Intan..... Seperkara lagi yg awak mesti makan kalau keteluk intan lain kali ialah mee rebus @ rojak Mastan Ghani... Very Fofular & rugi kalau x makan....sedap !

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home