Monday, March 10, 2008

Anda undi siapa?

Ini muka orang happy pertama kali nak balik mengundi...huhuhu.... sebenarnya lama dah tak minum floats A&W ni, so on the way back to BP, singgah Ayer Keroh melepaskan mengidam. Dan untuk pengetahuan semua, inilah kali pertama dalam hidup aku akan akan mengundi. Lama dah aku mendaftar, kalau tak silap sejak aku belajar kat u lagi, last time 2004, masih blur-blur dan tak sedar lagi akan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia ni, sekurang-kurangnya tidak la aku jadi seperti 'warga penduduk asing sementara' Afrika (Jon), Singapura (Hubby) dan Thailand (Mila)....huhuhu...


Aku pergi mengundi pukul 12 tengahari, masa aku buat semakan dengan SPR, sorang pengundi pun takde. Diaorang bagi aku resit ni yang menyatakan aku akan buat undian di saluran ke 4.

Hohoho....sebelum memangkah sempat tu aku ambil gambar kertas undi, bukti tu. Abah kata, apsal aku tak pangkah dulu baru ambil gambar?..hehhe...mana boleh, 'undi saya adalah rahsia'. :)


Pada hari yang sama, mak dengan abah sebenarnya buat majlis makan-makan sempena persaraan diaorang tak lama lagi. So, hari tu memang kelam kabut sikit. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Makanan hari tu ada nasi dan lontong, kambing masak briyani, ayam masak merah, rendang daging, serunding, lodeh, sambal kacang, karipap, keledek, keladi goreng dan buah-buahan.


Kakak Nurin sibuk layan adik Afiq, ke hulu ke hilir dalam walker.


Kata Jon "Patut la subur pokok cili abah ni, kat sini rupanya abah tanam".... hehehe...

7 Comments:

At Monday, March 10, 2008 8:34:00 PM , Blogger Leyla Shuri said...

salam noha,

gadis menawan yang bermisai putih itu sapa, noha? Aduss...terpikat pulak si Shuri, temenung lama dia tengok gadis menawan itu, ahaks.

Daun yang sebelah pasu jamban tu daun kesum ke? Kalau daun kesum, hisshh lebat betul ye, bolehlah masak laksa dan asam pedas selalu.

 
At Tuesday, March 11, 2008 10:50:00 AM , Anonymous Anonymous said...

pehhh...sedap sungguh nampak juadah...
korang memang suka buat memakan kan.
same like me...
hehheh..
tapi prepare nyer malasss...
jamban tu dah pakai ke blom??
kalo dah...mmg patut le pokok tu subur.....hehhe

 
At Tuesday, March 11, 2008 2:14:00 PM , Anonymous Anonymous said...

kambing tu mmg sedappp.. aku ratah gitu je sbb kalo makan ng lauk2 lain, x rase keenakannya. even aiman pn kata "sedap!"

 
At Wednesday, March 12, 2008 5:12:00 PM , Anonymous Anonymous said...

kak lela : salam kak, :) a ah, saya le tu :). mmg daun kesum, saya tenguk pun geram, nak ambil bawak balik, tak tahu bila nak memasaknya.

julia : sedap ju, sampai sengkak perut aku, asik la makan je kerjanya. sebab takde pembantu, aku la dgn mak aku kat dapur kelentang kelentung, mlm tu sampai cramp kaki mak aku. actually, jamban tu jamban yg developer bagi, masa memula masuk rumah dulu, bapak aku tukar jamban lain, ko jgn risau, cili2nya gumuk sebab bapak aku letak baja, buka baja 'asli'...hehhe

xura : betul xura, aku pun asik la meratah kambing tu. kalau ikutkan aku rasa aku makan ketupat tu tak sampai 5 ketul, tapi aku byk meratah kambing dengan sayur lodeh...iiskk...menaip ni pun terliur aku dibuatnya!

 
At Monday, March 17, 2008 6:01:00 PM , Blogger mommamia said...

wah!abah ko mmg kreatif noha,tanam pokok dlm toilet bowl,kalu dpt buat bonsai kt dlm tu pastu letak kt living room,lg canggih!hihi-blog ko tak penah fail lg nak buat aku tak terliur noha...adehh..nak lodehhh..hiihi

 
At Tuesday, April 08, 2008 5:32:00 PM , Blogger Puteri Satu said...

lama tak jengok apa noha buat kan...wah makan-makan..bestnye...

 
At Tuesday, April 15, 2008 2:01:00 PM , Anonymous Anonymous said...

sebulan lebih dah ko senyap ni..
busy ke, sihat ke..
:)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home