Friday, September 12, 2008

Berkebun bunga dan herba

Dialog antara aku dan MIL berlaku bila baru-baru pindah di rumah ini.

MIL : Dah dapat rumah apartment ni, bila nak beli rumah atas tanah pulak?

Aku : Mmm.... maybe dalam 5 tahun lagi kot.

MIL: 5 tahun? Isskk...lama sangat tu, beli la cepat-cepat sikit.

Aku : ....... (tak terkata apa, dalam hati "iisskkk...rumah yang ni pun pening kepala nak beli, nak beli rumah lain pulak, dah kenapa MIL aku ni")

Tapi tu la, kita hanya merancang, Allah juga yang menentukannya. 7 bulan selepas duduk rumah baru, kami beli lagi sebuah rumah, kali ni rumah teres 2 tingkat pula. Jauh rumah pertama dengan yang kedua tak sampai 10 minit, kawasan itu juga. Makanya, masin gak lah mulut MIL aku tu yang nakkan kitaorang berumah atas tanah. Genap setahun kami berpindah lagi.

Banyak juga faktor kenapa aku beli rumah kedua ni, antaranya of course 'atas tanah', ada kawasan depan dan belakang. Dah lima tahun kahwin, 3 kali pindah rumah, tingkat 4, 1 dan 5...tak larat dah, penat! Yang kedua, agen ni offered 2 biji rumah, so, aku ambil satu, Jon ambil satu, jadi kitaorang berjiran. Secara tak langsung menyenangkan dan menggembirakan hati mak bapak aku. Senang diaorang nak datang, katanya. Yang ketiga, rumah ini lokasinya di tengah-tengah antara Shah Alam, KL, dan selatan. Walau pun binaan kecik, tapi aku sangat puas hati dengan harga yang ditawarkan, sebab owner jual rumah ni under value, dapat la kitaorang jimat sampai RM12K. Dan kalau dilihat dari segi lokasi, ramai juga yang tak percaya kitaorang beli dengan harga yang begitu. Selain dari itu, persekitaran juga memainkan peranan penting, antaranya dekat dgn surau, pasar malam, Jusco, klinik dan rumah kedai. Sekolah rendah dan menengah dalam pembinaan.


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Aku tak sangka akan memiliki rumah ni dalam waktu yang terdekat. Terima kasih pada parents in laws yang banyak membantu terutamanya dari segi kewangan dan sokongan moral dari kedua belah pihak. Masa gambar ni diambil, rumah sedang dalam renovation.

Bila dah duduk rumah macam ni, teringin la pulak nak bercucuk tanam. Walau pun kawasannya kecik, nak juga la nampak berseri rumah dengan bunga-bungaan. Dengan semangat berkobar-kobar, dibantu oleh Nurin dan Hubby, mula la aku mencari pokok-pokok bunga. Semuanya buat sendiri, maklum la budget ciput. :)


Ini pokok-pokok bunga pertama yang kitaorang beli. Pokok bunga ala-ala bunga matahari. aku beli pokok ni sebab pokok ni sesuai dengan cahaya matahari yang terik. Memandangkan rumah aku ni mengadap matahari naik, kena la cari pokok yang sesuai, kang ada juga tanam tak lama pastu layu pulak.


Dah lama terbayang kat fikiran, rumah aku yang dipenuhi pokok kerabat-kerabat 'sepit udang' atau heliconia. aku suka betul pokok bunga ni. Rupanya MIL aku pun suka gak. Satu hari masa aku bekerja di hujung minggu, diam-diam hubby dan MIL pergi Sg Buluh cari pokok ni. Bila balik tenguk pokok ni, rasa nak menangis pun ada. Bukan apa, gembira seolah-olah mimpi jadi kenyataan! Thank you hubby, you make my dream come true. MIL pun tolong carikkan sebab lepas ni bila pokok tu dah membiak, boleh la dia ambil anak-anaknya untuk ditanam di rumah dia pulak.


Inilah yang selalu bermain di fikiran, tak sangka akhirnya menjadi kenyataan. :)


Ini pula heliconia jenis hybrid, mahal sikit berbanding dengan kat atas tu. Kalau perhati betul-betul warna bunga pun berbeza.


Selain bunga-bungaan, MIL galakkan kitaorang buat 'herbs garden'. Lagi pun senang kalau nak masak-masak nanti, semua benda ada. So, sebagai permulaan, bapak aku bagi anak pokok pandan, cili, kencur dan serai. Selasih, pudina dan anak pokok limau kasturi aku dapat dari MAHA dan MARDI. Yang sedih tu, salah satu pokok selasih tu kecut dan layu...sedih aku tenguk, nak cabut pun tak sampai hati.


Closed up : Anak-anak pokok cili, ada 4 semuanya dikepung dengan daun pinang kering, biar tak layu. Sebelahnya tu pokok kencur.


Ini pulak pokok serai, pokok limau kasturi yang dilindungi daun pinang kering dan hujung sekali pokok pandan. Buat masa ni, sibuk la menyiram setiap hari, bubuh baja dan bercakap-cakap dengan pokok biar hidup subur. Nurin dan Hubby yang rajin menyiram petang-petang bila aku tak sempat. Tak sabar nak tunggu pokok-pokok ni 'gemuk' dan membesar dengan sihat.

8 Comments:

At Monday, September 15, 2008 10:00:00 AM , Anonymous Anonymous said...

wahhh..
rajin ko.....
aku malaslah..
hajat di hati mmg nak tanam..
tapi kemalasan yang amat..

tapi sukalah tgk pokok herba ko..
kalo nak masak petik jer...
tu yg best tuh....

buat mase ni aku cuma ader limau
kasturi jer...
ko pakai baja ape

 
At Monday, September 15, 2008 5:13:00 PM , Blogger Xura'Z Craft said...

x dpt pi rmh ko, dpt tgk gmbr rmh pun jd la... x pe, nnt next yr aku dtg, bwk bb ok??? hehehhh....

 
At Tuesday, September 16, 2008 9:19:00 AM , Anonymous Anonymous said...

happynya dah pindah umah baru. jgn lupa tepek pic lg byk. tukang baca nk tumpang jamu mata pun jadilah. hehe..

p/s: selamat berpuasa n salam kenal!

 
At Tuesday, September 16, 2008 9:42:00 AM , Blogger mommamia said...

knowing u noha,ko mmg rajin bab2 mencantikkan rumah,cantik tu garden baru ko,aku yg dah lama pindah rumah baru pun ada seketul jer pokok keladi kt tepi pagar,tu pun dah mcm hidup segan mati tak mahu huhu

 
At Tuesday, September 16, 2008 11:14:00 AM , Blogger noha chomel said...

ju > nak kata rajin takde la juga, skrg ni, an dgn nurin yg rajin menjirus. hari tu an belikan baja taik ayam, tapi aku tak guna lagi. utk herba & sayur aku guna NPK, untuk pokok bunga aku guna baja utk lebatkan bunga. baja ni ko kena pegi tanya kat kedai, bukan sembarang je.

xura > takpe, lain kali bole dtg :)

apple > salam ramadhan dan selamat berkenalan juga. Alhamdulillah, lega dah pindah, tapi letihhnyaaa Tuhan je yg tahu, tobat dah rasa nak pindah lagi. gambar amatur je, tak pro macam apple :)

mar > pokok heliconia tu mmg dah lama aku berangan, kononnya nak cover sliding door, jadi bila melepak2 kat ruang tamu tu, takde la nampak dari luar. yg herbs tu, bapak aku kan suka bertanam2, mak mertua aku pun sama, cuma kitorg ni je yg malas2...heheh...kalau ko nak tahu pokok bunga tu aku tanam memalam buta...siang2 tak kuasa, panas! herbs tu je yg aku tanam siang, itu pun mengejarkan musim ujan ari tu.

 
At Tuesday, September 16, 2008 2:53:00 PM , Blogger Zetty said...

bestnya rumah baru!
selamat bercucuk tanam.

by the way, jusco mana ni beb?

 
At Tuesday, September 16, 2008 8:21:00 PM , Blogger noha chomel said...

kak zetty > jusco equine, dekat dgn pasar borong selangor. kalau jusco ke rumah dlm 5 min je :)

btw, dah buat keputusan ke???

 
At Thursday, October 23, 2008 11:57:00 AM , Blogger Ydiana said...

Salam

Terjumpa blog ni masa nak cari info pasal selasih. Tahniah rumah baru dan dapt impian garden heliconia. Cantik! Saya pun baru berjinak2 dengan gardening. Nanti bila pokok dah gemuk, update lagi ya? Seronok tengok :)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home