Sunday, December 23, 2007

Korban.....

.....ibadah,

Awal tahun ni, aku berazam nak buat qurban untuk hubby, Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat aku melaksanakan ibadah yang satu ni. abah pulak buat qurban untuk si Comel Afiq. Jadi, balik la aku ke BP walau pun hubby tak dapat tambah cuti raya, lagi pun dah booking nak qurban kat kawasan perumahan tempat mak bapak aku tinggal.


Tahun ni, 17 ekor lembu dikorbankan sempena sambutan Aidiladha kali ni. Hubby dan afiq dapat lembu nombor 1 dan dikongsi dengan 5 orang yang lain. Unik dan istimewanya kalau buat qurban kat sini, berapa banyak pun lembu yang dikorbankan, setengahari je semua tugas menyembelihan, melapah dan membahagi-bahagikan daging qurban selesai dilaksanakan dan biasanya lepas asar, siapa-siapa pun dijemput makan sup tulang kat surau. Tugas dilakukan dengan sistematik sebab tu semuanya boleh dilakukan dalam setengahari je.

Ini lembu yang bakal dikorbankan. Aku tak pergi menenguk even masa qurban untuk aku dan Nurin pun aku tak tenguk, tak sampai hati, tapi Nurin berani betul siap bole cerita lagi dengan aku bila balik tu. "Mama, orang tu potong leher lembu, darah keluar macam air paip!"...iiskk...

Tugas abah di bahagian melapah, masa ni hujan turun mencurah-curah, walau pun semua kebasahan, qurban tetap diteruskan.

Daging qurban yang aku balik aku bahagi-bahagikan dan masakan pertama daging qurban malam ni, black pepper beef sandwich.



........ perasaan,

Pagi tadi masih mamai-mamai bangun tidur, Nurin dah telefon.

Nurin : Mama, semalam Nurin naik bas dua tingkat lepas tu Nurin nasik kuda belang


Mama : Apa? Amboii seronoknya


Nurin : Tu la, kenapa mama taknak ikut (dengan nada suara yang sangat eksyen)


Mama: Cisss....


Ya, Nurin ikut mak mertua aku balik JB, semalam diaorang bawak Nurin jalan-jalan kat Singapura. Seronok betul Cik Kak sorang ni sampaikan bila aku atau hubby telefon langsung taknak bercakap dengan kitaorang, siap nangis-nangis lagi.

Hmmm...terpaksa la kami berkorban perasan, menahan rindu dendam...huhuhu....




.............. wang ringgit,

Perbualan antara aku dengan Nurin ni masa dalam kereta lepas ambil dia dari sekolah.

Nurin : Ma, kenapa kena simpan duit (masa ni dia tengah pegang duit RM1)


Mama: Nurin kena simpan duit sebab duit tu boleh digunakan untuk Nurin belajar nanti. Atau boleh guna bila Nurin dah besar nanti. Dah besar nanti nak jadi apa?


Nurin : Hmm...(sambil berfikir)...Nurin nak jual kuih la mama


Mama : (Alamak! Jual kuih cam kat tepi jalan tu ke...takleh jadi ni, kena improvise sket) OOhhh...nak jual kuih kat restoran ye.


Nurin : A ah, yang ada sepit dengan dulang tu, nanti orang boleh ambil kuih ke, kek ke.


Mama : Ohh...restoran yang ada jual, kek, kuih dan biskut tu ya? Habis tu Nurin nak buat apa?


Nurin : Nurin kat mesin duit, nanti kalau orang nak bayar, bayar kat Nurin. Mama masak kat dapur, Cik Ana boleh buat kek.


Mama: (dalam hati : ambooiii! belum apa-apa dah pandai mengarah)


Bila cerita dengan Atuk, Atuk kata "Kalau macam tu, boleh tak atuk datang 'ngeteh' tiap-tiap pagi, tapi Atuk taknak bayar". Cepat je Nurin menjawab "Boleh!"


Bila melihatkan Nurin bercerita tentang restorannya, apa yang aku bayangkan Nurin dan 'Secret Recipe'nya. Dan bila melihat kesunggahannya melakar impian untuk memiliki 'kedai kuihnya', betapa perlunya kami sebagai ibu bapa 'berkorban' wang dari sekarang demi merealisasikan impiannya ini. Takpelah, kalau itu yang Nurin mahukan, aku akan bagi sepenuh sokongan yang tidak berbelah bahagi. Mana tahu, satu hari nanti, tak payah lagi ke SR, tiap-tiap hari pun boleh makan cheese cake yang sedap tu di restoran sendiri, insyaAllah!!


5 Comments:

At Thursday, December 27, 2007 11:45:00 AM , Anonymous Anonymous said...

baguzzlah begitu....
kita mmg kena
sentiasa menyokong anak2..

makin cerdik nurin yea...
ntah le noha..
wah best lah ko dpt
berduaan ngan an....
aku pon blom buat korban lagi....

 
At Thursday, December 27, 2007 2:18:00 PM , Blogger Xura'Z Craft said...

kalo nurin ade kedai kek sendirik, chik zura la org yg akan slalu order kek sbb aiman slalu excited tgk kek yg cantik2.

dulu mase kecik aku slalu berangan jd org yg duduk kt mesin duit, cam nurin. bila dh bsr dpt la merasa terima duit bisnes sendirik. insyaallah nurin akan jd tokeh kek satu ari nnt. :)

 
At Wednesday, January 02, 2008 2:30:00 PM , Blogger mommamia said...

wah!kagum betul aku ngan cara nurin pikir,she's only 5yrs old and she has this imagination of running her own business!mmg cerdik..noha,kena pandai asah nurin ni,the way she think n intepret whatever happen surround her mcm bkn budak umur 5thn-kalau betul minat dia berniaga,she shud go for it,nnti auntie mar jadi regukar customer hihi

 
At Wednesday, January 02, 2008 4:43:00 PM , Anonymous Anonymous said...

julia : mmg kena bagi support, tapi kena betul pada tempatnya. kalau ada rezeki, cecepat la buat sebab atas apa yg kita dapat (rezeki lebih, gaji, bonus) sebenarnya bukan 100% untuk kita, masih ada org yg memerlukannya lebih dari kita. eg. sedekah, korban etc...

xura : tq, doakan la supaya cita2nya jadi kenyataan, boleh ramai2 ngeteh dgn mama dia :)

mar : mungkin dia tgk environment dia dan apa yang aku selalu terapkan pada dia, kalau nak berjaya byk duit, kena business. belajar mmg perlu cumanya pada aku minat pada perniagaan tu yg paling utama. mar, untuk merealisasikan cita2 dia tu, mama dia ni la dok pulun keja pagi ptg siang malam, kumpul duit. takpe la, org pun kata kan susah2 dulu senang2 kemudian :)

 
At Thursday, January 03, 2008 1:08:00 AM , Blogger Leyla Shuri said...

salam nohacomel,
dah besar anak sulung tu dan sekarang dah ada tambahan lagi ye.
Semoga semua sihat untuk ini dan seterusnya.
Ok, dah masukkan link.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home