Salam Aidilfitri
Kat mana-mana dah nampak dan terasa suasana hari raya. Hari pegi keje pun jalan lengang sikit, kalau tak pepagi dah nak menghamun orang. Walau pun jasad masih kat sini, tapi hati dan kepala otak dah ada kat kampung...eii...tak sabonya nak balik!!
Aku masih bekerja hari dan masih run the experiment. Kalau tak kerana result cam hampeh semalam, hari dah boleh berpoya-poya ngadap pc je ke tau pun baca buku citer. Nak sambung experimen lepas raya, lagi la tak mood. Takpe, susah-susah sekarang, senang-senang kemudian.
Esok dah nak bertolak balik ke Johor, baju tak habis kemas lagi. Cuma baju Nurin ke aku dah masukkan dalam beg. Budak kenit tu, beg dia je dah 3 biji. Mana taknya, beg baju satu, beg susu satu, beg pampers satu. Mama dengan babah cuma satu beg, itu pun kongsi. Iiskk..itu anak baru sorang, kalau 7,8 orang mau aku beli lori, tak pun bas ekspress!
Sebab raya hari pertama nak sambut kat rumah mak aku, esok aku akan balik JB dulu. Maybe on Sunday nak masuk Singapore, ziarah nenek, pakcik makcik kat sana sebab raya nanti tak dapat nak beraya bersama.
Cakap pasal Singapore ni, kepala aku takde lain pikir murtabak Singapore, especially yang kat Arab Street tu...iiskk..sedapnyaaaa. Ada sekali tu pegi, sepanjang kaki lima restoran orang beratur nak beli murtabak. Baru pukul 5 petang, panjangnya dah macam gerabak keretapi!
Lagi satu yang best, nenek dan makcik kat Singapore pandai masak, ada je juadah istimewa yang diaorang akan jamu kalau aku datang, maklum la orang jauh...heheh... Yang paling aku tak lupa, kalau kat rumah Mak Long, masakan nenek yang wajib ada every year, udang galah masak sambal dengan ayam goreng. Nampak macam biasa, tapi cuba la rasa...sedapnya tak sama macam kat tempat lain. Lagi satu resepi nenek yang best, Soto Madura. Itu soto i tell u, sangat la sedap, kalau makan mau ulang 2,3 kali satu hari!
Kalau kat umah Mak Utih lak, banyak dessert yang sedap mata memandang, sedap juga kalau dimakan. Fruits tart la, kuih lapis la..eii...memacam la...maklum la, Mak Utih anak beranak pakar buat cookies dan kuih muih. Dapat lak menantu lelaki pun pandai masak..mmm...lagi la meriah!
Kalau rumah mertua kat JB pulak, ada adik-adik ipar dan Kak Supi, pembantu rumah yang pandai masak. Normally bila aku balik, Kak supi akan tanya aku nak makan apa. Ambooii...silap bole order tuh. Walau pun Kak Supi hanya belajar memasak melalui buku, tapi msakan dia memang tak pernah menghampakan. Aku just imagine, kalau la Kak Supi tu jadi maid aku, harus badan aku ni bagai dipam-pam! Nasib baik la sekali sekala je jumpa, kiranya tak la rasa bersalah kalau makan banyak pun.
Pagi Deepavali, baru la aku bertolak ke Batu Pahat untuk menyambut kedatang Syawal bersama keluarga tercinta. Seingat aku, ni la kali kedua aku akan beraya ngan parents aku sejak aku kawin dan akan menyambut Aidilfitri kali keempat bersama hubby. Suasananya pun mesti berbeza, sebab one of my brother dah takde. Tapi meriah tetap akan terasa sebab adanya my lovely daugther, Nurin dan adik ipar aku, Mila (wife to my own brother).
Keluarga belah mak aku, ada menu-menu yang wajib ada pada pagi raya. Kalau takde menu-menu tu, mesti orang akan tanya. Macam mak aku, speciality dia ayam masak merah, Cik Jen dengan ayam masak kari dan rendang babat, tak pun ayam masak sambal, Cik Ilah pulak mesti ada ayam masak kicap. Katalah kalau menu-menu tu takde, mesti orang tertanya-tanya, dan sebab tu la, memasing dah pakar sangat dengan masakan diaorang.
Apa-apa pun, kena la kawal sikit makan di musim perayaan ni. Bak kata mak aku, normally orang yang masuk hospital musim-musim raya mostly orang sakit kencing manis tak pun darah tinggi. Oh ya, lupa nak bagitau, mak aku keje jururawat kat ICU, Hospital BP. Kalau sesape nak jumpa mak aku tuh, toksah la jumpa kat ICU, baik la datang umah, bole makan-makan yek.
Jadi, dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung blog ini. Terima kasih kerana sudi datang blog ini, memeriahkannya dengan komen, pendapat mau pun teguran yang membina. Terima kasih daun keladi, senang-senang datang la lagi.
Juga, sesape yang balik kampung tu, diharap pandu dengan cermat dan berhati-hati di jalanraya. Kalau ada Johorean yang balik Johor, lalu la plak kat BP, singgah la rumah, tapi call atau sms la dulu, takut-takut lak aku pegi beraya, takde kat rumah. My hp no : 013-7708355. Kalau bukan Johorean, tapi kena balik Johor sebab ikut suami atau isteri, atau memang sengaja nak raya kat JOhor, jemput la jugak singgah umah aku, bole la kita beramah mesra.
Ketupat direbus di malam raya,
Masak rendang tepi perigi,
Ucapan dikirim pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri.
* gambar ehsan dari Jaring ; e-aidilfitri
14 Comments:
agenda raye aku mmg fix every yr. cume last yr je 1st raye kitorg blk kg nyai hubby sbb family aku x raye, pakcik aku gout, x leh jln.
noha, aku tunggu ko dtg rmh aku. klu sempat aku pun nk raye rmh ko jugak...
xura : mak aku ngan bapak aku pun macam ko ngan yusman, so every year masa kitorg kecik2 fixed dan sama je agenda yek. sejak kawin la baru berkembang sikit..heheh
insyaAllah, ko jgn risau, aku kan tak penah miss pegi rumah ko, sejak bujang sampai la dah beranak pinak..
Noha, ni cerita nak balik kampung ke cerita pasal makanan lagi!
Routine hari raya dari dulu sampai sekarang mesti sama je, kadang-kadang naik boring juga sebab dah tahu apa akan berlaku seterusnya. My husband dari keluarga besar, syok beraya tapi routine still sama. Tiap-tiap tahun kitorang (me & hubby) cuba fikir apa nak buat bagi different sikit. Dah 17 tahun kawin celebrate macam tu jugak! Tapi asalkan meriah .... kan?
QOTH : aiseyy kak...saya ngan makan-makan mmg takleh lari nampaknya...heheh...
kadang2 tu kak, walau pun sama jek rutin yek, tapi itu lah jugak yg kita tunggu2 tiap2 tahun...
i think kalau nak rasa lain sikit, apa kata akak pi vacation masa raya, surely different!!
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin buat Nohachomel sekeluarga.
Salam Takzim
Cencaru Bakar
itu lah QOTH, ini noha chomel kan obses dengan niat melelehkan air liur orang.
petang ni dah le i kena masak ketiau yg macam dia cerita sebelum ni. Ini tambahh lagi!
now tidak ada tidak, u must apologise by sending me a huge kad raya yang kalu bukak dalam ada lagu saloma!
en. cencaru bakar : selamat hari raya juga..:)
kak ood : aiyoohh...must find the card first then baru cari the lagu!!??
Noha, next week tak jumpa ko kat sini lg sbb ko dah cuti kan?aku next week monday masuk opis lg,blk muar ari selasa then aku cuti sampai khamis dpnnye tu, sakankan aku beraya?hihi so nak ambik kesempatan wish selamat hari raya maaf zahir batin ya 0-0 halal mkn minum mana la tau zaman2 sains muar ada terambik biskut kering ko ke, buah pear ke hihi ok noha,take care masa blk raya nnti and kiss utk nurin!
mar : a ah...aku tak masuk opis, tapi kalau aku jumpa pc ngan net aku update la...
aku pun nak sama gak, 0-0 ek..aku ingat nak singgah muo, apa2 pun aku call nanti ek..kiss aku untuk irina gak..
wah selamat balik kampung! dan selamat hari raya!
memang org singapore (mcm kita nih hehehe) pandai masak. tapi still, no practice, sama jugak jadi tak sedap hehehe.
enjoy ur vacation!
oh and forgot, eat that murtabak for me ok!!!!!!!! kirim salam mamak murtabak tuh sekali.
selamat hari raya utk noha dan keluarga. berhati-hati di jalanraya.
Deepavali di Batu Pahat? meriah tu.. ;)
Selamat hari raya, ma'am. Have fun but not too much. Drive safe.
This comment has been removed by a blog administrator.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home