Thursday, October 13, 2005

Ramadhan al Mubarak

Hari ni, aku nak citer pasal bulan pose. Aku rasa aku blom sentuh apa-apa topic pun pasal bulan pose kan? Asik dok sibuk citer pasal eksiden ngan dapat keje baru, sementelah aku pun banyak keje nak buat. Semua sample dah dijadualkan untuk setiap minggu dan aku kena siapkan sebelum hari raya. Buat masa ni, aku taknak citer dulu mengenai keje baru aku, masih terlalu awal untuk aku citerkan pada korang.

Anyway, whoever came here, congrats me and wished me luck, thanks you so much! Please pray for me, that everything will run smoothly. Dan sape-sape yang mengetahui situasi aku with my current job, korang mesti tahu betapa aku bersyukur dan lega yang teramat sangat bila dapat keje baru ni. Doa kalian juga telah diperkenan Allah sebenarnya!

Ok, sekarang aku nak citer pasal bulan pose lak. Aku rasa, bulan pose tahun ni agak kelam-kabut sikit, maklumla sehari sebelum tu dah eksiden. Banyak hal yang perlu diselesaikan. Dan aku lak, tak sempat pun nak pose, ‘anak bulan’ hari raya memang telah ‘kelihatan’ seminggu sebelum tu. Jadi sehari dua masa awal ramadhan tu, berprojek la aku dengan 2,3 labmates ni, makan maggi kat umah…hehheh…

First day pose aku try masak walau pun masa tu tinggal lagi satu jam nak berbuka. Alhamdulillah, elok je abis mandi, azan berkumandang. Second day pun cam tu gak. Walau pun tak merancang nak balik kampong, at the terpaksa balik gak nak amik keta sebab keta yg eksiden tu masuk workshop. Dapat la satu hari berbuka dengan mak ngan abah.

Oh ya, the day I went back to my home town, berbuka masa kat dalam bas, sebab kesuntukkan masa, kitaorang beli je juadah berbuka kat pudu tuh. Mak ai, harga mahal betul! Meehoon goreng kosong (sebab aku tak jumpa apa-apa pun dalamnya, yg ada cuma rasa masin dan coloured) pun nak RM1.50 – 2.00!!...iiskk…buat duit betul diaorg ni. Yang paling mahal aku beli, sesenduk (satu senduk je tau, korang try la sesenduk nasi kat rumah tu macam mana) plus telur dadar yang tak la sebesar mana dan 2 benda ni pun tak sampai separuh dari polistrin tu harganya RM2.00! Do u believed that?!!..sigh…nasib la anak yang minta, aku beli la jugak. The thing is bukan tak mampu nak bayar, tapi biar la harga berpatutan dengan saiz makanan tu. And fyi, nasi goreng tu pun, takde isi, putih pucat! The taste, I don’t know sbb Nurin yang makan.

Isnin lepas, sebab dah keletihan, aku cakap kat hubby, takyah la masak, beli je kat pasar ramadhan. Hhmmm ….ni pun satu hal, punya la ramai, bersesak-sesak, asap sana sini, belinya cuma nasi kerabu ngan nasi campur. Itu pun harganya…sigh…malas nak cakap, korang sendiri paham kot. Senang citer masak je la kat rumah. Tinggal lagi masa la. Dalam kes aku, sekurang-kurangnya aku akan masak satu lauk dan sayur dan yg lain tu tambah ulam dan kuih-muih yg hubby beli. Cukup la tuh, bole makan sampai kenyang. Nasib baik dapat hubby yang tak berkira dengan kerja rumah. Dah 2 hari nih, aku masak, dia yang mengemas periuk belanga kat dapur selepas aku masak, Alhamdulillah! Aku happy sangat bila dia membantu, walau pun penat, tapi tak terasa..:)

Lagi satu yang aku perasan, tahun ni aku ngan hubby jarang ‘mentong’, paling tidak lepas berterawih tu, kitaorg cuma makan buah atau minum air. Maybe sebab berbuka dah makan sampai kenyang, jadi malam tu tahyah nak mengulang. Sahur pun simple je, kalau takde apa-apa nak makan, kitaorang just minum quiker oats dan makan buah. Kalau aku buat bekal untuk Nurin which is nasi goreng atau mee/meehoon goreng aku akan buat lebih sikit untuk hubby. Aku lak takleh nak makan benda berat-berat pepagi, nanti asik nak burping je. Tapi aku akan pastikan aku minum sekurang-kurangnya 2 mug air masak masa sahur tu, kalau tak rasa cam kering je sepanjang hari.

Apa pun, kau rasa, pose tahun ni memang lain dari yang lain, ramadhan yang akan aku kenang sampai bila-bila!!

3 Comments:

At Thursday, October 13, 2005 1:40:00 PM , Blogger mommamia said...

Btul la Noha, skang byk harga brg naik, kalu gi beli kat pasar ramadhan tak kurang 10inggit punya..aku pun masak gak blk dr keje, mmg tak smpt terkejar2,tp puas ati la mkn smpai kenyang hihi,beli pun kuih je la..mentong tu apa ek?

 
At Thursday, October 13, 2005 2:05:00 PM , Anonymous Anonymous said...

mar : mentong tu bahasa jawa, maksudnya, mengulang makan

 
At Friday, October 14, 2005 10:11:00 AM , Anonymous Anonymous said...

betul sany, ari tu aku belanja RM15 dapat 4 kali masak, jimat tu..tinggal nak ke tak buat.

28hb, hari jumaat aku dah balik jb, pastu on deepavali aku balik bp sampai hari sabtu.

ko balik mana tahun ni? kalau balik bp, singgah la umah

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home