Wednesday, May 25, 2005

Pelajaran pertama...

Pelajaran pertama menjadi seorang ibu, (lepas pantang la…bila dah dok sorang-sorang)…aku dapat melalui website www.babycenter.com , iaitu kita perlu melatih anak kita seawal 2,3 bulan untuk tido pada awal waktu malam. Kebaikan baby tido awal ni, supaya ibu-ibu yang bekerja macam kita ni, bole la buat keje-keje lain macam basuh baju ke, masak ke, tido ke…heheh..kiranya bole la kita rehat awal..

So, aku pun meng’eksperimen’kan la Nurin untuk teori yang aku dapat nih… lepas abis pantang, bila aku balik kl, aku akan make sure, Nurin tido lepas maghrib, dan kalau korang nak tahu, aku berjaya melatihnya!..Normally Nurin akan tido dalam kul 8 mlm sampai la esok pagi, ada gak dia bangun tapi biasanya nak susu je la…(ini tak ambik kira kalau dia sakit perut ke, ada tetamu kat umah ke, cam mak bapak aku datang ke)..

But of course, tak semua baby sama, tul tak?… as for Nurin, aku berjaya melatihnya sebab, Nurin ni baby yang aktif waktu siang, so bila malam dia akan tido selena-lenanya dan dia tinggal dgn aku, mama dan babahnya sahaja, so takde gangguan orang lain. Kiranya aku bole control environment rumah la..

Well, pada pendapat aku, sebagai ibu bapa, kita tentunya nak yang terbaik untuk anak kita, rite?..dalam hal ni aku sangat-sangat percaya, kita sebagai ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk anak-anak, yang mengatur cara hidupnya, mengajar yang betul, menentukan apa yang bole dan tak bole dilakukan. Tapi tak semestinya la kita kena jadi diktaktor cam nazi tu..iiskk…kena la ada cara, kalau baby, buat la style baby, kalau remaja buat, ikut la rentak gayanya…

‘susah la’…’nakal sgt’….takmo dengar cakap la’…biasa la tu, budak mmg camtu, tapi sebagai ibu bapa kita kena firm/tegas, at the same time penuh kelembutan , kemesraan , timbangrasa dan hormat..'eh! camne tu?'….heheh…nanti la aku citer lain kali, sebab dah byk sgt entry kali…nanti korang boring la pulakkan…kalau aku ada masa dan idea, aku sambung balik bila-bila ek….Sekian untuk pelajaran pertama.. :)

p/s: terima kasih mak andeh, saya banyak belajar cara mendidik anak melalui akak, thanks for everything!

1 Comments:

At Tuesday, April 24, 2007 2:57:00 AM , Anonymous Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! How to regain flexibility after weight gain What is the mobile phone Dog for child with asthma Edgar snyder and medical malpractice

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home