Thursday, May 26, 2005

Burger

Korang suka makan burger tak?...bukan..bukan..bukan burger McD atau KFC…alahh, burger yang kat tepi-tepi jalan tu…yang daging dia normally guna Ramly® Burger tuh…haa..betul la tu…kalau kat serdang ni, ada Otai Burger, ada Santak dan macam-macam lagi la…(sekadar menyebut beberapa je..).

Aku dah lama tak makan burger cam ni, last time aku makan tahun lepas kot… sejak minggu lepas aku rasa cam teringin je nak makan burger ni… Semalam, aku bertekad, ‘hari nih, aku mesti makan burger’ kata hatiku, pada hubby aku dah siap-siap tepon..’ Honey, malam ni kita makan burger je ek?’ dengan nada manja aku berkata..’ok, no problem’ kata hubby ku…heheh…selamat! Malam ni takyah masak!

Selepas me’nyervey’ dgn bebudak kat lab, burger mana yang best, aku pun beli la burger kat situ (actually, tak tahu la betul ke tak gerainya, sebab banyak sgt gerai burger kat situ). Aku beli burger ayam spesel, hubby lak burger ayam dgn cheese..emm…baunya, rasa macam nak makan kat situ gak!..

Balik tu, lepas mandi dan solat, kitaorg pun mengadap la burger yang kuidam-idamkan tu..buka je pembungkusnya..uuii…banjir burger kitaorg dgn mayonis dan sos….apa lagi…Ngap!..nyum..nyum….puuhh…sedap sioottss….mmg best, sebiji je dah mengubat kerinduan ku pada burger…lepas ni, lambat lagi la kot nak makan burger…bukan apa, dengan mayonis yang melimpah ruah tu, teringat lelemak yang melimpah ruah kat perutku ini…heheh…

Apa-apa pun, best woo…try la hari nih…

1 Comments:

At Thursday, May 26, 2005 2:00:00 PM , Blogger noha chomel said...

heheh...lupa lak nak letak title...takpe, aku dah edit pun...

sany, kamal masih jual burger ke?..eemm teringin gak nak rasa, bila nak pi ek?..bole pi sama2...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home