Monday, April 20, 2009

Taman Botani

Buat Julia yang dikasihi....chiss...kawan aku sorang nih, tak menyabo nak suruh aku update blog je kejenye... Ju, lain kali datang sini singgah tempat nih eh??


Hujang minggu lepas, aku keje sebenonya, tapi badan rasa tak sihat dan batuk-batuk, jadi amik le time off sendiri. 2 hari dok rumah je, Nurin dan Hubby pun naik boring .aku nak boring mende, byk tul keje umah nak buat ; basuh baju, sidai baju, gosok baju, masak...aargghhh.... Hubby ajak jalan, aku kata boleh dengan syarat takmo kat shopping complex, maklum la environmentalist. padahal sebenornya tak mengabihkan duit kat toke-toke shopping complex tu...huhuhu.... So, Hubby ajak pergi Putrajaya. Memula nak pegi lepak kat dataran masjid, tapi punya la ramai umat...isskk...nak parking pun susah. Aku contacted Nad, dia suggest pegi le Taman Botani. Seingat aku, aku pegi sana nak pegi makan je...hhmm.... ok la, bole check out apa yang ada kat sana.

Aku masuk Taman Botani terus masuk ke kawasan Moroccon Pavillion...waahhh...cantik betul tempat tu. Bangunan yang cantik, ukiran yang indah dan taman yang menarik dengan bunga-bunga yang berwarna warni...iishh...ishh....aku tak sangka ada taman yang cantik kat dalam Taman Botani nih.


Pintu gerbang ni, siap ada ukiran ayat Al-Quran.


Informasi ni ditampal kat pintu gerbang tu.


Selepas melalui pintu gerbang, korang akan jumpa kolam ni, cantikkan? Petang semalam cuaca redup selepas hujan, jadi jalan-jalan kat situ memang best


Geram dengan bunga yang warna warni dan taman yang menghijau, aku dengan Nurin cecepat ambik gambar, takut kena halau...mana la tahu takleh pijak rumput, tapi takde plak sign kata takleh pijak rumput.


Dating bawah pokok kelapa...nasib baik pokok kelapa jauh, sia-sia jek dating kat situ kalau kena buah kelapa yang jatuh. Belakang tu ada tasik, macam-macam aktiviti kat tasik tu salah satunya belajar macam mana nak bawak bot kecik.


Bila nampak pokok buluh ni, Nurin tanya pokok ni untuk makanan panda kan? Aku suruh dia tenguk-tenguk kalau ada panda kat situ...hehehe...


Nampak tak sarang burung kat puncak pokok tu?





Area ni wangi sangat, aku dah rasa mcm seram-seram jek, rupa-rupanya ada pokok bunga melur kat sebelah tu.


Sori Pn Burung. In order nak amik gambar sarang burung ni, pn burung terbang keluar dari sarangnya. sarang ni kat pokok buluh yang ditanam didalam pasu sebelah restoran seafood...hmm...tempat lalu lalang orang sebenarnya, tu yang surprised mcm mana la dia bole buat sarang kat situ.


Kitaorang sampai dah pukul 6 lebih, sekejab je jalan dah nak maghrib. Tapi Hubby dah janji nak datang lagi , next time awal sket, jalan boleh round habis satu taman. Sebelum balik rumah, kitaorang singgah makan dan solat sebab Nurin dah lapo sangat.

Semalam punya paper ada citer pasal makanan dari Johor, ntah mengidam apa agaknya Hubby ajak makan kat Presint 9, kat situ ada byk makanan Johor termasuk la Briayani Gam dan Sup Tulang Merah. Hubby makan Mee Rebus dan otak-otak, aku makan Soto. Nurin cuma makan pita kebab dan pau makanan aku dan babah dia.

Jom kawan-kawan jalan-jalan kat Taman Botani, best tau, bole jogging, sewa basikal atau duduk-duduk baca buku atau paper pun best.



.

Friday, April 03, 2009

I feel good!

- Pusat Darah Negara
- kali ke 3 sejak tahun lepas, kali pertama bulan Feb 2008, pastu Jan 2009 and today, insyaAllah akan jadi rutin setiap 3 bulan sekali melainkan kalau pregnant :)
- 450ml setiap kali dan masa yang diambil lebih kurang 15 min to 30 mins bergantung kepada salur darah, kecairan darah etc.


Jom derma darah, kita tak tahu bila kita akan memerlukannya. Kakitangan Pusat Darah tu semuanya sangat profesional, kita akan dilayan dengan baik dan yang penting tak sakit. Kerusi sandarnya sungguh selesa, ada penghawa dingin dan juga tv. Jom kawan-kawan!

Wednesday, April 01, 2009

Doa selamat

Alhamdulillah dengan rezeki yang melimpah ruah ini. Sebanyak mana dugaan dan cabaran yang datang, Allah sentiasa mengiringinya dengan rezeki dan hikmah yang kita takkan sangka-sangka.

Baru-baru ni, aku minta abah buatkan kenduri doa selamat, kesyukuran dan tahlil di kampung. Dah lama teringin nak buat majlis ni baru kali dapat direalisasikan. Aku tak dapat balik sebab Nurin dah mula sekolah, kesian pulak nak pontengkan dia.

So, majlis pada 26hb tapi makan-makannya baru buat semalam. Mula-mula nak minta orang masakkan, tapi mak kata dia boleh buat dan abah pun boleh tolong dan aku rasa diaorang pun suka nak buat. If that make their happy and i am happy to let them to do it. :)

Hidangan masa kenduri semalam ialah ;

1. Nasi putih
2. Kari Ayam
3. Sambal Udang
4. Sambal Terong
5. Ikan Kering gelama
6. Popedom
7. Kuih karipap.
8. Air Teh Susu dan Teh O

Alahaiiii...kecur air liur aku bila mengingatkan masakan yg mak masak sebab aku suka sangat terung masak sambal tu. Kombinasi masakan tu buat aku terkenang-kenang sampai ke tidur.

Apa pun, semuanya berjalan lancar dan abah cakap semua yang mak masak habis licin! Alhamdulillah. Kalau la aku dapat balik, mesti lagi seronok...takpe la, lain kali bole buat lagi. Terima kasih mak dan abah, susah payah masak untuk kenduri tu dan tentunya terima kasih tak terhingga sebab kakak sentiasa dalam doa kalian, love both of you very much!!!

Sambal udang, sambal terung, popedom dan ikan kering gelama....hhmm...yummy!


Semuanya masak di rumah barulah di hantar ke surau. Nasib baik la semuanya dibuat di surau, ramai yang menolong, terima kasih semua!