Thursday, March 26, 2009

Saje Gatal

Yang kena buat aku tak buat, yang tak suruh tu la aku buat. Aku pegi blog zura, tetiba rasa nak buat pulak tag dia buat...hehehe....kita tenguk eh resultnya. Btw, sori eh zura, akak copy bulat-bulat dari ur blog, nak jimat masa! ;p

Keep this going. Type out the sentence you end up with in the TITLE of your note and tag your friends. Have fun.

Pick the month you were born:

January——-I kicked

February——I loved

March——–I karate chopped

April———-I licked

May———-I jumped on

June———–I smelled

July———–I did the Macarena With

August——–I had lunch with

September—-I danced with

October——-I sang to

November—–I yelled at

December—–I ran over

Pick the day (number) you were born on:

1——-a birdbath

2——-a monster

3——-a phone

4——-a fork

5——-a snowman

6——-a gangster

7——-my mobile phone

8——-my dog

9——-my best friends’ boyfriend

10——-my neighbour

11——-my science teacher

12——-a banana

13——-a fireman

14——-a stuffed animal

15——-a goat

16——-a pickle

17——-your mom

18——-a spoon

19—— - a smurf

20——-a baseball bat

21——-a ninja

22——-Chuck Norris

23——-a noodle

24——-a squirrel

25——-a football player

26——-my sister

27——-my brother

28——-an iPod

29——-a surfer

30——-a homeless guy

31——-a llama

What is the last number of the year you were born:

1——— In my car

2———-On your car

3 ———– In a hole

4 ———– Under your bed

5 ———– Riding a Motorcycle

6 ——— sliding down a hill

7 ——— in an elevator

8———- at the dinner table

9 ——– In line at the bank

0 ——– in your bathroom

Pick the color of shirt you are wearing:

White———because I’m cool like that

Black———because that’s how I roll.

Pink———–because I’m NOT crazy.

Red———–because the voices told me to.

Blue———–because I’m sexy and I do what I want

Green———because I think I need some serious help.

Purple———because I’m AWESOME!

Gray———–because Big Bird said to and he’s my leader.

Yellow——–because someone offered me 1,000,000 dollars

Orange——–because my family thinks I’m stupid anyway.

Brown———because I can.

Other———-because I’m a Ninja!

None———-because I can’t control myself!

Now type out the sentence you made, write ‘em in my comment box and also as the TITLE line and tag your friends in the note!

Mine (highlighted in yellow font as above): "I LOVED A NOODLE AT THE DINNER TABLE BECAUSE I'M SEXY AND I DO WHAT I WANT"
hmmm...apa kena mengena noodle and sexy eh...hahahha...apa-apa la.

As for hubby (highlighted in blue font as above), it goes: "I SMELLED A STUFFED ANIMAL IN AN ELEVATOR BECAUSE BIG BIRD SAID TO AND HE'S MY LEADER"
hahahha.....kelakar betul jadinya.

So, siapa-siapa pun boleh buat, tapi aku nak jugak cik ana banana @ ruby rubita buat benda alah ni...boleh ye? ;p


.

Wednesday, March 25, 2009

Gooollllll!!!!

Hidangan dinner malam ni, sup sayur brokoli dan kobis panjang dengan suun, ikan tenggiri goreng dan sambal petai, it's simple and yet very satisfying :)


Ini salah satu goal aku this year, nak buat full settlement dan cancel this citibank credit card. Cukup dah pengalaman aku dengan bank yang sungguh mencekik darah ni, serik!!! Fyi, bukan senang pun nak cancel, diaorang ni byk cekadaknya. Sebelum ni penah juga la dengar, ada tu orang dah mati pun statement masih sampai lagi...siap ada charge pulak tu! Kononnya dan janjinya, selepas aku buat full setlement tu, within 7 days diaorang akan call untuk buat confirmation. Until yesterday....takde call pun, so apa lagi, mmg nak carik pasal la dengan aku nih nampaknya. Aku pun called diaorang....

Aku : Saya telefon ni nak minta released letter atau any letter ke, email ke yang menyatakan saya dah buat cancelation

Citibank : Tapi cik, kami tak buat macam tu.

Aku : Then, macam mana saya nak tahu saya dah betul-betul cancel kredit kad ni, macam mana kalau saya masih ada hutang lagi?

Citibank : Sekejab ye cik, saya semak. (lepas setengah minit) Cik ada baki tertunggak RM76.70.

Aku : Apa? Charge apa tu? Kena bayar ke?

Citibank : Oh! ini adalah yuran tahunan, ya kena bayar.

Aku : Hah! ni yang saya tak suka nih. Hari tu bila saya saya tanya balance, kata semua dah masuk, katanya semua settle. Sebab tu la saya tak suka dan sebab tu la saya nak awak keluarkan confirmation letter. (masa ni mmg suara aku agak tinggi sikit dan mmg aku marah pun!)

Citibank : Ok cik, saya periksa sekejab. ..... Macam ni cik, kami dah waivekan bayaran tu. (Aiikk!! bole pulak tetiba waive..musykil nih)

Aku : Betul ke? Macam mana kalau saya telefon minggu depan, masih ada lagi.

Citibank : Jangan risau, saya dah uruskan, takde apa-apa bayaran lagi.

Hampeh kan?? Aku siap ambil nama dia, aku kata kalau tak settle aku akan tulis surat. Masa tu suara pompuan nama P*ng tu pun dah slow je. Ingat aku takut? Diaorang la takut takleh nak charge interest lagi, padan muka!!!Bab ni aku betul-betul lega, Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga menyetelkan hutang yang satu nih.


Anyway, Hubby and me had a goal, a big goal (untuk kami la, orang lain maybe perkara biasa je kut) to be achieve by jun as to be our sweetest anniversary gift. and we are really hope, it arrived on 15th of june. Dear God, please let this happen and please help us to achieve this goal, aminn. Kawan-kawan, tolong doakan sama yek, semoag dipermudahkan, insyaAllah!



.

Friday, March 13, 2009

Cuti-cuti Malaysia

Last weekend bila cuti panjang sikit sebab Maulidur Rasul, Hubby ajak jalan-jalan cari makan. Sebenarnya i dont really have a budget nak pegi vacation ke hapa, cumanya dah terasa sangat penat kerja. Hubby dan Nurin pun asik bising je sebab dah kurang meluangkan masa dengan diaorang.

So, sebelum melancong ke Australia ke (ahem...ahemm...) apa kata melancong kat negara sendiri dulu. Ye la, kadang-kadang tu kita tak pernah atau tak kenal pun tempat-tempat menarik kat negeri sendiri kan? Aku kata kat Hubby, boleh pergi dengan syarat dalam lingkungan budget yang telah di tetapkan. Seminggu sebelum pergi, Hubby dan mula checked kat net, tempat nak pergi, tinggal, makan and etc.

Selamat datang ke Bagan Lalang :) Pic agak kabur, maklum la cuma guna henpon cap ayam. Masa datang dah tengahari, cuaca mendung dan air tengah surut. Ada oarng berkhemah dan mandi manda juga. Suprisingly, yang berkhemah tu bukan orang muda je, ada tu yang bawak family dan atuk nenek.


Pantainya kalau surut jauh ke tengah, walau pun tengahari dan panas terik tapi angin yang bertiup menyejukkan.


Ketam ni banyak betul kat sana. Masa surut tu semua keluar, kalau kita datang kelam kabut semua masuk lubang, bila kitaorang dah lalu semuanya keluar balik..iiskk...macam cerita the mummy pulak masa serangan kumbang tu.


First experiance main layang-layang, bukan tak pernah main layang-layang sebelum ni, cuma layang-layang tak naik.Seronok betul, tak payah 'anjung-anjung' , layang-layang naik sendiri sebab angin kuat.


Hubby pun tak lepaskan peluang melepas gian main layang-layang. Nurin tak sabar-sabar nak main pasir, tapi masa tu dah mula terik sangat, dan dah lapar, kitaorang janji dengan dia petang atau esoknya sambung lagi.


Kiatorang tinggal kat Bagan Villa Resort. Kat situ je yang masih ada chalet kosong. Takpe la, janji ada tempat boleh rehat dan bermalam.


Lepas puas main air petang tu, mula la laparkan. Cik Kak ni, tak sabar nak tunggu lauk, jadi kitaorang order dulu nasi goreng cina.


Antara makanan yang kitaorang order, ikan kerapu masak tiga rasa (aku rasa dia masak sweet and sour la, tapi ok juga..sedap!). dan signature dish at Wak Lan Restoran, pepahat masak sambal pecah telur. Restoran ni betul-betul sebelah chalet, jalan kaki pun boleh.


Selain dari tu, sotong goreng tepung dan sayur campur.


Ini la rupa pepahat.


Esoknya Nurin nak main istana pasir lagi. Kitaorang sama-sama tolong dia buat istana pasir ni dan Nurin seronok sangat bila kitaorang melayan dia.

Kali ni memang betul-betul bercuti sebab nak dijadikan cerita, hp aku tertinggal, jadi takde la smses or calls about business. Nasib la 2 hari satu malam je, ikutkan takleh hidup tanpa hp nih...hehheh..

Korang yang kat KL dan area berdekatan, patut pergi Bagan Lalang ni. Tak ramai orang so tak crowded sangat, makanan pun sangat la best! Berbaloi dengan apa yang kita spend. Aktiviti tak banyak tapi setakat nak main air, camping, cari kepah dan bbq boleh la. Bila malam ada night market, byk cenderamata yang dijual dan murah-murah pulak tu. Kalau dari rumah aku tak sampai 2 jam kalau naik kereta, lebih kurang satu jam setengah dan takde tol. Banyak juga chalet dan ada Hotel Seri Malaysia, cumanya korang dinasihatkan supaya buat booking at least 2 minggu sebelum pegi.




.