Friday, February 27, 2009

Happy birthday darling....

Enam tahun lalu, kelahiran Nurin disambut dengan penuh drama. Mana taknya, kelahirannya memang tak disangka-sangka sebab masa tu kandungan baru 34 minggu. Bermula dengan pecah air ketuban di tempat kerja bersambung-sambung dengan kejadian-kejadian menarik yang lain.

Bila sampai di hospital, ventilator takde, incubator pulak penuh. Ventilator ni penting sebab takut bila lahir nanti baby tak bernafas. Makanya naik ambulan la aku ke hospital lain. Kalau nak citer pasal bersalinkan Nurin ni, panjang berjela, kelakar pun ada, takut pun ada, macam-macam. Nak tahu cerita selanjutnya sila ke sini.

This year, sebab birthday both of us jatuh pada hari bekerja, nampaknya acara menyambut harijadi pun terpaksa la ditundakan. Tapi untuk Nurin tak boleh la nak tunda-tunda, the day before siap-siap dah dia ingatkan kita. So, aku planned utk sambut di sekolah je dulu.

Memula prepared untuk goodies, saje la suka-suka buat kanak-kanak kat tadika tu gembira. Fyi, goodies tu buat sendiri yek, dekat 2 jam juga la nam menyiapkan 30 biji.


Ini la rupanya goodies tu.


Tahun ni, takde gambo kartun ke, barbie ke, kek black forest biasa je. Itu pun dia dah suka, Alhamdulillah :)

Sekejab je rasa masa berlalu, bila tenguk gambar ...ni iiskk.... dah anak dara dah anak aku nih. Tahun depan dah nak masuk darjah satu, tak lama lepas tu PMR, pastu tup tup dah kat universiti, tak lama kemudian nak kawen dah...arrgghh...tiiDDaaakkkkk! Kalau la masa tu boleh dibekukan, aku nak tgk dia comel macam ni sampai bila-bila....hehehe....tak mungkin la kan...;p. Apa pun, aku bersyukur dapat menjadi mama pada anak dara nan seorang ni. Kehadiran Nurin menjadikan aku lebih matang dan bertanggungjawab dan aku memang seronok dan bangga mempunyai anak sepertinya. Anakku Nurin Salma, selamat hari lahir sayang, semoga menjadi anak yang solehah, mendengar kata mama dan babah juga guru serta dirahmati Allah dunia dan akhirat. I loves you so much!!


.

Tuesday, February 24, 2009

21 tahun.....

.....aahhhh....itu sepuluh tahun yang lalu. Sekejab je dah 10 tahun kan? Masa tu aku dalam semester 6 di universiti, tengah berhempas pulas menyiapkan thesis. Tinggal satu kelas yang perlu aku habiskan dan kebanyakan masa di dalam makmal melakukan eksperimen. Masa tu tak sampai setahun pun kenal dengan Hubby dan dia masih tinggal dan bekerja di JB.

Sambutannya pun aku tak ingat dah, hmm...banyak juga yang hilang dari ingatan ini. Cuma yang aku ingat, aku dapat jam Swatch dari Hubby. walau pun dah tak bergerak jarumnya, aku masih simpan jam tu :).

Semalam, ucapan pertama yang aku terima adalah dari Hubby sebelum dia pergi kerja. Seharian sibuk dengan kerja, malamnya pula ke KLIA, menghantar Syeda dan Izhar. Syeda akan melanjutkan pelajaran di Australia, Izhar pula akan menemankan Syeda sehingga semua urusan selesai di sana. Buat masa ni Irfan akan bersama-sama Nek Wan dan Kak Supi di JB. So, takde la special celebration, maybe celebration tertunda ada kot, tak gitu Honey?? ;)

Mulanya pelik juga kenapa la takde ucapan dari sms diterima, sedih juga....ye la kalau kawan-kawan tak ingat, takkan la mak dan makcik-makcik yang rapat pun tak ingat juga...huhuhu.... Rupa-rupanya Celcom buat hal, semua sms baru aku dapat hari ni.

Sebenarnya, aku tak harap apa-apa pun, ingatan dari mak, abah dan kawan-kawan dah buat aku rasa aku sentiasa dalam ingatan dan di hati mereka :). Aku bersyukur aku masih berpeluang menikmati kehidupan ini, sihat, bekerja, dikelilingi keluarga dan sahabat-sahahat tercinta dan terutama sekali Hubby dan Nurin. Aku berdoa, semoga terus diberikan kesihatan dan panjang umur agar dapat melihat Nurin membesar dan berjaya, juga berpeluang menggapai impian.


Tertidur Irfan dibuai ayah, nasib baik juga la dia tidur kalau dia sedar masa Syeda dan Izhar berlepas, takut menangis pulak dia.


Sempat Utih memberikan tips dan gambaran bagaimana keadaannya di Melbourne, maklum la kerja Utih baanyak buat Utih ke luar negara. Aku dengan Hubby dengar je la dulu, mana la tahu satu hari bakal menyusul pula. :)


Sambutan hari jadi tahun ni ditaja oleh Utih dan Cik Wa, takde kek cuma makan malam je, terima kasih daun keladi!