Monday, March 10, 2008

Anda undi siapa?

Ini muka orang happy pertama kali nak balik mengundi...huhuhu.... sebenarnya lama dah tak minum floats A&W ni, so on the way back to BP, singgah Ayer Keroh melepaskan mengidam. Dan untuk pengetahuan semua, inilah kali pertama dalam hidup aku akan akan mengundi. Lama dah aku mendaftar, kalau tak silap sejak aku belajar kat u lagi, last time 2004, masih blur-blur dan tak sedar lagi akan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia ni, sekurang-kurangnya tidak la aku jadi seperti 'warga penduduk asing sementara' Afrika (Jon), Singapura (Hubby) dan Thailand (Mila)....huhuhu...


Aku pergi mengundi pukul 12 tengahari, masa aku buat semakan dengan SPR, sorang pengundi pun takde. Diaorang bagi aku resit ni yang menyatakan aku akan buat undian di saluran ke 4.

Hohoho....sebelum memangkah sempat tu aku ambil gambar kertas undi, bukti tu. Abah kata, apsal aku tak pangkah dulu baru ambil gambar?..hehhe...mana boleh, 'undi saya adalah rahsia'. :)


Pada hari yang sama, mak dengan abah sebenarnya buat majlis makan-makan sempena persaraan diaorang tak lama lagi. So, hari tu memang kelam kabut sikit. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Makanan hari tu ada nasi dan lontong, kambing masak briyani, ayam masak merah, rendang daging, serunding, lodeh, sambal kacang, karipap, keledek, keladi goreng dan buah-buahan.


Kakak Nurin sibuk layan adik Afiq, ke hulu ke hilir dalam walker.


Kata Jon "Patut la subur pokok cili abah ni, kat sini rupanya abah tanam".... hehehe...

Monday, March 03, 2008

3rd celebration

This will be 3rd birthday celebration for Nurin, kat sekolah dengan kawan-kawan dan teachers, rumah dengan mama, babah dan uncle Jon, aunty Mila dan Afiq, dan kali ni kat Gurney dengan Cik Syeda, Irfan dan Kak Supi.

Sejak berkursus, ada la dalam 10 hari aku tak jumpa Irfan, rindu sampai mimpi, so kitaorang decide Sabtu dan Ahad tu berkampung kat Gurney, tapi sebelum tu for the lunch on that Saturday, kitaorang pergi Jalan Bellamy, pekena ikan bakar...uuiisshh...masa taip ni pun, rasa kecur air liur aku. Sebelum sampai tu, sempat sapu bonjela pada ulcer kat mulut...bior le dapat makan dengan tenang nanti...huhuhu...


Lama tak pekena ABC, walau pun cuaca redup macam nak hujan, tapi kedai makan tu panas, so sesuai la kan order ABC ni...

Ini dia antara ikan bakar di gerai Sri Melaka, ada terubuk, keli, kembung, pari, sotong dan kepak ayam.

Yang ni, baru je letak, berasap-asap. Adik yang bakar ikan tu kata, setiap hari 200kg ikan habis di bakar!


Malam Sabtu, we ordered pizza for the dinner. Kekononnya sambut birthday dengan Irfan pulak kali ni, tapi tenguk la tu, sedap je dia tido! Sampai terlentuk-lentuk. Cik Kak kita dapat jaket GIRLS dari Nek Wan. Amboii..merah menyala.


Pizza dia best, isi banyak, evenly spread dan sedap! First time cuba dan kitaorang terus suka.