Sunday, December 23, 2007

Korban.....

.....ibadah,

Awal tahun ni, aku berazam nak buat qurban untuk hubby, Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat aku melaksanakan ibadah yang satu ni. abah pulak buat qurban untuk si Comel Afiq. Jadi, balik la aku ke BP walau pun hubby tak dapat tambah cuti raya, lagi pun dah booking nak qurban kat kawasan perumahan tempat mak bapak aku tinggal.


Tahun ni, 17 ekor lembu dikorbankan sempena sambutan Aidiladha kali ni. Hubby dan afiq dapat lembu nombor 1 dan dikongsi dengan 5 orang yang lain. Unik dan istimewanya kalau buat qurban kat sini, berapa banyak pun lembu yang dikorbankan, setengahari je semua tugas menyembelihan, melapah dan membahagi-bahagikan daging qurban selesai dilaksanakan dan biasanya lepas asar, siapa-siapa pun dijemput makan sup tulang kat surau. Tugas dilakukan dengan sistematik sebab tu semuanya boleh dilakukan dalam setengahari je.

Ini lembu yang bakal dikorbankan. Aku tak pergi menenguk even masa qurban untuk aku dan Nurin pun aku tak tenguk, tak sampai hati, tapi Nurin berani betul siap bole cerita lagi dengan aku bila balik tu. "Mama, orang tu potong leher lembu, darah keluar macam air paip!"...iiskk...

Tugas abah di bahagian melapah, masa ni hujan turun mencurah-curah, walau pun semua kebasahan, qurban tetap diteruskan.

Daging qurban yang aku balik aku bahagi-bahagikan dan masakan pertama daging qurban malam ni, black pepper beef sandwich.



........ perasaan,

Pagi tadi masih mamai-mamai bangun tidur, Nurin dah telefon.

Nurin : Mama, semalam Nurin naik bas dua tingkat lepas tu Nurin nasik kuda belang


Mama : Apa? Amboii seronoknya


Nurin : Tu la, kenapa mama taknak ikut (dengan nada suara yang sangat eksyen)


Mama: Cisss....


Ya, Nurin ikut mak mertua aku balik JB, semalam diaorang bawak Nurin jalan-jalan kat Singapura. Seronok betul Cik Kak sorang ni sampaikan bila aku atau hubby telefon langsung taknak bercakap dengan kitaorang, siap nangis-nangis lagi.

Hmmm...terpaksa la kami berkorban perasan, menahan rindu dendam...huhuhu....




.............. wang ringgit,

Perbualan antara aku dengan Nurin ni masa dalam kereta lepas ambil dia dari sekolah.

Nurin : Ma, kenapa kena simpan duit (masa ni dia tengah pegang duit RM1)


Mama: Nurin kena simpan duit sebab duit tu boleh digunakan untuk Nurin belajar nanti. Atau boleh guna bila Nurin dah besar nanti. Dah besar nanti nak jadi apa?


Nurin : Hmm...(sambil berfikir)...Nurin nak jual kuih la mama


Mama : (Alamak! Jual kuih cam kat tepi jalan tu ke...takleh jadi ni, kena improvise sket) OOhhh...nak jual kuih kat restoran ye.


Nurin : A ah, yang ada sepit dengan dulang tu, nanti orang boleh ambil kuih ke, kek ke.


Mama : Ohh...restoran yang ada jual, kek, kuih dan biskut tu ya? Habis tu Nurin nak buat apa?


Nurin : Nurin kat mesin duit, nanti kalau orang nak bayar, bayar kat Nurin. Mama masak kat dapur, Cik Ana boleh buat kek.


Mama: (dalam hati : ambooiii! belum apa-apa dah pandai mengarah)


Bila cerita dengan Atuk, Atuk kata "Kalau macam tu, boleh tak atuk datang 'ngeteh' tiap-tiap pagi, tapi Atuk taknak bayar". Cepat je Nurin menjawab "Boleh!"


Bila melihatkan Nurin bercerita tentang restorannya, apa yang aku bayangkan Nurin dan 'Secret Recipe'nya. Dan bila melihat kesunggahannya melakar impian untuk memiliki 'kedai kuihnya', betapa perlunya kami sebagai ibu bapa 'berkorban' wang dari sekarang demi merealisasikan impiannya ini. Takpelah, kalau itu yang Nurin mahukan, aku akan bagi sepenuh sokongan yang tidak berbelah bahagi. Mana tahu, satu hari nanti, tak payah lagi ke SR, tiap-tiap hari pun boleh makan cheese cake yang sedap tu di restoran sendiri, insyaAllah!!


Wednesday, December 19, 2007

Mari berkelah

2 minggu lepas, mak dengan abah datang KL bawak anak balik anak kesayangan aku tu. Sabtu pagi masa sibuk-sibuk tengah buat sarapan, mula la merancang nak pergi berjalan, tetiba Jon kata, "Jom pergi Ulu Yam, boleh berkelah". Apa lagi, semua sarapan bungkus, pukul 10.30 pagi bertolak ke Ulu Yam.

Sampai je, ibu terus celup kaki Afiq dalam air, berkerut-kerut muka dia menahan sejuk, maklum 2,3 hari sebelum tu memang hujan. Alhamdulillah hari tu cuaca cerah walau pun nampak macam mendung sikit.

Budak Afiq ni, masuk 4 bulan berat dah nak 8 kilo! lenguh tau kalau dukung dia lama-lama, tapi yang best tu dah pandai 'ngoceh' kata orang jawa, lebih kurang macam bercakap-cakap la gitu. Ibu dia kata, sekarang ni dah pandai ketawa pulak mengekek-ngekek. Bagusnya dia, tak pandai menangis, menangis kalau nak susu. Baik ni anak sedara mama :)

Selain bermandi-manda, babah dengan Nurin tangkap anak-anak ikan kat celah-celah batu dan akar pokok. Tangkap pakai tangan je, lepas-lepas tu baru mak buat pengaup guna sapu tangan. Kononnya nak letak anak ikan dalam akuarium kat rumah, tapi bila singgah umah Utih, terus tinggal dalam kolam kat rumah dia.

Khusyuk betul anak beranak ni menangkap ikan.

Hari tu, bekalan kitaorang meehoon goreng, ayam masak kicap (lauk mak bawak dari Baru Pahat), ubi rebus dengan sambal tumis dan pekasam, kacang , cikedis dan air kotak. Siap bawak buaian, Afiq lena sepanjang kitaorang berkelah, sejuk nyaman, dengan deruan air sungai, memang sesuai la melayan mata.

2 tahun lepas, pernah juga berkelah kat sini, tapi masa tu dengan makcik aku. Masa tu, Nurin mmg tak berani langsung masuk air, main kat pasir je. Kali ni tak sempat nak larang, terus terjun! Dia paling lama dalam air, sampai kecut-kecut.

Nurin dan Uncle Jon.

p/s: Kalau dulu takyah bayar parking, sekarang dah kena parking RM4 satu kereta. Pastu dah banyak tangga dan kawasan bersimen tepi sungai, jadi boleh la bentang tikar utk berkelah. airnya dan pemandang tetap sama macm 2 tahun lepas.

Monday, December 10, 2007

Tagged by Zaza

1. Name one person who made you laugh last night.
Hubby

2. What were you doing at 0800?
Ironing

3. What were you doing 30 minutes ago?
Breakfast

4. What happened to you in 2006?
Became a businesswoman.

5. What was the last thing you said out loud?
None. Pagi lagi kan, tunggu la bila Nurin bangun tido nanti :)

6. How many beverages did you have today?
Mineral water and Milo.

7. What color is your hairbrush?
Orange.

8. What was the last thing you paid for?
Registration fee for Nurin's kindergaten.

9. Where were you last night?
At home.

10. What color is your front door?
Putih gading.

11. Where do you keep your change?
In the wallet.

12. What’s the weather like today?
Cloudy.

13. What’s the best ice-cream flavor?
Chocolate

14. What excites you?
Eating especially with hubby and that explains why we are gumuk...huhuhu....

15. Do you want to cut your hair?
Not yet.

16. Are you over the age of 25?
A ah.

17. Do you talk a lot?
Yup and I talk a lot for a living.

18. Do you watch the O.C.?
Nope

19. Do you know anyone named Steven?
...the supplier at mardi.

20. Do you make up your own words?
Yeah especially when I'm talking to my 3 old months nephew.

21. Are you a jealous person?
YES.

22. Name a friend whose name starts with the letter ‘A’.
Amelia

23. Name a friend whose name starts with the letter ‘K’.
Khadijah.

24. Who’s the first person on your received call list?
Mother in law.

25. What does the last text message you received say?
Hahaha. wokey! tengkiu agn. saya windu sama dia (its from my sis in law, Ana)

26. Do you chew on your straw?
No.

27. Do you have curly hair?
No.

28. Where’s the next place you’re going to?
The bathroom.

29. Who’s the rudest person in your life?
Takmo cakap, bior le mereka dgn kehidupan mereka.

30. What was the last thing you ate?
Oats.

31. Will you get married in the future?
No and i want my marriage lasts until i die.

32. What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks?
Nothing (sebenonya last movie pun 2 tahun lepas kot..huhuhu...)

33. Is there anyone you like right now?
Hubby...hhmm...dengan cuaca ynag mendung dan sejuk ni, bestnya la kalau tido sambil ada org peluk..hik..hik...

34. When was the last time you did the dishes?
This morning.

35. Are you currently depressed?
No.

36. Did you cry today?
No.

37. Why did you answer and post this?
Heve been tagged by Zaza.

38. Tag 5 people who would do this survey.
Hmmm...siapa eh, well kalau kak zetty baca this entry i would like you to do this...:)

Wednesday, December 05, 2007

Rindu

Nurin : Hello Mama, Mama kat mana tu?

Aku : Hi baby, Mama work sayang?

Nurin : Alaaa...Mama ni asik work je, bila Mama nak ambik Nurin ni?

Aku : Tunggu la hujung minggu bila Mama tak work, nanti Mama ambik Nurin ya.

Nurin : Alaaa...taknak....Nurin nak Mama, Nurin rindu Mama, Mama ambik la Nurin.

Aku : Tak boleh hari ni la sayang, tunggu lagi 3 hari ya, boleh tak?

Nurin : Uhuk..uhuk.....alaaa...taknak...Nurin nak Mama...huhuhu....

Alahaiii....sayu aku dengar suara dia. Minggu lepas beria-ia nak balik kampung. Aku memang takde plan nak balik kampung, tapi Nurin asyik menyebut-nyebut nak balik tak sampai hati pulak, jadi aku balik la Batu Pahat menghantar dia. lagi pun dia kata kat sekolah dah tak ramai orang. Memang pun, cuti sekolah kan? Ramai la yang balik kampung dan bercuti.

Kata mak, dia boring kat rumah takde sape nak melayan. Dia suka tenguk DVD mak aku pulak tak gheti nak guna DVD player, Uncle amad pulak asyik la melayan mata, tido! Atuk kerja, kalau atuk ada, ok la. Tapi kalau pergi rumah Nek Cik, saku telefon pun taknak bercakap dengan aku. Rumah Nek Cik ada astro, so melayan Ceria je la kerjanya.

Aku pun rindu juga, terbayang-bayang Nurin kat mana-mana. Selalunya kalau hubby main games, kalau ada Nurin boleh la ajak layan bercakap atau memain. Seumur hidup Nurin, cuma 3 kali je berpisah lama dengan aku. 2 minggu masa dalam pantang sebab aku balik KL awal nak cari baby sitter, dan tahun ni, seminggu kat JB dan seminggu kat Batu Pahat. So, dia menang close dengan aku, tidur bilik asing tapi kalau boleh tiap-tiap malam nak aku tepuk baru boleh tidur.

Bila dia takde ni, seronok berdua dengan hubby pun tak lama, asyik la teringat kat Nurin. Hmm...tak boleh jadi ni, kang aku juga yang nangis bila tak tahan rindu.