Wednesday, November 28, 2007

Tudung

Sesekali aku menjeling Nurin di sebelah sambil fokus memandu. Dari tadi tangannya tak duduk diam, asyik membetulkan tudung yang terlondeh dek kerana licin dan rambut yang terkeluar. Kesian pulak aku tenguk, nak membetulkannya memang tak sempat, ada appointment yang perlu aku kejar.

Nurin : Tudung ni asyik jatuh je sebab pipi Nurin licin

Aku : Apa?? (berkerut dahi)

Nurin : Ye la, pipi Nurin kan licin, sebab tu tudung ni asyik jatuh je.

Aku : Macam mana pulak pipi Nurin boleh licin?

Nurin: Kan Nurin makan pisang semalam, sebab tu la pipi Nurin licin...macam Mama. (sambil senyum meleret)

Haiisshh.... ke situ pulak dia.

Aku : Lain kali kalau nak pakai tudung pergi sekolah, sebelum tidur carik dulu anak tudung, siapkan kat tepi katil. Jadi bila bangun pagi, takde la cari barang semua tak jumpa.

Nurin : Ok! (sambil bukak tudung dan senyum meleret)

Hari ni, dia kena denda sebab bangun lambat, no aiskerim, no jajan, no everything for one week, tenguk la nanti, aku yang tak tahan ke Nurin yang tak tahan...huhuhu...

Tuesday, November 13, 2007

Perihal resepi dan masakan

‘Everyone can cook’, itu kata Gustoe (betul ke eja nama dia nih, cari kat net lembab la pulak...) dalam Ratatouille. Betul, ikut buku resepi sesiapa pun boleh masak. Pada aku, makanan bukan sahaja boleh dimasak, tetapi boleh dirasai dengan perasaan. Macam Remmy-the-rat yang menikmati makanan dengan perasaannya. Untuk merasai, seseorang perlu bukan sekadar boleh memasak, dia juga mempunyai kemahiran mengetahui apa yang kurang, apa yang perlu ditambah dalam sesuatu masakan, bukan sekadar mengikut resepi semata-mata, perlu pandai ‘adjust’ gitu. Makanan yang dimasak mengikut hati dan perasaan (passion), biasanya lebih sedap dan enak untuk dimakan. Apa pun, itu hanya pendapat aku je, sementelah aku suka memasak dan tidak kurang juga yang kata masakanku enak…ahemm…

Such a long intro eh? Sebenarnya, apa yang aku nak cerita, bebaru ni aku mencuba masak ikut buku resepi. Biasanya aku masak makanan yang aku belajar secara hands on je. Pada aku ikut buku resepi ni takde feel.

Cuma bila bebaru ni duduk serumah dengan Kak Supi untuk beberapa hari, melalui pemerhatian aku, Kak Supi banyak memasak ikut buku resepi and yet makanannya semua sedap-sedap belaka. Korek punya korek, rupa-rupanya dia tenguk resepi sebab nak tenguk bahan-bahan je, untuk jadikan makanan tu sedap adalah melalui kemahiran merasai makanan dengan menambah atau mengurangkan bahan yang digunakan, tidak lupa juga beberapa petua.

Terinpirasi melalui pengalaman bersama Kak Supi tu, aku pun cuba la masak laksa johor. Tak pernah tenguk macam mana orang masak laksa johor ni, selalunya bila nak tinggal makan je. Bila rasa penat-penat je masak untuk makan dengan hubby dan Nurin, aku pun jemput la kawan-kawan yang duduk dekat dengan rumah, boleh la diaorang jadi food critic.


Selain laksa Johor, aku masak juga nasi goreng, mana la tahu ada orang yang tak makan laksa Johor ni. Alhamdulillah, nasi goreng tinggal semangkuk, laksa pun tinggal semangkuk, ok la kan untuk 6 orang makan dan untuyk first timer. :)

Selalunya bila dah pukul 4,5 ptg aku akan telefon hubby atau hubby telefon aku untuk tanya nak makan apa for dinner. Last Friday hubby kata dia teringin nak makan ayam golek dan nak beli jek kat Giant. Hmm.... aku dah tak lalu nak beli ayam golek macam tu, sebab selalunya byk bahan perasa dan ayamnya dah tak fresh, so aku volunteered nak buat ayam golek. Terus call Kak Supi tanya macam mana resepinya.

Ayam ni tak sempat nak perap, hubby sampai rumah aku baru je habis melumur rempah, terus bakar sebab dia kata dah lapar. Kena tunggu lak satu jam sementara ayam masak.

Malam tu kitaorang dinner ayam golek, salad with french dressing dan sup.

Dua hari lepas, teringin pulak nak makan cencaru sumbat, tapi tak dpt cari cencaru besar, so apa yg ada je la.

Dinner malam tu ada cencaru sumbat, sawi kerinting masak lemak, sambal belacan dan tauhu lembut stim bersos tiram. Semua licin! Nurin tambah berkali sebab masak lemak memang kegemaran dia, maklum la pengasuh dulu orang Noghori, sotakat masak lomak tu tak heran dah.

Kali ni, aku akan bagi sekali resepi, mana la tahu korang nak try kat rumah, senang je.

Ayam golek
1 ekor ayam (lebih kurang sekilo, kalau ayam besar double je la bahan-bahannya)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 batang serai
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato/cili
1 sudu besar serbuk kari
gula dan garam secukup rasa

Semua bahan dikisar/tumbuk, pastu lumur kat ayam, perap la dlm 1 jam. Bakar pada suhu 200 darjah selama 1 hingga 1 1/2 jam, depends la, kalau nak garing lama sikit. Nak tahu ayam dah masak atau belum, cucuk ayam dengan garfu atau pisau, kalau keluar air jernih itu tanda ayam dah masak.

Ikan cencaru sumbat
2 ekor ikan cencaru sederhana besar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5-7 biji cili api (kalau tak tahan pedas boleh guna cili besar)
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
2 batang serai
1 biji limau kasturi
garam dan gula secukup rasa

Semua bahan ditumbuk/kisar, setelah lumat perahkan limau pastu sumbat belakang cencaru. Boleh dibakar atau digoreng. Aku lebih suka goreng, tapi minyak sikit je tak payah sampai tenggelam ikan tu.

Tauhu stim bersos tiram
1 kotak tauhu lembut (selalu ada kat giant atau carrefour)
3 ulas bawang kecik
3 ulas bawang putih
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
garam secukup rasa

Tauhu distim lebih kurang 5 minit. bawang merah dan putih dihiris halus dan digoreng dengan sedikit minyak hingga naik bau. Bila bawang dan garing, masukkan sos tiram, kicap dan sedikit air. Pastu curahkan pada tauhu yang telah distim tadi.

Lastly, selamat menjamu mata dan selamat mencuba!

Saturday, November 03, 2007

Selamat jua akhirnya....

Selepas seminggu balik dari JB, aku kembali lagi ke JB pada 27hb Oktober lepas, kali ni kerana meraikan majlis pertunangan Cik Ana. Majlis yang diadakan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Pengiring tetap dalam apa jua majlis, kalau takde Cik Nurin kita nih, tak meriah le majlis, kan Nurin?


Hadiah dari Ana pada Napi.


Sebenarnya majlis hari tu jatuh pada hari lahir Ana, dan pada mulanya memang tiada hantaran yang diminta untuk mengiringi cincin pertunangan. Tapi Napi kata, ini hadiah hari lahir juga kek harijadi jadi takde la hantaran bagai mengikut protokol. Apa yang diberi dan diterima sekadar suka-suka.


Kiutkan 2 orang nih...iiskk...pose istimewa dari Ana dan Napi. Selamat hari lahir (heheh...lambat dah ni) dan Selamat bertunang, kakak, abang dan Nurin doakan semoga korang kekal hingga jinjang pelamin. Ammeeennn......



........................................................................................


I’m officially on a very important project. I’m nervous and it’s challenging. Wishing me all the best!







Friday, November 02, 2007

He's gone....

I cried reading this post, and still crying when I type this entry. So much in my deepest sympathy, semoga Allah memberikan ketabahan kepada Kak D dan anak-anak serta dipermudahan dalam menjalani segala urusan.

Thursday, November 01, 2007

Baby Izz Irfan

First of all, Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segalanya, yang memberikan ujian pada hambaNya di mana segala hikmah hanya Allah jua yang mengetahui.

Sehari sebulan menjelang Syawal, yang mana kebanyakan kita dah ada kat kampung atau sibuk membuat persiapan terakhir hari raya, si kecil ini juga mahu meraikan hari raya pertamanya, kata orang, dia pun nak bayar fitrah juga.

Izz yang bermaksud kemuliaan, kekuatan dan Irfan, menghargai, bijaksana, lahir pagi Subuh Jumaat, 29 Ramadhan, 12 Oktober 2007 semasa kandungan Syeda 26 minggu dan beratnya pula hanya 1.1kg. He is a fighter and survivor, memang kecil tapi semangatnya kuat sekali.

Kepada semua yang mendoakan kesejahteraan Syeda dan baby Irfan, thank you so much! Doakan juga baby sentiasa sihat, bertambah berat badan dan boleh balik rumah cepat sebab kitaorang semua tak sabar nak 'menimangnya'. As for now, Syeda dah balik rumah sejak seminggu lepas, baby pula masih di nicu di Hospital Pakar UKM.

Gambar ni di ambil secara curi-curi, itu pun sebab dah tak tahan nak tenguk baby macam mana la rupanya.

Baby Irfan sama besar je dengan tangan mama dia. Cepat besarnya baby, nanti boleh balik rumah Mama Noha, Babah An dan Kakak Nurin tak sabar nak jumpa!