Friday, August 24, 2007

Tripple happiness

Firstly........

Akhirnya, yang ditunggu-tunggu telah selamat dilahirkan pada 4.50 pagi 21 Ogos 2007. Baby comel ni, Azmi Afiq merupakan buah cinta Jon dan Mila yang ditunggu-tunggu setelah 3 setengah tahun menyulam kasih. Afiq ni cucu kedua sebelah family aku dan lengkap la sepasang cucu lelaki dan perempuan.

Alhamdulillah, baby dan ibunya sihat walafiat. Cuma mama dia ni la yang kelam kabut, dah lama tak beranak kecik, kekok betul nak handle Afiq. Mila dan Jon as first time parents of course la lagi kekok. Nasib baik la first night Afiq kat rumah everything ok dan Jon cepat je belajar jadi abah, jadi semuanya under control.

Sekarang Afiq kat Kedah, hmmm...rindu mama, babah dan kakak Nurin kat sini, kena la tunggu Afiq balik baru la boleh gomol-gomol dia balik!...hehehhehe..



Secondly.......


Nurin dengan Irina memang bole jadi good friend, tenguk la tu, kakak menulis, adik pun nak join sama, yang kelakar tu 'kodok' still tak tingal! huhuhu..... Ini masa aku dengan Mar kat food court, tunggu Xura habis shopping. Xura tak tahu aku bawak Mar sekali. Kalau plan asyik la tak jadi, kali ni bila Xura kata nak datang KL, terus je aku pelawa Mar for lunch together. Seronok sangat rasanya nak pertemukan dua orang yang selama ni hanya berhubung di alam cyber nih.



Irina dan Nurin jadi dayang-dayang pada budak yang hensem ni, siapa lagi kalau bukan Aiman. Memula Aiman malu-malu lambat betul dia warm up, agaknya penat travelling tak habis lagi. Bila dah mesra masa untuk berpisah pulak. Takpe la, lain kali boleh jumpa lagi ye Aiman?



Mak-mak budak danbudak-budak. Walau pun cuma berjumpa untuk lunch yang tak sampai 2 jam, but we had a great time together rite? Lain kali kita plan betul-betul, jadi bebudak ni boleh la main puas-puas. Thanks Mar and Xura for this moment. Ntah bila la boleh jumpa lagi kan?

Go here for another update



Thirdly......


Nurin : Mama, ini apa? (sambil tunjukpada subang yang warna-warni kat display table)
Aku : Subang, pakai kat telinga.
Nurin : Nurin nak boleh?
Aku : Boleh, tapi kena la tindik dulu.
Nurin : Nurin nak tindik la....(senyum-senyum)
Aku : Betul ke ni? Boleh tindik, sakit sikit, lepas tu boleh la pakai subang. Nangis tak nanti?
Nurin : Tak la, Nurin tak nangis.

Amboi cik kak ni, kalau nak something tu, very determine. Tak kisah apa pun orang cakap. Masa dia nak subang tu, abapak aku cuba takut-takutkan dia, bukan kisah apa pun. Kebetulan ada sorang budak kat situ dan bertindik, lagi la dia teruja nak bertindik sama. Lepas baca doa dan siap berzikir 'Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah...' selamat la ditindikkan. Selamba je muka dia, siap tenguk cermin pastu puji diri sendiri. Setengah jam kemudian, baru la rasa sakit, risau punya psal aku belikan air soya dan suruh dia makan panadol dan janji kalau dia tak menangis nanti aku belikan popper. Bila dah dapat popper, sakit ke apa ke dah tak kisah. Aku rasa 7, 8 biji sekali hadap je!


Lepas seminggu, nampak macam dah lekang, kering dan tak berkudis atau bernanah. Walau pun tak berpantang dari makan ayam atau telur. Cuma malam pertama dan kedua tu merengek-rengek dia dalam tidur, agaknya sakit. Sekarang ni bila dah bertindik, nampak la macam budak pompuan sikit. :)

Tuesday, August 14, 2007

Updates

Update on me



Update on Nurin

Meleleh air mata dia bila nak tidur tadi, aku pujuk dan aku tanya kenapa, rupa-rupanya rindu nak hisap botol. tetiba dia tanya...

Nurin : Mama, kenapa mama tak beli botol lain?

Aku : (Alamak, camne la dia bole terpikir soalan ni...iiskk..) Err...sebenarnya mama dah pergi kedai, orang kat kedai tu cakap, budak umur 4 tahun takde botol susu untuk dijual, kalau baby baru ada. Lagi pun dia kata, kalau hisap botol susu jadi budak tak pandai. Nurin budak pandai ke tak?

Nurin : Pandai (jawab macam yakin tak yakin je)

Aku : Kalau macam tu, kena minum dalam cawan, sebab budak pandai je minum dalam cawan

Lepas tu aku buatkan la dia susu dalam cawan, minumnya sikit je, itu pun aku janji bacakan dia buka cerita. Hmm...tak sampai hati pulak, tapi kalau aku bagi balik botol, sampai bila pulak dia nak hisap botol??

Update on makan-makan from Nohachomel's Station
Kali ni teringin nak makan western food, hubby janji nak tolong masak, so apa lagi on je la.

Grilled chicken for me, and share it with Nurin. Habis semua malam tu, kecuali tinggal sket whipped potato and black pepper sauce., tak larat nak habiskan, kenyang sangat!

Late??!!

Dalam perjalanan balik dari Gurney, aku kata kat Nurin yang botol susu dia tertinggal ( ya, anak aku masih menyusu botol ...sigh...). So, aku kawtim dengan Syeda, kata botol dia dah buang.

(Aku called Syeda dengan loudspeaker, so Nurin boleh la dengar sama)

Aku : Hello Cik Da, Nurin ni dia nak tanya, botol susu dia ada kat sana tak?

Syeda : A ah, tadi ada, tapi dah buang sebab ada orang datang bersihkan rumah, dia buang sekali.

(Muka cik kak tu dan sepoet je aku tenguk...heheh)

Aku : Ok la, takpe. (Off the line)

Aku : Hhmm...macam mana ni Nurin? Botol susu dah takde, kena minum dalam cawan la nampaknya.

Nurin : Kenapa la mama tinggal botol Nurin tu?...(muka sedih, nasib baik dia tak minta beli baru)

Aku : Ala, takpe la, Nurin pun dah besarkan, malu la hisap botol lagi.

Malam tu, menggelisah dia nak tidur, asyik merengek je. Aku macam biasa la, buat donno je, ada botol tu aku sembunyikan, tapi aku nak tenguk sejauh mana dia bole bertahan. Bila aku tanya kenapa dia merengek, dia diam tak cakap apa-apa, tak tahu la, takut ke, malu ke nak minta botol susu, bila dia tak cakap, aku pun biar je la.

Sampai la malam tadi, sejak Sabtu lepas ni Nurin tak minum susu dalam botol, aku try buat dalam cawan, dia minum sikit je. Saje la aku tanya soalan-soalan provokasi...heheh...

Aku : Nurin rindu tak tak minum susu dalam botol?

Nurin : Rindu (sengih-sengih...ada makna ni)

Aku : Habis tu, nak ke botol susu?

Nurin : Takpe la ma, Nurin kan dah besar, malu nak minum dalam botol

Aku : Habis tu, susu Nurin ada lagi tu, siapa nak minum?

Nurin : Mama bagi orang je la

So far, so good, cuma malam la susah nak tidur. Kekadang tu kena baca buku untuk dia sebelum tidur cumanya bila tidurkan Nurin, mama dia yang selalu tidur dulu...huhuhu.... Pagi tadi on the way hantar dia pergi sekolah, dia minta bawak cawan ngan susu pergi sekolah, dia nak minum susu kat sekolah macam kawan-kawan dia, ok la tu kan?


.......................................

On the other note, period aku dah lambat 7 hari. Sejak Ahad tekak rasa sakit macam nak selsema, semalam memang senoneng, malamnya selsema bersin tak berenti. Hari ni batuk pulak. Weekend tu memang ada makan buah dukung, dekat sekilo aku bedal, ni la akibatnya. Nak makan ubat takut pulak, kang kalau betul pregnant camne? Hmmm...should i take the pregnancy test? Selalunya, hari aku nak pergi check up, hari tu la period ....banyak kali dah macam ni or should i wait? Kalau ikutkan perkiraan tak mungkin pregnant, tapi kuasa Allah sape tahu kan? Nak kata loya ke, asik pi toilet ke, takde pulak?? Camne eh??

Tuesday, August 07, 2007

Easy in Banting

I was reading this (The Star by Sangeetha Nair) when hubby said ‘ Jom kita pergi Banting esok’ . Well, why not, since I will work on Sunday, there is only Saturday left for me to have fun with my family. As you can see, there is 10 places in the list why it is worth a visit (katanya la, so we will see ). That day, rasa mcm Amazing Race pun ada, keratan akhbar, peta, strategi semua siap. Let see what we have here,

1. Pantai Morib

2. Bukit Jugrah

3. Sidek Home

4. Royal Mausoleum

5. Rojak mee and cendol

6. Istana Bandar

7. Fresh Catch

8. Traditional crackers

9. Pantai Kelanang/Klanang

10. Textile Shopping.



Salah satu jeti pengkalan nelayan di Pantai Kelanang, masa pergi ni air surut, so takde la aktiviti menaikkan ikan. Masa ni dah tengahari, panas betul! Kalau ikut The Star, ada satu lagi pengkalan nelayan di Kampung Endah tapi kitaorang dah tak kuasa nak cari, penat!

Sebelum sampai Bukit Jugrah, kita akan melalui Makam Sultan Abdul Samad, tempat persemadian Sultan Abdul Samad Almarhum Raja Abdullah. Baginda merupakan Sultan Selangor dari 1857 hinggi 1898. Kitaorang tak masuk pun kawasan makam ni, Nurin dah tidur dalam kereta, lagi pun suasana kat makam tu...hhmmm...creepy la, walau pun masa tu tengah-tengahari buta.



Selain dari tempat-tempat menarik, ada juga nama-nama menarik kat Banting ni, salah satu contohnya, Sungai Raba, agaknya siapa mandi kat situ teraba-raba kot...heheh... selain daripada tu, perkampungan Olak Lempit dan Bukit Changgang.

Daripada 10 senarai yang ada kat The Star tu, 3 tempat kitaorang tak dapat pergi iaitu Rumah Sidek iaitu rumah Datuk Sidek Abdullah Kamar, bapa pada pemain-pemain badminton negara di Kancong Darat, Kampung Endah iaitu pengkalan nelayan dan Fazz Enterprise Kerepek House yang menyediakan hingga 75 jenis kerepek dan kuih tradisional. Kebanyakkan tempat ni, bukan di jalan besar, kena masuk kawasan kampung. Lagi satu, tak dapat nak merasa makanan laut sebab kebanyakkan kedai makanan laut hanya dibuka pada waktu malam.

Apa pun, objektif hari tu telah tercapai iaitu bercuti dan bersantai bersama-sama hubby dan Nurin.

Catitan di atas sebahagiannya diambil dari The Star @ Sunday Metro, 29 July 2007.

Wednesday, August 01, 2007

I'm back!

Hmmm...hampir-hampir aku takleh nak login blog ni, aku lupa login name....hehehheh, nasib baik cuba-cuba dapat, kalau tak tinggal history je la blog ni. :)

So, takde apa nak cerita, nak kena warm up dulu sebab dah lama tak tulis blog ni. Macam biasa update yang paling senang, pasal makan je la.

I'm so into itallian food (sebenarnya nak bagi hint, kalau sesape nak belanja , bawak la pergi restoran masakan italy...hehheh). Tapi nak masak tu, takde la pandai sangat, asal bole makan, ada rasa 'macam' masakan italy yang lain-lain tu ikut kreativiti aku je. Bulan lepas, instead of spagetti aku tukar jadi makaroni bolognese, dan malam ni aku buat pizza sardin, cuma aku tak buat ler doh pizza, aku ganti je dgn roti.

Untuk kuah bolognese, isinya aku guna sosej, seleri, bawang besar dan tomato yang dipotong dadu. Kuah bolognese tu aku guna maggi.

Chef in the making :)

Terpulang la, kalau nak kuah byk, bubuh la sampai melimpah ruah. Ikutkan lagi byk benda nak letak, carrot, mushroom, cuma amik masa nak potong dadu. Kalau nak lagi senang, boleh juga guna frozen mix veggie :)

Untuk pizza, ada sardin, timun, cili merah, tomato dan cheese.

Sebelum bakar.....


Selepas bakar.....

Model homemade pizza, macam biasa cik kak ni nak interframed jugak :)