Thursday, April 19, 2007

Alahaiii...bijaknyaaa

Satu hari dalam kereta dalam perjalanan balik dari sekolah Nurin.

"Mama, Nurin dah besar kan?"

"Aaa haa??"…. (hmm ntah apa yg dia nak kelentong kat aku nih…iskk). "Kenapa?"

"Nurin nak kawin la mama"

"Hah! Nak kawin??? Eh, Nurin kan kanak-kanak lagi?"

"Tak, Nurin dah besar, Nurin nak kawin dengan Hakim "(Hakin ni one of her classmate)

(Tak nak bergaduh, aku try pulak nak tenguk sejauh mana cik kak ni tahu pasal kawin ni)

"Hmm..Nurin, kawin tu apa???"

"Ala, kawin tu macam Cik Da ngan Uncle Izhar la, duduk atas kerusi"

"Hahhahahah
"……(tak tahan aku tergelak, sampai sakit perut dibuatnya)


...................................................................


"Mama, tu apa? "(sambil menunjuk pada sekumpul lembu yang tengah makan kat padang rumput)


"Cuba Nurin bagitau mama, tu apa?"

"Itu lembu la mama"

"Lembu tu tengah buat apa?"

"Makan rumput"

"Sedap ke?"

"Sedaaapppp"

"Macam mana Nurin tahu, Nurin pernah makan rumput ke?"

"Iisshh mama ni, Nurin orang la, bukan lembu!!"



..............................................................................................


"Mama, tak lama lagi Nurin nak dapat adik tau"

"Ye ke? Tapi dalam perut mama, mana ada adik"

"Bukan dalam perut mama, dalam perut Auntie Mila"

"Itu adik Auntie Mila, bukan adik Nurin. Hhmm Nurin nak adik dari perut mama tak?"

"Tak nak la"

"Eh, kenapa pulak?"

"Dalam perut mama ada katak, nanti adik kena makan dengan katak. Mama keluarkan katak dulu ye?"

(iiskk…pandainye la menjawab. Pasal katak dalam perut tu, masa dia umur 2,3 tahun dulu, kalau lepas sendawa/burping yang kuat tu, aku kata kat Nurin, dalam perut ada katak, tak sangka pulak dia ingat sampai sekarang)

Update 23.4.07 : Antara koleksi lukisan Nurin di sini

Friday, April 13, 2007

4 ways to increase our intelligence

Apa yang bakal aku curahkan kat sini aku dapat dari kelas motivasi. Aku rasa apa yang aku nak sampaikan ni sangat berguna sebab tu aku nak kongsi korang semua dan besar la harapan aku, agar korang dapat mengaplikasinya dengan sebaik mungkin.

Hari tu, motivator tu tanya apa maksud intelligence, ramai la orang yang menjawab kepandaian atau bijaksana. Hakikatnya ialah, intelligence means ability to get what you want (keupayaan untuk mendapatkan apa yang kita mahu) and of course dengan cara yang betul/halal. Dan apa yang aku belajar malam tu, 4 ways to increase our intelligence.

Langkah yang pertama, CLARITY. Mesti JELAS dan FAHAM apa yang kita mahu. Contohnya, katalah nak kereta, senaraikan/jelaskan kereta macam mana yang kita nak, e.g ‘Saya nak kereta BMW, warna biru metalik and first hand’. Kalau dari income pulak, set in your mind, berapa income yang you nak dan ini mesti lebih jelas.

Kedua, CONCENTRATION. Apa yang kita nak tu, kena concentrate, focus, kalau boleh difikirkan hari-hari. Bila dah fikir hari-hari akan datang pula persoalan, apa, bagaimana dan apa jua persoalan yang berkait dengan apa yang kita nak. Usaha-usaha akan datang selepas itu dan bila atau macam mana nak dapatkannya, leave it to Allah. Cumanya make sure kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang kita nak tu.

Ketiga, ABILITY TO KEEP OPEN MIND. Maksudnya, memiliki minda yang terbuka. Hanya dengan minda yang terbuka je, kita akan mampu berfikir mencari jalan untuk melakukan banyak perkara. Dengan minda terbuka juga, kita memahami banyak perkara dengan persepsi yang berbeza dan akan lahir la banyak idea.

Terakhir, SYSTEMATIC APPROACH / ORGANISE THINKING. Contohnya, bila ada sesuatu masalah/cabaran apa yang kita perlu buat, pertama tulis dengan serta-merta masalah/cabaran tu. Secara logiknya, bila kita menulis di atas kertas masalah/cabaran, kita dah keluarkan masalah/cabaran dari minda kita. Oleh itu, minda kita boleh releks. Bila minda dah releks, akan fikir banyak idea dan boleh berfikir macam mana nak selesaikan masalah/cabaran itu. Kedua, bila fikiran dah lapang, boleh la pulak kita senaraikan pilihan-pilihan yang kita ada. Sebabnya setiap masalah/cabaran PASTI ada penyelesaiannya.

Mungkin juga ada yang tak beberapa jelas kat atas tu, jadi aku mengalu-alukan persoalan-persoalan yang timbul dari entry ni. Dan kalau ada yang malu-malu nak tanya, you can personally call me at 013-7708355 or email ne at noha_mdsupian@yahoo.com.

Keputusan adalah penyelesaian terhadap permasalahan.
Bila minda dah buat keputusan, kita akan dapat apa yang kita inginkan (this is very true..)

Your past is not equal to your future and..
Your future is your action from now..( Anthony Robbin)

So, my dear friends, make up your mind and lets move it!!

Wednesday, April 11, 2007

Topik dah basi...iiskk...

Lama dah aku simpan topik ni, tak ter'update' je. So, lepas ni, bebas la aku dari berhutang dengan korang yang menge'tag' aku ni ye :). Dan selepas entry benda-benda pelik pasal diri aku ni, aku pun tak nak le men'tag'kan orang lain pulak. Ok, kita tenguk, pelik ke apa yang aku senaraikan ni ye??

1. Berjalan laju…. Ini memang tak boleh kontrol. Aku rasa rimas kalau jalan berlenggang kangkung. Masa dating dulu-dulu, selalu juga hubby tertinggal kat belakang…eerr…sekarang pun macam tu jugak…hehehe. Masa lepas bersanding, nak gerak ke meja makan beradap, aku juga yang meluru dulu, sampai hubby yang pegang tangan aku “eh, kita kan pengantin, jalan le slow-slow…opss!”. Masa pregnant pun sama, ada juga yang menegur, tak pun bila lalu depan orang aku slowkan sket, bila orang dah takde aku laju balik. Aku rasakan aku dapat habit ni bila aku masuk asrama. Minggu orientasi tu, siapa yang lembab, jalan terkedek-kedek, harus menjerit senior sampai nak keluar anak tekak. Pastu bila masuk u pulak, aku jalan bertambah laju sebab kalau kelas start pukul 7 pagi, kekadang tu, pukul 7.45 baru aku bangun…hehehe..maklum la, buka pintu rumah, dewan lecture depan mata

2. Senang tertidur….. Aku kalau mengantuk, takdenya menguap ke, kelat-kelat mata ke, mengantuk je, tak berapa saat aku dah boleh tidur! Sekarang lagi la dahsyat, anytime pun aku boleh tertidur. Environment kerja sekarang yang memerlukan aku jumpa client dan orang ramai, bila mengantuk masa memandu, aku akan berhenti dan tidur. Pernah sekali aku berhenti kat Petronas sebab mengantuk, sekali tu bila tidur dekat setengah jam! Masa yang diperlukan untuk menghilangkan ngantuk ni sebenarnya tak lama, paling sekejab 10 minit pun boleh, dengan syarat tak boleh bertangguh, ngantuk mesti tidur or else nanti aku sakit kepala, tak pun ada satu masa tu hampir-hampir aku masuk longkang sebab aku mengantuk masa memandu!

3. Suka makanan pedas….. Aku membesar dengan makanan yang pedas-pedas macam asam pedas, sambal belacan dan sambal kicap. Macam sambal kicap, kat rumah mak aku, sentiasa ada sebalang sambal kicap, bila habis kat meja makan, tinggal to up je, tak pun bila kitaorang adik beradik balik, kitaorang pau mak punya sambal kicap…hehehe.. Kalau tak makan pedas tu, sungguh la tak bermakna, sampai kan kalau takde sambal atau tak sempat buat, patah cili api buat ulam pun ok, janji pedas!

4. Ramah tamah…..siapa yang kenal aku, memang ler aku ni becok sungguh bercakap. Tak kira siapa, walau pun orang baru aku jumpa, kat padang permainan ke, kat toilet ke (tgh tunggu giliran ler ni), mana-mana pun, aku boleh memulakan perbualan. Ada je yang aku tanya atau tegur…hehehe…bukan busy body tanya personal life ye.. yang biasa-biasa je dan tenguk juga situasi masa tu. Ada kekadang tu, sampai boleh berkawan. Alhamdulillah, aku tak anggap benda ni pelik, aku rasa ini anugerah, dengannya, senang aku nak buat business.

5. Suka gigit…especially lengan Nurin. Aku kalau geram, mula la nak menggigit, pantang la nampak babies yg comel-comel tu, tak dapat gigit baby lidah dengan bibir sendiri aku gigit. Nurin pun redha je kalau aku gigit lengan dia. Iiskkk…takde la gigit kuat-kuat, gigit manja gitu.

6. Meratah lauk….. bukan setakat lauk, tulang temulang ikan/ayam/daging semua aku ratah. Nyummm…sedap! Kalau makan ikan goring yang garing-garing tu, selalu yang tinggal kepala dengan tulang kat badan tu, sirip la, tulang yang tepi-tepi dengan ekor sekali habis licin aku ratah. Kalau beli ayam, bahagian tulang-tulang tu, memang aku dah cop dulu, daging-daging semua aku bagi kat hubby.


Dan untuk pengetahuan korang, semua yang di atas sudah mula diwarisi oleh Nurin…hehehe…kecuali bab gigit menggigit tu. Haiii… mana la tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan??