Wednesday, January 31, 2007

Pregnant?? ; Part 2

.....sambungan.....


Doktor ambil alat penguji kehamilan tu dari jururawatnya, "Mari saya tenguk keputusannya...hhmm...Ohhh...its negative la"


"See, i told ya...i'm not pregnant, hehehhe"

Hilang rasa debar di hati, nampaknya bukan rezeki aku kali ni, doktor kata mungkin juga perubahan hormon menyebabkan period aku haywire. Dan sebenarnya masa aku pergi kencing tu, aku dah bleed macam period yang normal.

"Ye la kan, perempuan ni kuat instinct dia, kalau dia kata tak pregnant, tak pregnant le jawabnya" doktor tu menambah.

Hubby aku tenguk dah senyum-senyum kelat...heheh...kali ni 'tembakan' tak mengena nampaknya, sorry la yek ;P

Kalau ikutkan pun, mustahil pregnant sebab segala precaution sudah diambil kira, melainkan dengan kuasa Allah sahaja aku boleh pregnant. Tapi bak kata Mar, pantang betul dengar orang pregnant sekarang ni, hati bagai meluap-luap nak pregnant sama. Apatah lagi yang lambat kawin dari aku dah nak menambah angkatan bala tenteranya, padahal anak pertama pun belum setahun, Nurin pulak nak masuk 4 tahun this year...iiskk....kalau aku tak start sekarang, tak terkejar nanti. Kalau Irina dah mula bercakap-cakap dengan patungnya, Nurin dah pakaikan bear pampers sejak dulu lagi, cuma mama dia ni je buat tak paham..heheh..

Jadi macam mana pun, sebelum umur aku 30 tahun which is tahun depan, aku mesti dah concieve lagi sorang, maksudnya sepanjang tahun ni kena la bereksperimen segala untuk memastikan matlamat yang satu ni tercapai dengan jayanya.

so, comments from last entry, aku jawab kat sini je ya ;

mar : saje nak bagi ko suspens...heheh...malangnya takde rezeki lagi Nurin nak ber'adik', jom kita sesaing nak?

xura : alahh...ko macam tahu tahu xura, period aku kan mcm ni, sukati je bebila nak dtg, sekali tu pernah sampai 61 hari lewat, elok je aku nak buat pregnancy test, dia dtg mencurah-curah ...hhmm... macam nak pengsan aku dibuatnya. heheh bukan ko je berdebar, aku pun sama jugak :)

noorul aiza : hi there, ingat!, cuma confused sket sebab rasa dulu macam ada tahi lalat kat atas bibir tu? :)

julia : aku memang teringin beno baby boy, tapi tak kisah la, kalau dah lekat tu, boy or girl aku terima je

zura : psss....thanks la kerana tidak membocorkan rahsia...hehhehe...

ana : hahahah....mesti rasa cam best je nak tambah anak sedara kan? sori le ana, bukan rezeki akak kali ni. hhmm...apa kata kita kasik kakak jalan dulu, ok tak? ;D doakan la akak, next year Nurin dah ada adik eh?

by the way, siapa nak nak join aku pregnant tahun ni? jom laaa.....:)

Tuesday, January 30, 2007

Pregnant??

Masa sibuk-sibuk menguruskan Mila yang morning sickness tu, aku pun sebenarnya lambat period juga. Tapi sebab biasa sangat period tak ketahuan, kekadang awal, kekadang lambat, dan selalunya lambat, aku pun buat tak kisah je la.

Bila Mila dah sihat, dah balik rumah, aku cerita juga yang aku menunggu teman baikku setiap bulan yang tak kunjung tiba ni. Mila tersenyum lebar, katanya “Hah kak! Apa lagi, pergi la test, nanti boleh pregnant sesama” iiskk ke situ pulak dia. Kalau ye pun nak pregnant, tak nak sesama, nanti mak aku tak tahu nak layan mana satu…hehehe….jeles la aku kalau dia terlebih layan menantu dia nanti, Jadi kalau asing-asing, senang sikit mak aku nak layan kitaorang…hehe..boleh gitu?

Bila dah masuk 3 minggu lewat, hubby dah mula concerned, sibuk la dia suruh buat pregnancy test. Aku lak poyo je…heheh…sebab my instinct told me that I’m not pregnant, that’s it. Lagi pun, takde la pulak aku meloya ke, asyik nak terkencing je ke, langsung tak de symptom apa-apa pun, so why worry?

Cuma yang buat aku risau, last month, walau pun jangka masa period aku macam biasa, tapi darah yang keluar tu tidak la seperti biasa, it just like spotting, not as usual. And this month, last Sunday, setelah sekian lama aku menunggu, pun keluar macam ‘spotting’ jek. Risau gak, mana la tahu, kalau pregnant, tapi ada masalah ke, hapa ke kan?

So, semalam aku pergi klinik, itu pun sebenarnya bukan nak buat pregnancy test, hubby yang suruh sebab dia tenguk aku batuk dan dah mula selsema. Memang badan pun sakit-sakit juga ni. Bila dah jumpa doctor tu, aku mengadu la sekali pasal period aku tu.

Doktor tu kata, kalau period yang tidak normal, macam spotting ke, colour berubah sepatutnya merah jadi coklat ke, kena la buat pemeriksaan, takut la servical cancer ke, dan mungkin juga pregnant tapi pregnant yang ada problem, janin tak kuat ke. Memacam soalan yang dia tanya termasuk la sexual routine kitaorang. Sudahnya dia kata, "Well, why don’t u take a pregnancy test, ye la I tenguk pun your daughter dah besar, maybe dah nak beradik ni kot?", selamba je dia cakap sambil senyum-senyum. Hubby plak, tersenyum simpul mengiyakan apa yang doctor kata.

Ok la, alang-alang dah kat klinik, buat je la, senang juga kalau tahu, ni nak plan berdiet ke, nak buat aktiviti lasak ke, nak makan itu ini pun payah, terpaksa berjaga-jaga. Lepas aku kencing, nurse minta aku balik semula ke bilik doctor sebab dia yang akan uji air kencing tu.

Masuk balik semula kat bilik doctor tu, berdebar-debar aku dibuatnya. Kalau ikutkan memang la dah tiba masanya plan aku nak ‘buat’ adik untuk Nurin, cumanya tidak la seawal ni, paling-paling pun end of this year. Tapi kalau dah rezeki, aku terima dengan hati yang terbuka dan Alhamdulillah…

Tiba-tiba, jururawat masuk dan bawak sekali alat penguji kehamilan tu,

"Doktor, ni dia keputusannnya….."



...eerr....bersambung la pulak, tunggguuu.......

Wednesday, January 24, 2007

Western food

Setiap hari aku dengan hubby buat rules, makan nasi satu hari sekali sahaja, melainkan hujung minggu dan selalunya kitaorang makan nasi waktu tengahari. Malamnya pulak selalunya makan roti tak pun tosei, capati atau roti nan. Bila dah selalu sangat makan roti, rasa muak pulak, jadi satu malam tu aku try la buat western food kekononnya.

Sebab Nurin suka sangat makan udang, aku buatkan dia 'prawns and chips', tapi bila dia nampak kepak, itu pun dia nak juga, ok la bagi kat dia sebab kepak tu lembut sket.

Ni pulak untuk hubby, 'chicken grilled with salad and steamed potato and carrot" dicurah dengan black pepper sauce. Selalu orang guna bahagian paha ayamkan? Sebab hubby suka bahagian dada (dada ayam eh...eerr 'dada' lain pun suka gak..opsss!), jadi aku guna dada ayam, bahagian tulang aku ambil sebab aku tak suka part isi nih.

Hubby kata ok, cuma ayam tu keras sket, walau pun sehari sebelum ayam tu dimarinate, puas aku tumbuk daging tu dengan lesung batu, hubby ler kata, boleh lembut kat ayam tu. Tapi aku rasa part isi ni memang keras kalau dimasak, jadi makan je la.

Korang lak, apa yang korang suka makan kalau pergi restoran western food?

Wednesday, January 17, 2007

Nurin first day at school

Berdebar-debar rasa bila mengenang keesokkan hari nak hantar Nurin ke taska. Maklum la, this is her first time being alone with totally strangers. Ntah menangis ke, takut ke, malu-malu ke. Malam tu, pukul 9 malam aku dah ajak dia tidur. Memang le tak terus tidur, esok tu dalam kereta siap cakap dengan babah dia "Nurin tak boleh tidur, golek-golek, golek-golek"..heheh..maksudnya golek sana, golek sini.

Bila tidur awal, Alhamdulillah mudah bangunnya. Tak payah nak terjerit-jerit nak mengejutkannya macam selalu. Nurin bangun terus pergi tingkap " Mama, matahari dah bangun kan?" . Hmm...suruh pergi bilik air, dibantainya mengintai matahari dulu.

First week sekolah, aku tak sediakan apa-apa pun for breakfast. Tak teringat langsung sebabnya selalu dia breakfast kat rumah pengasuh. Sekarang ni, taska hanya akan sediakan minum pagi pukul 10, jadi sekarang ni, kena la buat breakfast. Kalau tak kesian kat Nurin sebab pagi-pagi dah lapar. Nasib baik tak minta yang bukan-bukan, ada roti dengan tuna pun dah ok.

Sebab uniform taska tak siap lagi, aku pakaikan Nurin baju kurung atau seluar panjang dan baju lengan panjang sebab pagi tu biasanya ada kelas iqra'. Cuma tudung je, kejab pakai, kejab tak. Takpe la, slowly i will traine her. Bukan apa, dia geli kat leher bila pakai tudung.

Sampai je kat taska, terus Nurin nak bersalam dengan aku, sambil memandang muka aku dengan pandangan yang maksudnya "Kalau mama nak balik, balik la"

Isskk....sedihnya rasa. Macam tak diperlukan la pulak. Alhamdulillah, walau pun this is her first time, she is very happy to make friends and she is very independant too. Siap tanya lagi dengan cikgu boleh main kat luar ke tak...sigh...

Yang paling kelakar, anak orang menangis bila dihantar ke sekolah, anak aku menangis bila aku datang nak ambil bawak balik..iiskk...boleh pulak gitu. Dia kata "Ngape mama amik Nurin? Nurin nak main lagi" aku rasa maksudnya kenapa aku ambil dia awal sangat, tak puas main la tuh!

Alhamdulillah, it was so easy, not only for Nurin, for us as parents too. Ye la, kalau dah banyak halnya, menangis ke tak nak kena tinggal, payah gak nak menunggu. Semalam, setelah 2 minggu lebih bersekolah, aku terdengar Nurin cakap sambil berlagu-lagu, "Eiya kanak budu....eiya kanas tain.." berulang-ulang kali. Memula aku biar je, lelama bila aku dengar betul-betul, rupanya tengah baca al-Fatihah. Memang la malam-malam masa nak tidur aku bacakan al-Fatihah untuk dia, tapi selamanya takde pulak dia response ke, nak mengikut ke, agaknya cikgu ada ajar kat sekolah kot, bila dah ramai-ramai tu seronok la nak belajar.

Dan yang paling ketara sekali sejak bersekolah ni, mulut Nurin tak berhenti-henti bercakap, bercerita macam-macam benda. Soalan jangan cerita la, ada je yang dia nak tanya, dah jadi macam mesin soalan pulak, kitaorang pulak dah jadi answering machine! Kekadang tu bila balik kerja, kepala dah le berserabut fikir macam-macam, Nurin pulak berceloteh tanya tak berenti, tahan je dalam hati. Lagi pun bertanya kan bagus untuk perkembangan minda, kalau tak latih dari sekarang, bila lagi?

I'm not putting high hope on her since she's only four years old this year, but as a parents i did my best, pray and hope Nurin will get the best too, insyaAllah.

Monday, January 15, 2007

Selamat Tahun Baru!

Dah lambat rasanya nak mengucapkan selamat tahun baru masihi, dah masuk 2 minggu kita di tahun baru, banyak cerita dah basi. But anyway, masih belum terlewat untuk meyambut tahun baru hijrah this coming saturday, rite? Semoga tahun baru ni, dengan azam baru dan semangat yang berkobar-kobar bakal membakar keinginan untuk terus berusaha dan berjaya!

Lebih kurang 2 minggu aku takleh nak memblog, payah betul nak masuk blogger. Banyak cerita menarik yang berlaku sepanjang waktu itu, sambutan aidiladha, Nurin masuk sekolah dan cerita orang pregnant.

Oh ya, cakap pasal pregnant, ada sesuatu yang menarik nak dikongsi. Oppss...bukan aku yang pregnant eh...heheh...tapi Allah punya kuasakan, esok-esok kalau aku pregnant siapa tahukan? Aku rasakan, tahun 2006 tahun 'mengawan' kot? Kenapa aku cakap macam ni, sebab tahun ni 2007, bakal menyaksikan ramai kengkawan sebaya aku aku melahirkan anak, kebanyakkan anak kedua. Alhamdulillah, rezeki yang melimpah dari Allah.Hmm...nampaknya aku dah ketinggalan nih...kena cecepat kejar...heheh....

Dan segala pujian yang tidak terhingga juga pada Allah, Jon dan Mila juga bakal menimang cahaya mata pertama tahun ni. Setelah hampir 3 tahun enjoy sakan berdua ke mana-mana dan puas berusaha, buah cinta mereka akan lahir pada Ogos 2007 ni, insyaAllah.

Yang kelakar tu, bukan Mila je yang meloya, Jon pun sama uwekk sana, uwek sini...kesian pun ada juga aku tenguk, dua-dua melepek. Sepanjang minggu lepas aku betul-betul sibuk. Selepas balik kerja aku akan singgah rumah Jon, tengukkan keadaan diaorang, pagi sebelum pergi kerja pun aku singgah kejab. Keadaan Mila teruk juga, selain meloya kaki cramp dan kena elergi. Pada waktu yang sama, Jon pulak suspek denggi.

Jumaat lepas kemuncak segala-galanya, bila keadaan tak terkawal, diaorang pergi hospital. Sudahnya Mila ditahan kerana kekurangan air yang menyebabkan kencing kotor dan alergi. Nasib baik Jon tak ditahan sama, cuma kena ambil darah setiap hari untuk menguji paras platelet dalam darah. Keadaan sungguh kelam kabut, berulang alik la aku ke hospital 2 hujung minggu lepas. Mak dengan abah pun turun juga dari Johor, gembira sungguh orang tua nak dapat cucu lagi.

Alhamdulillah, hari ni keputusan ujian darah Jon semakin ok, cuma Mila je masih belum boleh keluar dari hospital. Takpe la, sekurang-kurangnya boleh berehat, cumanya tak best la berehat kat hospital.

Apa pun aku rasa lega bila semuanya terkawal, memang terkejar-kejar ke sana ke mari, dan aku bersyukur diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan ni. Aku harap Jon dan Mila tabah menghadapi dugaan, ye la lama berusaha nak dapat anak, bila dah dapat dugaan lain pula yang menimpa.