Friday, December 29, 2006

Selamat segalanya....

Sejak Selasa Nurin takde kat rumah, ikut Mak Tok balik kampung. Kebetulan mak aku datang weekend lepas, sebab nak hantar Amad ke summer camp, agaknya bila dah lama sangat dengan mak aku, dia nak ngikut pulak bila mak aku nak balik.

Mama : Nurin nak pergi rumah Mak Tok ke rumah Mak?

Nurin : Rumah Mak Tok

Mama : Nangis tak?

Nurin : Tak!

Mama : Carik mama tak?

Nurin : Carik!

Isskk...macam mana ni, aku nak mula garu kepala yang tak gatal....

Mama : Tak boleh la macam tu, mama takde, mama work, Nurin tak bole cari mama, mama jauh, kalau Nurin rindu, Nurin telefon, ok?

Nurin : Ok! (menjawab dengan semangat, mak dia pulak yang risau)

Aku tawakkal je hantar Nurin ke kampung. Beria-ia benar dia nak ikut mak aku. Jadi hari-hari aku call, mak aku kata setakat semalam (dah 2 hari) dia releks je, sikit pun tak tanya pasal mama ngan babah dia nih...huhuhu...sedihnya aku. Abah pulak cakap, Nurin ok je kat kampung, takde menangis mengada-ngada macam kalau aku ada....hhmm...sabo je la!

Apa pun, aku bersyukur, dia ok kat kampung. Masalah aku sebenarnya, Mak dia dah pindah rumah, lebih jauh dan susah la nak mengantar. Aku dah daftar untuk taska tapi hanya akan bermula tahun depan. Tu la sebab utama Nurin ikut mak aku sebenarnya.

Well, walau pun aku berdua je ngan hubby, nothing much we can do, balik rumah dah penat. Sibuk packing barang, tau-tau dah lewat malam. Cumanya, masa jadi teratur, takde hiruk pikuk dengan jeritan mama mahu pun Nurin...heheh...

Hari ni, lepas kerja nanti terus bertolak balik ke kampung. Kata hubby, dia macam dah terdengar-dengar suara Nurin, aku lak dah terbayang-bayang mulutnya yang becok dan pipinya yg chubby tuh.

Jadi, dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat tahun Baru buat semua, kalau balik ke kampung tu hati-hati memandu, semoga selamat sampai ke tempat yang di tuju.

Tahun 2006 akan kita tinggal, segala kemanisan dan kejayaan akan tinggal dalam lipatan sejarah buat kenangan sampai bila-bila. Semoga 2007 disambut dengan kesyukuran, penuh kerahmatan dari Allah dengan rezeki yang melimpah ruah dan lebih banyak kejayaan, insyaAllah!

Thursday, December 21, 2006

Kacang pool

Harap Maklum!

Sebenarnya entry ni tak habis lagi, ada resepi yang aku nak bagitau, tapi masa aku buat entry ni, kekonon nak save as draft 'tertekan' publish post la pulak...heheh...nasib baik la entrynya takde la nampak tergantung sangat. Masa aku update ni pun kat cyber cafe, jadi gambar takde kat sini nak upload, sebab gambar dalam laptop. So, tunggu la next week untuk sambungan resepinya ya... sorry la di atas kekhilafan ku ini... :)

................................................................

29 Dis 2006

Dah seminggu cuba meng'update' this entry, tapi tak berjaya, something wrong with my laptop i think...maklum la laptop otai...sigh.... Ni bila dah tahan sangat, cyber cafe la jawabnya...dan yang paling tak best sekali, takleh upload gambo...apsal ehh????...eeiiiii.....geram betul!

Tapi takpe, aku nak update gak entry ni, gambar yg takde tu, korang imagine la ikut imaginasi memasing eh?? heheheh

.................................................................

Ini la kacang pool yang aku selalu gunakan (brand kimball, dia tulis 'foul'), kiranya ni 'raw', takde rempah segala. Ada gak kedai-kedai timur tengah yang jual kacang pool siap berempah, tinggal panaskan je. Selalunya aku rebus je campur bawang putih 2,3 biji, pastu lenyek-lenyekkan. Kali ni aku ubah resepi sket. So, memula tumis bawang besar yang dipotong dadu sampai naik bau, pastu aku masukkan serbuk kari dalam satu sudu besar, tumis sampai masak baru la masukkan kacang pool. kalau nak lagi 'kick' tumis dengan minyak sapi, tapi sebab hubby mementingkan kesihatan, kitaorang tumis dengan minyak seri murni je...heheh...

Ini jintan manis, ramuan utama dalam kacang pool nih, kalau takde jintan manis ni, macam tak jadi gitu resepinya. Jintan manis ni disangan (goreng tanpa minyak) sampai naik bau, pastu ditumbuk. boleh ditabur masa nak makan atau masukkan je masa tengah masak tu.

Sebelah kanan tu, itu la rupanya kacang pool yang dah siap masak dan hancur. Terpulang pada korang dan hancur diblender ke, nak lenyek-lenyek je ke. Kalau aku suka ala-ala hancur je, jadi terasa la kekacangnya. Yang sebelah kiri pulak, bahan yang nak dimakan dengan kacang pool ni, ada limau kasturi, bawang besar yang di potong dadu, lada hijau yang dihiris dan scramble egg.

Jadi, bila nak makan tu, letak la kacang pool, bawang, telur dan cili potong, pastu perah limau kasturi sebelum digaul. Lepas gaul, roti tu colek la dengan kacang pool tu, terpulang la nak buat macam mana pun, kalau aku aku suka colek atau cicah. Roti tu pulak, bakar/toast baru la sedap. Makan dengan roti apa-apa pun boleh, lagi sedap roti perancis atau roti benggali.

Selamat mencuba!

Sunday, December 10, 2006

Akhirnya....

Akhirnya...setelah 7 hari bermula Sabtu minggu lepas, bekerja tanpa henti dan lebih 12 jam sehari, berhujan berpanas, aku demam!

Akhirnya.... balik ke JB minggu ni semata-mata untuk berehat. Sejak sampai petang Jumaat kelmarin, hanya sekali aku keluar dari rumah, itu pun sebab nak pergi klinik. Kebanyakan masa kat atas katil je and what make it worst, Nurin pun demam juga...alahaii kesian dia. Nasib baik la hubby tak demam sama.

Akhirnya.... segala perancangan, nak berjalan ke Singapura la, nak menziarah sedara mara la, semuanya tinggal rancangan. Cuma pagi ni, both of us dah tak demam cuma perut pulak berangin, nak makan pun tak lalu. Sejak demam ni, dah 3 kilo aku turun, tapi apa la maknanya kalau badan tak sihat.

Walau pun berehat macam ni bukan yang aku minta, tapi aku rasa ni peringatan dari Allah juga, maksudnya ada waktu bekerja dan ada juga waktu berehat, kena la seimbang.


--------------------------------


Aku tahu aku ada beberapa hutang dengan dengan beberapa orng yang penah berada di sini, Kak SJ dengan resepi sambal tumis dan Sindarak dengan resepi kacang pool. Bukan tak nak upload, takde gambar nak letak, rasa cam tak best je kalau takde gambar kan?? Anyway, as soon I got the pictures, i will upload the recipe