Friday, October 20, 2006

Salam Aidilfitri

Tinggal beberapa hari je nak raya umat Islam kat Malaysia ni berpuasa, esok kita semua akan menyambut Hari Raya. Masa ni aku dah ada kat JB, 2 hari sebelum tu aku ke Jasin menziarahi atuk, nenek dan saudara mara sebelum pulang ke BP. Tahun ni, aku sambut hari raya di rumah mertua dulu kemudian baru la pulang ke rumah sendiri.

Rasa sayu dan hiba nak tinggalkan Ramadhan, apatah lagi Ramadhan kali ni terasa lain sekali nikmatnya. Ramadhan yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan serta rezeki yang melimpah ruah. Entah akan ada atau tidak tidak Ramadhan akan datang, Allah jua yang mengetahui.

Business was soooo good, that's perhaps i can postpone the hari raya, but like my abah said, "Jangan tamak sangat, masa ni la nak berziarah saudara mara yang setahun sekali baru nak jumpa" and again abah was rite. I hope, a week hari raya will be a holiday for me to take a break, before i make a full swing to spread up my business after that.

Last week, was a busiest week for me, as every day I had appointments. I feel great and live! And some of them even closed a deal. Alhamdulillah, praise to Allah Almighty. Aku rasa, kerja keras dan usaha tanpa jemu mula membuahkan hasil, dan kerana ia berlaku di bulan yang mulia ni, aku sangat-sangat bersyukur…Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah….

Nasib baik Nurin belum pandai minta itu ini, macam kanak-kanak lain bila menjelang hari raya ni, sebab baru semalam aku berkesempatan untuk cari kasut raya untuk dia. Sebelum-sebelum ni, baju dah aku beli sikit-sikit. Cuma untuk diri sendiri masih ada lagi yang kurang. Takpe la, by this age, definisi raya sudah berubah. Is not only about kasut atau baju raya, it more about ‘pengertian’. Kemenangan meraikan hari raya setelah sebulan berpuasa. But I think is more than that. Kemenangan menyucikan diri, mengaut segala hikmah dan rahmah. And that is why, aku rasa sedih sangat nak meninggalkan bulan yang mulia ini. Anyway, life must goes on rite, apa yang patut dilakukan sentiasa la buat yang terbaik dan berdoa untuk mendapatkan yang terbaik!


Salah satu perkara yang mengejutkan, aku berjaya mencapai target untuk first quarter for this financial year, as a reward, my business partner bagi hadiah sebagai tanda penghargaan. Dan pada aku, hadiah tu buat aku nak berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh. Selepas meeting pada hari tu, kitaorang ada majlis berbuka puasa dan majlis untuk meraikan raka-rakan yang berjaya.


My best friend in this business, teman ketawa dan menangis. I was inspired by her strength and ability to do this business and it is not easy for her because she is very young and immature.


Makanan jadi banyak sebab sepatutnya hidangan untuk 14 orang, hanya 9 orang yang datang. Ada 3 meja, jadi setiap meja cuma 3 orang! Imagine la, kitaorang bukan makan nasi berlauk, tapi lauk bernasi...hahahah....puas betul meratah lauk.


Selain udang goreng tepung dan kerabu mangga, ikan masak stim dan sup ekor pun ada.


Aku rasa, takyah la aku explain sedap ke tak, tenguk je tulang ikan tu, mesti korang pun tahu..heheh...

Akhir sekali, dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat semua yang mengunjung blog ini. Pada yang pulang berhari raya di kampung, berhati-hati di jalan raya. Yang berada diperantauan pula, jangan la bersedih hati, masanya akan tiba juga untuk berhari raya bersama keluarga. Salam Aidilfitri buat semua!

Thursday, October 12, 2006

Pilunya hati

Pagi tadi, seawal 4.45 pagi aku dah terjaga. Kejut hubby bersahur, lepas tu buat breakfast untuk Nurin. Aku tak bercadang nak tidur semula memandangkan aku tidur awal malam tadi. Kononnya nak tidurkan Nurin, sekali tu dengan mama dia sekali pun tidur!

Lepas buat breakfast, aku gosok baju sambil tenguk tv, tetiba keluar la iklan raya dari TV3. Pasal budak pakai topeng Darth Vader yang semput balik beraya di kampung. Memula tu seronok tenguk diaorang, lelama rasa sayu dan pilu pulak.

Bila tenguk causin si Darth Vader yang gemuk tu, berlenggeng hanya berkain pelekat, teringat aku pada arwah Amy. Tetiba aku jadi sebak dan air mata terus je bergenang. Hampir 2 tahun setengah Amy meninggal, terasa macam baru semalam peristiwa tu berlaku.

Aku jarang melayan perasaan begini bila teringatkan Amy, sebab aku taknak rasa sedih. Selalunya aku cuma ingat Amy lepas waktu solat, sebab masa tu automatically aku akan sedekahkan Al-Fatihah. Budak gemuk dalam iklan tu betul-betul buat aku terkenangkan Amy, adik kesayangan kami itu.

Amy, kakak doakan semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh, Al-Fatihah.

Mee Kari

Rasa-rasanya bulan puasa ni aku produktif sikit dalam masak-memasak. Kalau hari-hari biasa tak tentu lagi balik rumah pukul berapa, bila dah balik lambat, selalunya makan kat luar je. Bulan puasa ni, aku hadkan temujanji tak melewati petang atau malam, jadi ada la masa nak masak untuk berbuka puasa.

Selalunya masak nasi dengan lauk-pauk, sekali-sekala teringin juga nak merasa juadah lain. Sementelah hubby suka makan mee kari, jadi aku nak la juga cuba camne nak buat mee kari ni. Hubby being supportive, sanggup kopek kerang sekilo!

Alhamdulillah, pertama kali cuba terus menjadi. Walau pun hubby tak puji, tapi bila makan sampai 3 kali tambah dan makan tak angkat-angkat muka, sedap la tu...heheh... So, macam biasa, gambar-gambar ni je la yang ada buat tatapan semua. Nak rasa mee kari, lain kali datang rumah boleh la aku masakkan.

Memula tumiskan segala bahan-bahan......

Hiaskan mee dengan taugeh dan sawi yang dicleur, tabur bawang goreng, lada potong dan daun sup juga limau kasturi dan telur.

Curahkan kuah dengan segala isinya, fishball, tauhu dan kerang. Sedia untuk di makan!

Wednesday, October 11, 2006

Ramadhan di Batu Pahat



My friend Meena, was excited when she read my entry last entry about roti john, and now she is queuing to buy that roti john…hahaha…amik ko! All the best to you, harap-harap dapat la merasa roti john tu nanti waktu berbuka nanti.


...............................................


Kalau awal Ramadhan aku balik JB, tengah-tengah Ramadhan ni aku balik BP pulak. Rasa cam lama dah tak balik, banyak perubahan kat rumah, maklum la, abah raya sakan kali ni..heheheh...bagi la peluang kan?

Dapat buka puasa satu hari je kat BP, masa dah nak berbuka tu, abah sibuk panggil aku. Rupa-rupanya dia suruh ambil gambar juadah berbuka, boleh upload dalam blog katanya. Hahaha...jangan tak tahu, abah ni bloghopper gak. Bila aku suruh tulis blog sendiri, bukannya dia tak nak, takde masa, maklum la 'boss' la kata kan..heheh...

So, untuk tidak menghampakan permintaannya, dengan ini aku mempersembahkan hidangan berbuka puasa di BP hari tu...eerrkk...korang jangan la marah aku ek... marah kat abah aku sebab dia yg suruh upload gambar nih..heheh...

p/s : abah, pasni kalau ada gambar-gambar yang best-best email la, boleh upload lagi ;)
Ayam golek perasa balck pepper dan madu....nyum..nyumm...
Rojak Singapore, tapi beli kat Batu Pahat..hehe...setiap kali aku balik mak mesti belikan rojak ni untuk hubby, ye la menantu kesayangan la kata kan.

Air laici, belom campur ais... sungguh menyegarkan bila cuaca panas.

Tomyam udang dan sotong, penuh dengan sayur-sayuran, takyah makan nasi pun takpe...sedap!

Terkini!

Meena balik tanpa roti john setelah 45 minit 'bertarung' untuk mendapatkannya. Meena kata "Takpe Noha, esok aku keluar 2 ptg dari opis..hmm!" Anyway, aku harap ko berjaya beli roti tu esok ye, jangan putus asa! (iiskkk melampau bunyinya, macam nak pergi berperang pulak...heheh)

Tuesday, October 03, 2006

Roti John Putrajaya

Hari Isnin lepas, aku baca cerita Kak Pnut pasal Roti John, cara akak ni cerita macam nak menitik air liur aku. Kebetulan hubby memang suka makan roti john ni, jadi aku cerita la kat dia. Dalam tengahari tu, hubby ajak keluar sebab bos dia suruh pergi bank, aku pun ikut la.

On the way back to office, hubby tanya, nak tak pergi Putrajaya, cari roti john tu? aku tanya dia balik, sempat ke, kang lambat lak masuk opis sebab masa tu dah pukul 3.15 ptg. Hubby kata pergi je la.

Sampai kat bazar ramadhan Putrajaya dah pukul 3.30 ptg, cari punya cari, jumpa la gerai roti john tu. Masa tu dah ada lebih kurang 10 org beratur, aku kata kat hubby, ok la ni, by 4 ptg mesti dah dapat, hubby pun angguk setuju. Sementara hubby beratur, aku melilau cari juadah nak berbuka nanti.

Hari Isnin tu, punya la panas, matahari memancar terik sangat. Nasib baik la kawasan tu luas, jadi berangin la sikit. Lebih kurang 10 min, aku balik semula ke gerai roti john tu, aku tenguk hubby tak bergrak pun dari tempat dia mula-mula beratur, aaikk!!...lambatnya. Muka hubby dah merah padam dan peluh dah merenik-renik kat dahi.

Aku pun ikut la beratur sama, mula-mula beratur sebelah hubby, bila tak tahan kepanasan, aku tumpang payung gerai tu, jadi dapat la tenguk macam mana orang tu buat roti john. Sambil-sambil tu aku berbual dengan adik tukang masak dan melayan sms Nad.

Nad kata, rasanya sama je dengan roti john kat tempat lain, tapi yang buat aku teruja tu, Kak Pnut kata, orang sanggup beratur 2 jam semata-mata nak makan roti john ni. Selain dari tu, aku tenguk cari dia buat pun lain dari roti john yang pernah aku tenguk. Roti dia dibelah tengah dan dia tuang inti (telur + daging/ayam) atas roti tu, baru la diterbalikkan roti tu, kemudian daging/ayam tu dah siap berempah dengan black pepper...huuiisshh...aromanya, taksoh la cerita, dah le aku betul-betul sebelah kuali dia.

Korang nak tahu pukul berapa kitaorang dapat roti john tu, PUKUL 4.40 PETANG! Haahh ambik ko! Satu jam beratur, baru la dapat. Dah alang-alang beratur lama, kitaorang beli terus 3 untuk esok sekali...hahah.. Rupa-rupanya yang jadi lama beratur tu sebab ada la hamba Allah yang mengorder sampai 8, 18 roti john sekali order. Jadi ada la, orang yang beratur tu sound kat adik-adik tu, at least max bagi 5 setiap orang ke, jadi takde la orang lain beratur lama sangat. Bila dengar macam tu, tukang masak kata, nanti malam diaorang meeting nak buat macam mana.

Bila buka, masa untuk merasa roti john yang dikatakan terkenal seantero dunia tu. Hmm...memang sedap! Ini la roti john tersedap yang aku pernah makan sejak aku kenal roti john. Kiranya tak sesia la beratur lama di bawah terik mentari sebab memang worth it.

Thanks to Kak Pnut, sebab sudi share makanan yang sedap-sedap di bulan puasa ni. Oh ya, roti john ni, kalau bukan bulan puasa dia ada kat Taman Warisan Putrajaya, jadi kalau tak berkesempatan kali nak beli, lain kali pun korang boleh cari kat sana. Terlanjur ni, aku nak bagitau la juga, kat Tamanan Warisan ni, Sate Kajang Hj Samuri pun ada, selain tu yang aku suka ABC dan air cekong dia kat situ pun sedap! Tempatnya redup dan sesuai bawak anak beranak bersantai.


Ini la dia roti john yang sungguh sedap itu, aku dah cuba ambil gambar close up, tapi kabur, Allah tahu niat aku tak baik, saje nak buat korang terliur dengan sos dan mayonis yang melimpah ruah...heheheh...

Monday, October 02, 2006

Seminggu puasa

Selepas seminggu puasa, banyak la benda / kejadian yang berlaku. Terasa berbeza sungguh ramadhan kali ni dengan yang lepas-lepas, hubby pun rasa macam tu jugak. Antaranya...

- berat turun 2kg ( tak sangka tul, selalunya payah nak turun, kalau seminggu 2 kg, 4 minggu 8 kg la kan? hehheh )

- lebih banyak masa dengan Nurin, dapat solat dan mengaji bersama-sama, ajar mengeja, teman tenguk tv dan macam-macam lagi, terasa sangat selama ni take for granted, tak sedar banyak benda terlepas pandang, nasib baik Allah bagi peluang lagi, Alhamdulillah

- baru sekali beli lauk kat pasar ramadhan, selebihnya masak sendiri, rasa macam tak caya plak, mampu buat..heheh..

- business jalan macam biasa, cuma a bit slow dan keluar waktu siang je

- hubby tak miss terawih..bravo..bravo....:)



Nurin The Drama Queen

Senario kat klinik, doktor nak bagi dia nebulizer sebab doktor kata banyak kahak dan suspek asma

"Nurin good girl kan, kita pasang mask ok?"

Memula dia diam je atas riba aku, bila nampak asap kuwa dari mask dia dah gelabah, terus nangis dan buang mask. Puas juga memujuk, akhirnya bila mama dah peluk, babah dah pegang, pasrah je bila nurse pasang semula mask kat hidung dan mulut dia.

Dengan teresak-esak "Mama, jangan buat mama, nanti Nurin mati...waawaa...."

"Wah, ini budak pandai drama ye" Heheh..apa nak buat doktor, itu la anak aku..

Alahai... tergelak aku dibuatnya, macam mana la dia boleh terfikirkan benda tu?? Ayway, Nurin dah 3 minggu batuk, batuknya tak selalu, tapi bila batuk tu sampai muntah-muntah sebab banyak sangat kahak. Korang ada solutions tak? Risau la, nanti dekat nak raya tak baik lagi, tak enjoy la kan?