Sunday, May 28, 2006

Hujung minggu

Sejak akhir-akhir ni, Nurin semakin pandai berposing, pantang pakai benda-benda yang lain dari kebiasaan macam topi ke, baju kurung ke, start la dia terlentuk sana, terlentuk sini.


Sebelum jumpa client, sempat la Nurin berposing, siap arahkan kita lagi macam mana nak ambil gambar. Kebetulan digicam kitaorang baru je lepas repair sejak rosak tahun lepas, so lepas ni rancak la mengambil gambar balik.

.........................................................................

Sabtu, 27hb Mei 2006

Lepas kelas pagi, petang tu aku takde appoinment, jadi aku cadang nak jumpa Nad, my bestfriend dari sekolah dulu. Nad ni anak dia dah masuk 5 bulan lebih, asyik tak sempat aku je nak menjenguk dia. Walau pun rumah macam tongkang karam dan ada waktu yang terluang ni aku sepatutnya mengemas rumah, aku pejam mata je, lantak la, kalau tak jumpa Nad sekarang, tak tahu bila lagi aku free.

Memula tu nak jumpa sejam je memandangkan Nad dan hubby ada plan lain, tapi bila dah jumpa, banyak pula ceritanya. Kebetulan hujan lebat, ada la alasan nak lepak lebih lama. Bila maghrib tu, Nad pelawa makan malam sekali, walau pun hubby aku nak ada appoinment dengan client malam tu, tapi jemputan Nad yang bersungguh, kitaorang pun stayed.

Lepas makan, hubby pergi jumpa client, aku lepak rumah Nad sampai la hubby jemput balik lebih kurang dalam pukul 10.30 malam, terus pulak ke rumah client hubby lagi satu. Walau pun kepenatan, balik rumah rasa puas hati dapat jumpa Nad, Najib dan Najwan, dapat dinner best, perut kenyang, business pun jalan...Alhamdulillah!

Najwan baru lepas jab, jadi badan pun dedar-dedar lagi. dan selsema juga. Sempat bagi pose istimewa masa makan ubat! One more thing, Najwan sebijik muka Najib!

Nampak tak airmata Nurin? Nurin nak tambah udang, kitaorang pujuk la takyah makan lagi sebab udang pun tak banyak. Aku pun malu gak dengan Nad, sebab Nad tak makan lagi, kang tak merasa tukang masak lauk yg dia masak. Apa lagi, merajuk dan melalak la Nurin, maklum la udangkan favourite dia.

So, ini la dinner kitaorang malam tadi, udang masak lemak, resepi istimewa ayah Nad, sambal sotong dan bunga kobis tumis. Nad kata bunga kobis tu, Ah Soh sebelah rumah yang bagi. Udang tu memang best! Kalau tak, takkan la Nurin pun bole makan sampai 3 ekor...huhuhu....

Friday, May 26, 2006

Blog's Anniversary and Mini Honeymoon

Aku dah tak ingat berapa hari bulan, tapi dalam bulan ni la, pertama kalinya aku up my entry, kiranya dah setahun juga la aku berblog. So, Happy 1st Anniversary my dear blog, insyaAllah selagi daya dan punya masa, aku akan terus meninggalkan catatan yang bermakna sepanjang hidupku ini. Walau bagaimana pun, anniversary ni, takde kena mengena dengan mini honeymoon kitaorang…heheh…

Sabtu lepas, aku ngan hubby buka kaunter for our product at Hari Kantin on of the school in Kepong. Dari pukul 9 pagi sampai pukul 5 petang dan hari tu sangat la panas. By end of the day, aku ngan hubby betul-betul letih tapi puas hati sebab dapat ramai prospek, Alhamdulillah.

So, as a reward, we were checked in at Legend Hotel on the next day. Sebenarnya dapat voucher free yang akan valid on this coming 31st May. Kalau tunggu hari yang betul-betul sesuai, ntah bila, silap-silap sia-sia je voucher tu nanti.

Masa sampai hotel tu, ramai betul orang yang nak check out dan ramai gak orang kat lobby, they had function I’d guess. Jadi sebelum dapat masuk bilik, kena la tunggu for half an hour, sebab diaorg nak kemas bilik. Nurin happy sangat walau pun the day before dia selsema. Kalau pegi hotel ni, dia dah tak jakun dah, sebab selalu sangat kitaorang keluar masuk hotel especially bila mak mertua aku ada function atau meeting kat KL ni.

Dapat je masuk bilik, Nurin terus berlari ke katil, golek sana golek sini, katil lak king saiz, muat la kitaorang bertiga. Kengkonon, lepas tu nak jejalan kat The Mall, tapi bila dah dapat katil, pastu lak ada Astro, hubby tak jadi keluar, dia pun sesama golek-golek dengan Nurin. Bila diaorang dah golek-golek, aku nak buat apa? Golek-golek sama la jawabnya. At the end, sampai petang baru kitaorang bangun dan mula la rasa lapar.

Sementara tunggu maghrib, Nurin aku biarkan main air kat bathtub, sekejab meluncur, sekejab terlentang, sekejab meniarap. Bila aku kata sudah dia kata “ Tak cukup lagi la mama”, hai terpaksa la biarkan dia main puas-puas. Lepas maghrib tu baru kitaorang keluar cari makan dan junk food untuk ngap-ngap bila lapar malam tu.

Oleh sebab Nurin selsema dan mula batuk-batuk, aku bagi dia ubat supaya tak melarat. Tak sampai sejam, mata dah kelat, cari susu dan bantal tak lama kemudian terus belayar. Alhamdulillah, takyah pujuk-pujuk dia suruh tido, bukan apa, senang la kitaorang nak ber’agenda’ lain lepas ni. Well, sape kata honeymoon takleh bawak anak? Kena la pandai-pandai atur…hehheh..

Tak lama lepas Nurin tido, bila rancangan tv pun takde yang menarik, aku rasa, korang pun tahu la apa ‘rancangan’ yang lebih menarik dari tenguk tv kan? Walau pun cuma semalam, but I had a wonderful mini honeymoon apatah lagi bila dapat bersama-sama dengan Nurin, takyah pi jejauh, kat dalam KL je, cuma the environment yang lain dengan hari-hari biasa, somehow make u feel different and excited. And I really enjoyed every bit of it. Also thanks to Nurin for being very understanding sebab tido awal. (Padahal dah mamai makan minum ubat batuk..muahahha…)

The next day, our day just began like usual, meeting the clients and doing the business. Aku rasa, tak salah sekali sekali, business with pleasure, asalkan kena pada tempatnya dan sesuai dengan keadaannya. It all about how u handle it, rite?

So, cuti sekolah pun dah nak dekat. Sesape yang ada anak sekolah, tentu dah merancang-rancang nak pergi memana, paling tidak pun balik kampong jumpa atuk nenek. Yang anak kecik-kecik cam aku ni, mungkin takde la terasa sangat cuti sekolah, cuma yang aku buat aku suka bila cuti sekolah, jalan tak sesak, aman je pepagi keluar dari rumah…heheh... Yang mana akan bercuti, selamat bercuti, yang tak bercuti tu, releks la woi, keje, keje gak, rehat pun kena kira, ok? Nanti tensen, keje pun tak best dan takleh nak perform. Bila dah cuti, dah rehat, baru la seronok nak buat kerja….eerr..tak pun bila dah lama sangat cuti rasa tak nak naik keja la pulak??

Sunday, May 14, 2006

Sekali harung.....

Dekat sebulan tak update....hampir lupa aku ada blog...hehheh....kalau dulu bole la dikatakan everyday update, sekarang ni takde masa, ada benda lebih penting untuk didulukan selain dari memblog. Jadi bila berkesempatan untuk memblog ni, apa yg berlaku lately ni, aku nak cirita kat korang.

Macam biasa, lepas subuh, aku sambung tido balik, bukan selalu dapat buat macam ni. Hubby kejut pukul 7.50 pagi, kata mak mertua nak cakap dengan aku. Terkejut gak aku, ye la pepagi dah telefon. Rupa-rupanya dia nak ucapkan Selamat Hari Ibu. Hehehh...actually, last week aku dah ucapkan pada semua orang yang bergelar ibu. Masa tu aku ingat sambutan Hari Hari Ibu tu, Ahad lepas. Takpe la, seminggu awal, jadi dikesempatan ini, aku nak ucapkan juga Selamat Hari Ibu ni untuk kengkawan blogger yang bergelar ibu, buat Zura, Mar, Fara, Siela (Sany, ko tolong sampaikan yek), Julia dan semua-semua sekali la ...maaf la sekiranya tak menyebutkannya di sini, aku ni mengejar masa!

Akhir-akhir ini, tak banyak masa dapat bersama-sama dengan Nurin. Pagi petang siang malam, ada peluang business, aku dan hubby tak toleh kiri kanan. Selagi daya selagi sihat, kami bekerja keras. Bukan untuk sesiapa pun, untuk family juga. Tapi anak sekecil Nurin, apa la yang dia tahu. Antara ayat-ayat yang selalu buat aku sebak;

"Mama dah work?....dan cukup?" (Mama dah habis kerja?)

"Mama ni, asik work je"

"Bila mama dah work, nanti kita..bla..bla...bla.."

"Nanti mama amik Nurin ye" ni bila aku hantar dia kat babysitter.

Tapi tu la, aku kuat hati dan semangat, sebab apa yang aku buat ni semuanya untuk kebaikkan dia juga satu hari nanti. Jadi bila semalam ada peluang untuk bersama-sama dengan Nurin dan kebetulan Ana dan Syeda pun ada, kitaorang pegi main bowling. Lama betul tak main, 2,3 tahun ada rasanya. Sekali main sampai 2 game, habis sakit badan! Dan yang paling aku suka, aku dapat menggembirakan Nurin, my ever sweetheart ni, seronok dia berlakon kengkonon main bowling. Bila sampai rumah malam tadi, pengsan kepenatan!

Kek baulu berperisa oren ni, aku buat last week, kekonon nak bawak pegi rumah Dayang for tea, end up tak sampai separuh pun yang boleh dibawa, bukan apa, tak sabar sangat nak keluarkan dari loyang, hancur kek baulu tu aku kerjakan!

Ini pulak udang masak black pepper. Saje cuba-cuba, jadi pulak. Aku memang suka memasak dan mencuba pelbagai resepi, tapi dengan masa yang terhad sekarang, mencuri-curi juga masa untuk hobi yang satu ni.

Yang ni paling simple, ulam bendi dengan tomato, curah je sambal atasnya. Aku memang suka tomato especially kalau makan mentah, buat ulam, atau buat inti sandwich.

Walau pun sibuk, aku cuba juga mencuri masa untuk bersama-sama dengan Nurin, ajar membaca ABC, 123 atau melukis dan mewarna. Semalam bila aku surh Nurin lukis orang, ini la hasilnya. Memang la tak macam orang betul pun, but aku rasa untuk kanak-kanak 3 tahun 3 bulan, its make sense! Kalau korang perhatikan betul-betul, ada mata , hidung, mulut, tangan, kaki and even rambut yang tercacak. Cuma badan je takde shape...heheh...Takpe la, satu kemajuan untuk Nurin, and I'm very proud of her!