" Tit...tit..tit...""Apa benda la yang ber'tit..tit' tu? " Masa tu aku tengah membelakangkan Nurin, sambil masukkan baju dalam drawer, aku dengar mulut dia ber'tit..tit', aku pun menoleh ke belakang.
Aku nampak Nurin tengah masukkan permainannya dalam plastik, sebelum tu semua permainannya diletakkan di sebelahnya sambil jari-jemarinya seolah-olah menekan sesuatu. Sambil tu mulutnya pun berbunyi-bunyi, tit..tit..tit..
Lama aku perhatikan, baru la aku sedar, rupa-rupanya dia berlakon macam cashier kat pasaraya...heheh...kelakar pulak bila difikirkan, rupa-rupanya selama ni dok memerati pastu mem'practice' pulak.
***********************************
Semalam, mak mertua minta kitaorang hantar dia ke Sunway Lagoon Resort Hotel, ada dinner sempena 50 tahun sekolah dia. Mak kata, maybe pukul 11 habis la. Jadi kitaorang ngan Ana, cadang nak jejalan kat Sunway Pyramid je sementara tunggu mak.
Dalam pukul 10.30 mlm, bila kebanyakan kedai kat Sunway Pyramid dah tutup, kitaorg berjalan semula balik ke hotel, sementara nak tunggu pukul 11, kitaorang pergi solat dulu. Dalam pukul 11 mlm, mak tak telefon lagi, jadi kitaorang ambil keputusan nak tunggu kat lobby je, dapat la tgk orang keluar masuk.
Lobby tu dekat dengan hotel punya coffee house, jadi dapat la dengar persembahan nyanyian. Dalam dok dengar oarng menyanyi, tetiba Nurin mula membuka langkah, bila perati betul-betul...ehh...anak aku menari la. Yang best tu, step dia siap ikut rentak lagu pulak tu.
Walau pun orang dok lalu lalang kat lobby tu, dia selamba je, memacam aksi dan step tarian dia dia (style budak umo 3 tahun la kan...bukan yg macam pro tu). Bila suruh berhenti tak nak pulak tu. Lelama, kitaorang biarkan je, sambil tu dok gelakkan dia, bila lagu habis kitaorang siap tepuk tangan lagi.
Sekali tu, bila lagu habis, lama pulak tu nak sambung balik, berlari Nurin ke arah aku sambil menangis...
" Mama.....nak lagu lagi...warrghhh..."Laaaa....tak cukup-cukup lagi ke, dah 4 lagu nak oiiii!!!
At the end, bila dah penat tu, baru la dia duduk sesama ngan kitaorang, siap mintak air lagi...heheh...haus tau menari 4 lagu, siap berpeluh-peluh. Tak lama kemudian minta susu pulak. Kebetulan bila dia nampak lukisan gambar cicak, langsung tak berani bergerak, duduk je minum susu sebelah aku sampai tertidur. Lama betul tunggu Nek Wan, pukul 12.30 mlm baru la majlis dinner tu berakhir.
Kitaorang sampai rumah malam semalam pukul 1 lebih, mata pun tak larat nak buka. Nurin pulak pengsan habis, tukarkan pampers dan baju pun tak sedar apa. Jadi hari ni, hari melepak je kat rumah.