Thursday, March 23, 2006

Bila laaa.....????

Lama dah aku tak tulis entry kat blog ni, bukan tak nak malah idea dan cerita berkepuk-kepuk menunggu masa untuk dicurahkan. Apakan daya, mataku masih kabur lagi.

Sedar la aku bahawa nikmat penglihatan ni amat la besar bila jadi musibah ni. Bila penglihatan kabur ni, nak baca buku tak bole, nak tenguk tv tak bole, nak mengadap pc pun tak bole...huhuhuhu...bukan tak bole langsung, paling lama pun setengah jam, pastu start la pemandangan jadi kabur. Kalau aku paksa juga membaca atau mengadap pc ni, lama-lama kepala aku pening, pastu bole muntah dibuatnya. Dah tu, kena la rest, pejamkan mata, silap-silap tertido terus!

Lama tak melawat blog kengkawan, nak tulis entry untuk diri sendiri pun payah. Baru menaip 2,3 baris mata dah pedih-pedih. Ni pun masa aku taip entry ni, aku bukannya nampak apa yg aku taip. bantai je, kalau ada kesalahn ejaan ke, terkurang perkataan ke, abaikan je la yek. Segala komen pun tak sempat lagi aku nak membalasnya.

Walau macam mana pun, pada kengkawan yang sudi hadir ke blog ni dan yang mendoakan kesihatan aku, terima kasih yang tak terhingga, cuma Allah jua yang mampu membalasnya.

Cepat la mata aku ni sembuh, banyak cerita dan pengalaman yang aku nak share dengan korang. Tunggu ye!??

Sunday, March 05, 2006

Sakit bont*t

Dah 9 hari aku duduk kat rumah dan sekarang aku ada kat JB, dok rumah juga. No business activities but i managed attend the class and summit the cases. All this because of Nurin had conjunctivitis!...sigh..... and what make it worse, i had effected too now!!...huarrgghhh!!!!

Ye la, camne aku tak kena sama, aku yang jaga dia sepanjang minggu. Rasa-rasanya semua precaution aku dah ikut, tapi tu la, bila nak kena tu, kena la juga. Agaknya sebab aku kiss Nurin kot, lama tak kiss dia sejak dia sakit.

Actually, sakit mata ni atau mak aku selalu cakap sakit bont*t (apsal ntah, jgn tanya!), tak senang juga nak berjangkit walau pun it very contagious, kecuali siapa-siapa yang very close or nursing the patient. Maybe sebab tu la aku dapat jangkitan ni.

Apa pun aku respect la kat Nurin, sepanjang dia sakit, dia tak menangis pun sebab sakit atau gatal dan dia even tak genyeh-genyeh her eyes. Paling-paling pun dia menggigil dan menjerit "eeiiii..." kalau gatal. Bila aku kena ni, iiskk...tak tertahan kegatalannnya. Nampaknya seminggu lagi la aku kena dok rumah, or else bila nak keluar kena la berkaca mata hitam...heheh...


Hari pertana Nurin got effected, mata kanan je merah, masih aktif. That nite we are celebrating my birthday.

Masa ni dah masuk hari ke 3, mata sebelah kanan semakin merah dan mula membengkak. Bila masuk hari ke 5, bengkak semakin besar dan kadang-kadang air mata bercampur darah. Doktor kata, bukan biji mata yg berdarah, tapi kapilari kat kelopak mata tu yang pecah. Iiiskk... aku menangis first time bila tenguk air mata dia merah.


Aku belanja hubby makan kat Restoran Selera Kusuma di Bangi, just a simple dinner. Kitaorang makan udang goreng tepung (feveret hubby dan Nurin), tomyam campur, sayur campur, telur bungkus dan nasi putih. Dedolu bos aku pernah bawa kitaorang makan kat sini, memang best!

Walau pun aku dah tinggalkan tempat kerja lama, bila aku datang for some business last week, aku dapat kad ni. Terharu aku dibuatnya. Ye la, aku dah tak kerja kat situ lagi, dah nak masuk 2 bulan, tapi diaorang masih ingatkan aku.