Friday, September 30, 2005

Diner Dash


2 hari lepas, hubby installed game baru dalam pc kat umah. Masa hubby pause kejab, aku try la main game tu...and now i'm addicted to it!!! Kalau dulu, hubby sorang je main game, sekarang ni aku pun sibuk nak main sama, now hubby lak dok masam muka ngan aku. Heheh..nak wat cam mana, baru la aku tahu camne kalau dah ketagih ni!

Game ni nama dia Diner Dash, citer pasal sorang pompuan ni, how she manage her new restaurant. Perrghh..mencabar gak, memula main tu, kelam kabut jadinya. Terasa berpeluh-peluh, macam la kita yang manage restoran tuh. Tapi bila dapat tips dari customer, bila dapat untung banyak, pastu dapat renovate restoran tu, berbaloi sungguh!

Aku baru main 2 hari, semalam aku dah dapat bukak cawangan baru..heheh...terasa sangat inspired by this game, terasa cam betul-betul bukak restoran.

Oh ya, bila main game nih, 2 orang yang paling aku ingat Kak Atenah ngan Cik Joe, nak tahu kenapa, pegi la blog diaorang, korang akan tahu kenapa. (Korang pegi kat blogger station, cari diaorang kat situ)

Kalau korang nak main, silakan, pegi je kat yahoo games, download je dari situ, tapi jangan la lupa diri. Main bila dah takde keje atau download, main kat umah...eerr...make sure jangan laki, bini, anak korang terabai pulak yek?

Thursday, September 29, 2005

Talapia goreng berempah

Entry ni khas untuk adik ipar aku, Ana kerana menjadi sifu untuk resepi nih dan masa aku datang ujung minggu hari tuh, siap jamu kitaorang lagi makan malam dengan ikan talapia goreng berempah ni. Actually resepi ni dari nenek belah hubby dan nenek tu memang pandai memasak. Jadi ada la cucu-cucunya yang mewarisi kepandaian dia nih.

Kalau Ana beli ikan kat Giant / Carrefour, aku beli kat pasar malam je, tapi dont worry, gerenti fresh sebab aku beli tu hidup lagi! Siap siang dan buang sisik juga. Oh ya Ana, resepi yang Ana bagi tuh, akak tambah sikit, tambah jintan manis dan gula sikit.


Memula, balik dari pasar malam, aku terus bersihkan dengan air asam. Pastu perap ikan dengan rempah-rempah yang dah ditumbuk. Aku tumbuk rempah tu sebab nak bagi dia bole melekat kat ikan. Bole gak blender, cuma cair sikit la rempah tu.


Lepas 2 hari, baru la aku sempat nak goreng ikan nih. Bak kata sifu, goreng biar garing, hitam sikit pun takpe.


Hah! Nak tahu sedap ke tak, tenguk je la tulang-temulang yang tinggal tu.

Ini la juadah makan malam kitaorang semalam. Ada air asam, ulam kacang botor, kobis panjang masak sayur air dengan carrot dan suhun dan telur dadar. Telur dadar tu special untuk Nurin, suka sangat makan telur dadar.

Wednesday, September 28, 2005

I've been tagged!!...

Isskk...apa ke benda la tag-menge'tag' nih...tak pasal-pasal aku terpaksa termenung sana, termenung sini pikir apa la yang aku nak taip nih. Kalau tak kerana mu Ana adik ipar ku sayang, tak kose aku nak layan...sigh.... Apa pun i always think positive, in this case, bole aku muhasabah diri ku ini dan yang mana tak best tu, akan ku berazam untuk menge'best'kannya, insyaAllah.

7 things that scare me
1. Lost my loved ones...mmm..cannot describe la camne..
2. Mati tak sempat mengucap..nau'zubillah!
3. Orang cakap/mengumpat yang tak betul pasal aku
4. Tenguk accident and also gambo yang berdarah-darah... kalau kena handle the real thing tu ok la pulak..??
5. Cabut/tampal or anything will do with gigi...eerr..jumpa dr gigi yg ensem takpe...heheh
6. Tak bayo hutang
7. Takleh nak pikul responsibility

7 things i like the most
1. Membaca, especially novel..err besday i nanti, bole la hadiah novel kat i yek..especially Sidney Sheldon punya novel, kay??
2. Masak, especially lauk pauk and after that bagi orang makan
3. Perfumes, especially yang hubby bagi..err..kalau korang nak bagi pun bole gak!
4. Pegi dating dengan hubby and pls take note, berdua-duaan sahaja...eerr..ada sesape bole jaga Nurin??
5. Spending time with family and friends
6. Makan..and this is why i always blog about foods!
7. Cat / tiger and hopefully one day dapat gomol-gomol dengan rimau tanpa dimakan olehnya!

7 most important thins in my room
1. Tilam, katil takde it doesnt matter..lagi best, takde la bising sgt..heheh
2. Perfumes
3. Wardrobe...kalau tak harus jadi tongkang pecah bilik ku itu
4. Kipas / aircond...panas wehh after 'wrestling' session...
5. Cermin
6. Segala poder dan lotion or cream
7. Handphone..buat alarm bangun tido

7 random facts about me
1. Takleh nak control ketawa, mesti 'rabak' punya!...iiskk..sungguh malu saya
2. Jalan laju cam tak cukup tanah
3. I likes to make people happy with what i do
4. Kalau dah sayang / suka, everything i do, i do it for u..really tau, sampai penah kena tipu..huhuhu..
5. Sangat cepat marah dan sangat lambat pulak nak cool down..sigh..camne nak buat ek?
6. Mudah kesian/simpati kat orang
7. Sangat mudah dipujuk dengan coklat dan belaian mesra (HONEY!...sila ambil perhatian!)

7 things i plan to do before i die
1. Dapat jaga abah dan emak, insyaAllah!
2. Jadi muslimah sejati, isteri, ibu dan anak yang baik, jaga all the rukun iman and islam and etc
3. Travel all over the world with hubby4
. Bayo semua hutang piutang
5. Dapat didik anak-anak jadi soleh dan solehah, berjaya dunia dan akhirat
6. Dapat minta maaf
7. Dapat tinggal something yang berguna eg. ilmu, harta untuk yang ditinggalkan

7 things i can do
1. Wake up all nite baca buku citer
2. Ketawa sampai rabak..and spontaneus
3. Bloghop dan baca blog orang sampai sakit belakang
4. Drive..dengan skillnya selepas melenjan keta abah selama 7 bulan and abah have to buy a new car after that..sighh...actually keta tu pun dah tua, more than 20 years
5. Naik swinging boat at The Mall
6. Jalan-jalan dengan hubby dan Nurin dari pagi sampai malam
7. Makan selepas makan dan makan, dan makan lagi..iiskk..

7 things i cant do
1. Buat 'menatang' alah ni dalam jangkamasa yang ditetapkan...sorry dear!
2. Control my temper especially to dearie hubby..sorry honey, tak sengaja!
3. Tenguk cerita antu ngan perang
4. Go out without perfumes and moisteriser yg ada pelindung UV tu
5. Berpanas.....i puteri lilin u...;)
6. Baca buku ada orang kacau
7. Menjahit baju (tak termasuk butang)...err nak kena blaja ni, sebab jeles lak tenguk orang lain bole menjahit baju

7 words i say the most
1. eeyy..
2. ekk
3. weiii..
4. cop..cop..
5. aisehh...
6. you know
7. kan..kan...normally untuk Nurin je

7 celeb crushes
1. Val Kilmer... for his dagu yang berlekuk tu..
2. Chow Yuen Fatt ....eii seksinya bibir..
3. Amy Search..mata ngan bibir yang seksi
4. John Cusack...comel je dia dalam Con Air
...eerr...lain tak dak la...

7 people i'll love to see doing this
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7...err...sape2 pun bole la, especially yg ada kat sidebar tu..;)...tak nak mention, takut kang sengsara nak membuatnya cam aku...huhuhu...

Anyway, Ana..homework settle ek? Sorry ler terlambat sebab pegi carik references dulu..heheh..

Tuesday, September 27, 2005

My little princess

Maybe many of u readers didn’t know that Nurin was prematured baby. ( I should blog about this, draf dah ada, tapi tak sompek je mengarang, kalau ada mood, nanti la aku karang dan post the entry k?). Due to this , banyak la kesan sampingannya pada Nurin. Salah satu masalah premature baby nih, their lungs not fully develop ( or not fully function i think?) and it will cause another matters like selsema and batuk.

And for your information, sejak usia 2 bulan sehingga la setahun 6 bulan, tiap-tiap bulan kitaorang jumpa doctor sebab Nurin batuk dan selsema. Nurin tak tahan dengan sejuk, tapi kalau tak pasang kipas dia menangis kepanasan pulak. Normally aku akan pasang kipas tapi pakaikan stoking dan stoking Nurin banyak sangat sebab sampai umur setahun pun dia masih pakai stoking walaupun kat rumah! Walau pun selalu batuk dan selsema, tapi Nurin jarang demam, Alhamdulillah, sebab pada aku, baby kalau demam lagi menakutkan, takut terbawa-bawa ke sawan pulak.

So, masa Nurin beberapa hari Nurin lahir, aku ada ternampak something terbonjol kat perut dia, atas pusat dia, kecik je, itu pun tak clearly nampak, when she’s crying or coughing je baru nampak. Aku penah tanya ngan nurse. But she said nothing serious.

Until one day, babysitter Nurin called aku, kata perut Nurin cam membengkak dan bonjolan tu la nampak ketara. Kebetulan masa tu Nurin memang dah seminggu batuk. Masa tu aku kat lab, immediately aku pegi rumah babysitter tu untuk tenguk Nurin.

Aku called hubby, kitaorang terus pegi klinik after that. Bila doctor periksa, nasib baik Nurin tak demam, cuma batuk dia bertambah teruk. Oleh kerana dia batuk dan ada tekanan pada abdomen, jadi bonjolan tu nampak lebih ketara. Both of us terus tanya doctor apa yg terbonjol tu sebenarnya and what she said make us even worried. She said maybe Nurin got ‘hernia’ / ‘gastro hernia’ (aku lupa nama sebenarnya apa and I will update later) and she made a referral letter to specialist.

Petang tu aku dah menangis bila mengenangkan nasib Nurin. Dalam banyak-banyak dugaan, kenapa la Tuhan duga aku macam ni, kalau la bole ditukar sakit tu dengan aku, berkali-kali aku rela asalkan Nurin sihat. Kitaorang dah takleh nak pikir banyak masa tu. Parents plak takde nak berbincang and that made us balik JB afterwards. Nurin pulak, doctor bagi a little high dose of ubat batuk that made her sleep all the way to JB dan aku rasa perjalanan ke JB tu, perjalanan yg paling pantas setakat ni, nasib baik tak kena saman!

Bila sampai JB, Nurin nampak ok sikit tapi keesokkan harinya kitaorang pegi juga Puteri Specialist to get the paediatrician’s opinion. And from what we heard make our heart remuk redam because the paediatrician said Nurin has to undergo a surgery. But, korang sendiri la, apa yg korang rasa walau pun minor surgery, tetap surgery kan? Dan Nurin masa tu baru setahun setengah! What a poor little girl. For us,InsyaAllah, duit tak menjadi masalah sebab bole dicari, but my baby, my little baby nak kena bedah..oooo..i cant imagine!!

Balik dari JB, we searched for second opinion. Dr S said, even this ‘hernia’ very rare in babies, he told us not worry too much and send us to HUKM for further examination and this is why we went to HUKM yesterday for follow up appointment.

Kat HUKM, the specialist and my friend, Dr F told me, what happened to Nurin was due to her premature delivery. Sebab lahir sebelum tiba masanya, (Nurin only 34 weeks old in at that time) ada muscle abdomen yang tak properly develop and it caused a hole. What happen is, bila ada tekanan pada abdomen dia dengan sebab batuk, ketawa atau bersin, usus akan terkeluar melalui lubang tu. As the specialist told us, as long as the usus bole masuk balik, everything will be ok, unless when the usus got block that will cause a problem. Usus akan block dan bole jadi gangren. And the specialist also said, normally it will naturally heal by the age 2 to 3 years or more.

Tapi semalam, dr kata the hole still there even bonjol tu dah tak berapa nampak sgt, and he give another 6 month observation, if nothing changes maybe Nurin will undergo the surgery and that is not a good option. Surgery tu terpaksa dibuat sebab bila Nurin semakin besar dan muscle tu tak joint gak, takut-takut la the usus will get block.

Here, in my blog, I need your prayers my friends. Doa yang muscle tu akan bercantum, doa yang usus will not get block, doa that Nurin will not to undergo the surgery and doa that both of us, hubby and I will be strong enough to face and get through this.

Monday, September 26, 2005

Alahai anak mama...

Kejadian ni berlaku pagi tadi, masa dalam lift sebelum pegi HUKM for Nurin's follow up appoinment. Hari ni aku dari rumah adik ipar kat Gurney. Bila dah sampai tingkat 3 kat mana kitaorg parked the car, pintu lift pun terbuka. Supposely i press the 'open' button rite?, Instead i pressed the 'close' button and what happened is, Nurin dah keluar, mama dah babah tertinggal kat dalam!

I what like.."Eh, apsal pintu ni, apsal dia tutup nih??" (padahal aku sendiri yg tekan that 'close' button), i was scared, panicked and started to cry.

Lift tu plak, dah turun tingkat 1, turun lagi Lower Ground, i just felt stupid and how careless i am. What a mother i am let lost her dotter easily!! If anything happen to my child, i will not forgive myself!!

Bila lift to sampai tingkat 2, aku dah dengar suara Nurin jerit panggil 'Mama..mama' dengan suara yang dah nak menangis. Sampai je tingkat 3, elok je Nurin ada depan pintu lift and she was smiled when she saw me. Aku lak terus peluk dia and said sorry to her. It was a relief to see her again! Aku takleh bayang kalau apa-apa terjadi, rasa cam nak melempang diri sendiri, macam mana la benda ni bole berlaku.

Dulu-dulu pun pernah bila pintu lift terbuka, Nurin just ran in, nasib baik kitaorang sempat tahan pintu lift dari tertutup, kalau tak ntah sampai mana-mana la budak tu. Bila fikir-fikir balik, i always take everything for granted, bila Nurin dah pandai jalan and berlari, takyah nak hold her hand anymore, just perati je, but then budak kecik, mana la tahu bahaya ke, apa ke. So, today experince is really a much needed-lesson to me, and when i told mak, mak said to dukung Nurin everytime masuk dan keluar dari lift. (mak marah aku gak masa tu for being so careless..huhhuhu...)

p/s: Alhamdulillah, nothing happened to Nurin and also her medical check-up showed nothing serious. Hopefully she will heal naturally, insyaAllah and thank God for gave a cute precious dotter of mine, Alhamdulillah!

Friday, September 23, 2005

Beli beli, jgn tak beli...

" Weh, tenguk la...cantik tak?"

" Ok la, eh, cari la yang muncung dia tajam sket"

" Iskk...yang tajam tu, cucuk anjing pun bole kan?"

" Alah, tak sempat nak cucuk pun, anjing tu kan, dari jauh je nampak kasut ko yang tajam munjungnya ni, dia dah minta ampun!"

Muahahahahahaa.....

....eerrr..btw, tak pasal-pasal di hari Jumaat yang mulia ni, aku 'terbeli' sepasang sandal dan sepasang kasut. Camne nak buat ek, takleh tahan godaan la, offer la katakan..heheh..

Wednesday, September 21, 2005

Cik Ana Choco Chip


Kat mana-mana saja aku dah nampak sampel kuih raya dan borang tempahnya. So this year i will help my sister in law buat dan jual kuih raya yang dia buat. Btw, cookies, cakes, muffin etc.. yang Ana buat memang sedap [don't worry dear, this promo is for free..;)].

Well, sesape yang dah rasa kuih tu, jangan la segan silu nak meng'order' yek. Sesape yang nak rasa, do call me and u can taste it while stock last! And believe me, kalau tak dapat rasa pun, insyaAllah memang sedap!

p/s: Kalau korang nak tahu, aku kena sembunyikan the biskut sebelom hubby (...err...dan aku sendiri jugak) 'simpan' simpan dalam perut...heheh)

Oh ya, tempahan juga bole diterima di luar musim perayaan, untuk minum petang ke, untuk hadiah ke, dan kalau untuk hantaran, kitaorg akan buat decoration sekali.

Game over!!


Sekarang ni, ada satu fenomena kat lab aku, everybody sibuk main games...eerr yahoo games. Baik officer ke, supporting staff ke., kalau ada masa terluang atau sengaja 'meluangkan masa' mesti dok depan pc main game. Dulu-dulu diaorang main Zuma, sekarang ni main Chuzzle lak.

Buat masa ni, memasing sibuk 'menyekor' who will get the highest mark. Siap ada scoreboard lagi tuh! Masa aku menaip entry ni pun, labmates sebelah aku tengah sibuk main. Katanya tensen nak buat keje, tapi aku rasa bila tak score tu lagi tensen.

Tak kisahla nak main apa pun, cuma yang buat aku guilty...eerrr...aku yang perkenalkan Chuzzle tu pada diaorang...huhuhu....

Tuesday, September 20, 2005

Cik Syedah's convocation

Nurin in her 'convocation robe' (one day, it will come true, insyaAllah!). Jubah tu punya la labuh, melerat-leret ke lantai

Very delicious...nyummm..nyumm...(Nasib baik sempat amik gambar lauk pauk tu sebelom 'diselamatkan').


Pre-makan berdamai, Syedah with 'her master' during her celebration lunch. And her 'master' came all the way from Singapore just to be with her on her big day...isn't it sweet? ;)

....sambungan....


Sebenarnya, takde idea nak citer pasal gambo-gambo kat atas tu, cuma ingat nak share gambo-gambo je, but since ada yang tanya, citer la sikit, ok?


Selepas selesai konvo Syedah hari Ahad tu, kebetulan dah tengahari, jadi parents in law ajak la lunch sekali, celebrate sekali la tuh. Setelah dipersetujui bersama, kitaorang pun decided nak try makan kat Restoran Nelayan Titiwangsa. Hari tu punya la ramai orang kat sana, takut gak takde tempat kat restoran sebab kitaorang terus pegi tanpa reservation.


Alhamdulillah, berkat duit mak ngan babah nak belanja kot...hehe...ada la tempat untuk kitaorang. Lunch tu kitaorang pilih 'set'. Set yang kitaorang pilih tu, Set D (kalau tak silap) untuk 7-9 orang makan. Ada nasi, 6 hidangan lauk pauk, sepinggan buah-buahan dan air teh cina unlimited. Kalau tenguk gambao lauk pauk tu, dari kiri Mongolian Tofu, Asparagus goreng belacan, Chicken with Cashew Nut (tapi aku tak jumpa pun cashew nutnya), Siakap with Apple Sauce (manis giler, kalau kat gambo tu, ikan tu sedang 'dibedah saiasat' dek Syedah and her master) , Tomyam Campur dan Sizzling beef. And all this only cost you RM128.00 but of course la tak termasuk segala cukai mukai tuh. After all, aku rasa worth it sangat sebab sedap! Ye la, cuba korang bayangkan, siakap tu je panjangnya macam keyboard. (..hah, apa lagi tgk la keyboard korang).


Normally kalau kitaorang, selalu mesti licin pinggan, macam tak cukup-cukup, kali ni, makanan siap tolak sana sini, Hubby tolak kat aku, aku tolak kat Ana, berpusing-pusing atas meja. Apa pun the lunch was great and i think Syedah also had a great day. Congratulations Syedah!

Sunday, September 18, 2005

Alahai cucu...

Tekun Nurin tenguk Tuk Aki melukis, kesian Tuk Aki, cucu punya pasal, mengantuk letak tepi.

Senario satu ; dengan Atok Batu Pahat :

"Nurin, toksah kacau atok ek, atok nak study, nanti nak exam"

"...tok..ekzeemm..ek??..."

Aku ajak Nurin naik atas, tinggalkan abah yang sibuk menelaah, maklumlah exam lagi 3 hari. Aku terus ke dapur, tinggalkan Nurin dengan Uncle Mad tenguk tv. Tak lama kemudian bila aku keluar dari dapur, aku nampak abah dah sibuk bermain dengan Nurin.

"Eh bah, kan tadi baca buku, dah abis ke?"

"Emm..malas lah, bukan masuk pun kat kepala, baik main ngan Nurin, kan Nurin"

Aku "???....."


Senario 2 ; dengan Tuk Aki Johor Bahru :

"Atuk, jom arr..meh..meh..." Nurin mengejutkan Tuk Aki yang terlelap sebab keletihan. Maklum, petangnya baru sampai dari JB, malamnya berjalancari barang, maunya tak letih. Cucu plak baru dapat buku mewarna dengan pensel warna, so berkobar-kobar la belajar mewarna.

"Dah la tu Nurin, Tuk Aki penat tu, toksah la kacau"

"Jom..jom..mari sini, Atuk tunjuk" Bapak mertua aku terus bangun, mengajar dan meneman Nurin mewarna. Aku malu jugak, ye la, kesian kat babah, mesti dia penat, tapi cucu punya pasal, dia layan gak.

*************************

Dari dua senario tu, menunjukkan betapa kasih sayang seorang atuk kepada cucunya yang tak berbelah bagi, kalah anak sendiri. Aku perhatikan, Nurin memang dimanjai oleh parents kitaorang. Maklumla, cucu sulung for both side and the only one for this moment, pada siapa lagi kasih sayang tu nak dicurahkan?

Kadang-kadang tu, tension gak bila Nurin buat salah, ada orang yang back up untuk dia, tak pun kitaorang segan gak nak marah Nurin depan diaorang. Nurin plak sekarang ni, bila kena marah ngan pandai pulak mengadu!..iiskk....

Apa pun begitu lah kasih sayang atuk pada cucunya, ini mengingat aku pada arwah atuk belah mak aku, kalau dia rindu kat aku, sanggup mengayuh basikal bertopi koboi dari rumahnya ke rumah aku, kadang-kadang tu waktu panas terik tengah-tengahari buta. Jumpanya sekejab je, agaknya dapat lepas rindu, jadilah. Dan yang paling tak ku lupa, Atuk akan bawak gula-gula telur puyuh. Gula-gula tu sama bentuk dan rupanya macam telur puyuh, tapi kecik sikit la.

Buat yang bergelar atuk di luar sana, aku mewakili cucu-cucu kalian, terima kasih di atas kasih sayang yang kau curahkan!

Thursday, September 15, 2005

Seminar

Satu hari berseminar, satu keje pun tak buat, satu kepala sarat dengan segala maklumat dan satu perut penuh dengan segala macam khasiat! Honestly, aku dah tak larat, nak balik tapi hubby dah tak abis keje lagi...mmm...

sambungan.....

Satu hari berseminar semalam, tak sempat nak check email, blog pun dapat masukkan satu entry je, tak sempat nak berbloghop..

seminar semalam tu pasal satu company ni GE, nak kenalkan product baru, product baru nak launch. dia jemput bos aku sebab kitaorg dah beli beberapa equipment dari GE ni, jadi cam courtesy gitu. bos aku pulak, bawak staf2 dia temasuk aku (baik bos aku nih, sayang tul aku kat dia, walau pun dia cuma bos kecik je, tapi aku lebih respect dia lebih dari bos besar)

seminar tu kat jw marriot putrajaya, tak ramai yg dtg, tak sampai 20 org pun and fyi semua perempuan!. tak penah aku rasa sronok sgt pegi seminar. untuk pagi semalam, ada 2 lectures, setiap satu tak sampai pun 1 jam, pastu penceramah dia pun best, sikit2 buat lawak, she is from sweden. between lectures siap ada games and quiz dan ada hadiah sekali.

coffee break pagi tu, diaorg bagi kuih lapis, croissant berinti ayam dan murtabak. aku amik sebiji je setiap satu sebab pagi tu pun dah breakfast. kenyang gak la. pastu bila lunch aku makan lauk-pauk je, pelik kawan2 aku tgk aku tak makan nasi, tapi tu la dah masih kenyang, jadi aku makan lauk je la. yang kelakar tu masa minum ptg, ada brownies, croissant (kecik2) berinti tuna dgn taugeh (pun kecik2) dan popiah. semua sedap! lepas makan bila nak balik tu, tetiba pihak penganjur bagi tupperware, dia kata "amik la, tapau the food, byk ni, jgn tinggalkan kalau bole"..kitaorg puzzled gak, ye la, mana ada hotel yg buat macam ni. bila nampak muka kitaorg camtuh, pihak penganjur kata, " don't worry, i yang request"..well, tapau je la...heheh

the best part is, aku dapat kenal scientist, lecturer dan students yang kebanyakkannya buat research sama macam aku. jadi bole la berkenal-kenalan sambil bertukar2 pendapat.

walau pun tak menang apa pun kuiz, dapat la gak bawak balik sauvenir dari pihak penganjur. Mmm..mesti korang rasa apsal pihak penganjur cam bermurah hati je, seminar tak payah bayar, buat kat hotel pastu siap bagi hadiah lagi, hah! kalau korang nak tahu, satu equipment yang kitaorg beli je harganya dah dekat suku juta, itu baru satu, sejak dari tahun 1998 hingga tahun ni dah ada 3 alat tu kat sini, jadi mesti la byk profit yang diaorg dapat. setakat nak bagi free lecture, makan ngan hadiah, takde masalah sgt. btw, all the services and the accessories pun kena buat dan beli ngan diaorg, thats way diaorg mampu buat seminar macam tuh.

apa pun, best sgt semalam, all in one!


Wednesday, September 14, 2005

Ubi rebus....


Sarapan hari ni, aku bawak ubi rebus cicah dengan sambal tumis atau makan ngan ikan kering. Pekena plak dengan kopi o pekat...mmm...nyumm...nyumm.Punya jauh aku bawak ubi tu, dari kampung! Macam la kat sini takde, bukan apa kebetulan pegi pasar hari tu ada orang jual, borong je la.

Mesti korang perasan, aku asik citer pasal makan dan upload gambo makanan je kan..Hmm...nak wat camne, orang suka makan la katakan. Tapi yang paling aku suka, aku suka masak dan kasi orang makan, rasa puas sangat bila orang makan makanan aku, bila habis lagi aku suka.

Bila member-member ada resepi baru, aku suka gak nak me'nerai' especially masakan yg aku blom brape mahir nak memasaknya. Kalau ada masa, aku cuba sampai pandai camne nak masak pastu kekadang aku alter resepi dia ikut sesedap rasa.

Tapi sekarang ni, aku dah jarang masak. Takde masa, tak cukup bahan, malas atau just sebab dah bersihkan dapur, rasa sayang lak nak 'mencemari' kekilatan dapur tuh..heheh..(alasan je tuh..)

Tuesday, September 13, 2005

Asam pedas kepala ikan


Salah satu masakan mak aku yang paling aku suka, asam pedas, apa pun dimasak asam pedas, bila mak aku yang buat, memang best! Tapi balik kampung kali ni, aku teringin plak nak makan asam pedas kepala ikan duri / mayong. Kepala je tau, daging-daging tak mau, sebab kat kepala dia pun banyak isi sebenarnya.

Aku sampai rumah mak aku petang Jumaat, bila abah aku balik keje, kitaorang terus makan. Esok pagi-pagi aku, mak, abah dan adik pegi pasar, kena pegi pagi-pagi sebab hari cuti ramai orang kat pasar, takut takde parking. Hubby tinggal kat rumah basuh keta, Nurin plak masih tido.

Kitaorang beli kepala ikan, ikan terubuk, ikan kembung, ikan tenggiri dan segala macam jenis sayur. Abah plak, pegi cari sarapan, sekali sekala anak cucu balik, dia beli nasi lemak, mee dan meehoon goreng dan kuih muih...mmm....nasib baik ada 2,3 benda yang takde, kalau tak bole buat breakfast buffet.

Tengahari tu, mak masak asam pedas kepala ikan, ikan tenggiri goreng dan kangkung goreng belacan. Pergghh...sedap tak terkata asam pedas tu, masa aku tulis entry ni, macam nak menitik air liur. Aku makan nasi sikit je, sebab nak meratah asam pedas. Hubby plak tenguk je, takde perasaan, maklum la hubby tak suka makan kepala ikan, sebab tu bila balik KL, aku masak apa yang hubby suka makan je, makanan kegemaran aku kena tunggu balik kampung atau kalau ada geng, bole la aku masak makan sesama.

Friday, September 09, 2005

Revenge...i don't think so...

"Akak, ada citer ni, bila akak naik?"

"Lambat lagi la A**. Citer apa? Kenapa?"

"Takpe la, nanti saya turun"

Hai..ntah apa la budak ni citer kat aku tu. Mesti ada la yang sensasi tu. Sejak aku buat keje kat lab ni, aman sikit hidup, tak banyak gangguan, keje pun bole focus. Tu yang kekadang terlepas citer-citer yang sensasi lagi terkini. Tapi takpe, reporter tak bergaji ramai, citer-citer tu sure sampai kat aku gak.

Dalam pukul 5 , bila semua keje dah habis, masuk je lab, aku nampak dah Si A** dok tersengih-sengih…mmm…nak bercerita la tuh.

"Hah! Apa dia yang A** nak citer tadi?"

"Alah kak, Kak N tu, dia tanya saya tadi"

"Tanya apa?"

"Hmm…dia perasan dah, apsal akak dah tak ‘mesra’ lagi dengan dia cam dulu, akak senyap je skang ni, dia tanya kenapa?"

"Dah tu, ko jawab apa?"

"Saya kata la, iye ke?, Saya tak perasan pun"

"Hahahhaha….paadan muka, Ko pun satu, pandai dah berlakon yek skang nih, buat-buat tak tahu konon.."

"Biasa la kak, nak idup..heheh.."

Well, I think she deserved it, ye la, sape suruh buat ‘ta*k’ ngan aku. Actually Akak N tu satu masa dulu, selalu la bertepuk bertampar dengan aku, shared makanan dan kongsi la segala yg bole dikongsi. Tapi dalam diam-diam, rupa-rupanya talam dua muka, bawak mulut sana sini, memburuk-burukkan aku. Aku la, punya la buta dan pekak, tak sedar pun dia buat semua nih, pada aku.

Yang nampak dan dengar lak, diam je, tenguk je dari jauh aku diperkotak-katikkan. Aku pun tak salahkan diaorg, it’s a burden juga untuk diaorg, ye la, takkan senang-senang je dia nak cakap kat aku, yang Akak N tu buat macam-macam kat aku, kang nanti dikatakannya pulak diaorg ni, batu api. Jadi, jalan tengahnya, diam je, sampai akhirnya aku sedar sendiri.

Hai bodoh tul rasa diri aku nih, mudah sungguh dibuat dek orang. Bak kata hubby ngan kengkawan, aku nih baik sangat. Takde la baik camne, tapi aku rasa, kita patut la layan orang dengan baik, berbaik sangka, jangan busuk ati, ntah apa la yang aku buat, kakak tu tak puas hati ngan aku, ntah apa juga yang diirihatikan….mmm….

Apa yang patut aku buat? Takkan aku nak balas dendam, tak kose! At the end, aku jauhkan diri dari dia. Kalau dulu waktu breakfast, aku selalu gak share makanan, skang ni, aku makan sensorang, tak pelawa pun. Kalau dulu, dari jauh aku dah tegur sape dia, skang ni, kalau terpandang muka, aku senyum je la, itu pun aku rasa sumbing semacam je. Kalau dulu, memacam aku tegurkan dia, ada je topic yang nak dibualkan, skang ni, nampak je muka dia, aku pegi tempat lain, kira kalau bole avoid, memang avoid la makcik sorang nih. Agaknya, sebab tu la dia terasa kot.

Dalam dok macam tu, sempat plak dia tanya dengan one of our senior, apsal aku jadi macam tu, maksudnya kenapa aku cuba jauhkan diri dari dia, korang nak tahu apa jawapan senior tu? (lebih kurang la cam ni yang dia cakap)

"Hah! Tu la kak, mulut tu main sedap cakap je, asik jaga tepi kain orang, sebab tu la Noha jadi camtuh"

Huh! Amik ko!, Kena sebijik. Dengar citernya, kakak senior tu pun dah dengar banyak citer pasal Akak N ni, dia pun dah tak larat dengar orang sana sini mengadu. Tu yang bila kena waktu yang sesuai, sedap je la dia melaser…heheh…

Masalah, aku memang macam ni, aku akan jadi kawan yang baik, pendengar yang setia, sanggup buat apa saja demi nak menolong kengkawan, TAPI, hah ada tapi nih, kalau sekali aku kena tipu, kena ‘kenc*ng’, mmm…jangan harap la aku nak percaya dengan orang yang buat aku tuh, Maybe aku bole memaafkan dia, tapi untuk menerima dia semua, NO WAY JOSE!

That’s why la aku jauhkan diri dari dia, aku rasa takde gunanya aku berkawan baik dengan dia, Actually dah 2 kali sebenarnya dia buat aku. Tenguk tu, 2 kali tau, tapi kali pertama tu, kononnya aku bagi peluang la kat dia, maybe aku blom kenal dia sangat dan dia pun cam tu gak. Rupa-rupanya, peluang yang aku bagi, sia-sia jek. Jadi seblom jadi untuk kali yang ketiga, baik la aku buat camni. Bila fakir-fikir balik, takde pekdah pun aku kawan dengan dia sebenarnya. Dalam team work, ok la, tapi dari segi friendship yang sebenar, takde ertinya...tak guna..hampasss…itu je yang aku bole kata.

Walau macam mana pun, I take this as a lesson, pengajaran yang paling berguna dalam sejarah hidup aku. Baru la aku dapat menilai yang mana intan, yang mana kaca. Alhamdulillah, ini juga salah satu ujian dan petunjuk dari Allah. Lepas ni, aku akan lebih berhati-hati dalam berkawan.

Hmm….panjang entry aku kali ni, maklumlah, rasa cam lama je aku tak post something kan? Tapi sekali post, hah ko, panjang berjela! Takpe, kasi lama sikit korang baca. Sebab petang ni aku cuti dan sampai Isnin. Balik kampong membawa duka nan lara…chewwaahh…Takde la, aku dah tak amik pot pun pasal kakak tu, apa nak jadi pada dia, sukati ler, pepandai ko ler… Aku balik kampong ni, nak jumpa mak bapak dan sedara mara terchinta. Lama dah aku tak balik, last ari tu 1 Mei lepas.

So, panjang umur jumpa lagi Selasa depan ek. Kalau ada internet access kat umah, bole aku update hari-hari. Bole la citer ngan korang apa yang aku makan kat rumah, maklum la jumpa mak, mesti makan pun sedap2 kan?...heheh…

Ok la, selamat berhujung minggu, sape yang balik cam aku, berhati-hati di jalanraya. Sape yang tak tu, buat la apa-apa yang patut.

Babaiiii….

Tuesday, September 06, 2005

Dengan menyebut nama Allah

Dengan Menyebut Nama Allah

Dengan menyebut nama Allah
Jalani hidupmu
Yakinkan niatmu
Jangan pernah ragu

Dengan menyebut nama Allah
Bulatkan tekadmu
Menempuh nasibmu
Ke manapun menuju

Reff:
Serahkanlah hidup dan matimu
Serahkanlah pada Allah semata
Serahkanlah duka gembiramu
Agar damai senantiasa hatimu

Oleh : GIGI


Ini la lagu yang korang tengah dengar kat blog aku nih. Lagu ni pertama kali aku dengar dari blog Kak Atenah...ya sifu yang mengajar aku camne nak upload lagu dalam blog. Sekali je dengar lagu nih, terus tangkap cintan, Yang pelik tu, aku takde plak dengar lagu ni kat mana-mana stesen radio setakat ni.

Aku penah buat entry pasal lagu ni dalam bulan Julai lepas, tapi masuk tu aku tak pandai lagi meng'upload' lagu, jadi aku je nyanyi sensorang tapi muzik iringan.

Sekarang ni, best je la..anytime aku bukak blog aku, aku akan dengar lagu nih....sampi hafal tuh lirik dia.

Dalam entry ni, aku nak tujukan lagu ni untuk Kak Atenah, dengan ucapan, terima kasih kerana sudi menjadi sifu kepada diriku ini, juga semoga akak tabah berada di perantauan..chewaahh... Juga ditujukan buat Edy, rakan karaoke kat lab...dengan ucapan, jom kita nyanyi sesama, biar langit yang cerah jadi mendung..heheh...oh ya, btw, langit kat luar sana pun dah redup je, maklumla, kitaorang baru jek berduet nyanyi lagi Bagaikan Sakti...Edy jadi M. Nasir..aku?..eh..sure la Siti Nurhaliza..ooppss.. of course la bukan rupa yek, sebab aku dah cukup comel, suara tu yang penting...

So guys, harap korang suka dengar lagu ni.

Pose istimewa

Nurin sekarang ni suka betul berposing, tengah buat apa pun dia akan berhenti kejap untuk bagi pose menarik la kononnya. Tapi kalau kita lambat sangat nak aim untuk amik gambar dia, cepat je dia jadi boring.
Lagi satu, kegemaran dia sekarang suka takut-takutkan orang terutama Cik Ana dia. Dah tu Cik Ana pun sama, suka melayan, konon-konon takut la bila nampak Nurin buat muka 'menyeramkan' macam kat bawah ni.
Lepas aku amik gambar ni, aku cuba tunjuk kat dia, tahu pulak dia takut menjerit-jerit lagi. Tapi pastu dia buat lagi, terpaksa la mama dia ni, lari sambil jerit "..Aaaa...takut..mama takut..." Nurin pun suka la, sebab kononya dia dah berjaya takutkan orang.

Nurin dengan muka yang menyeramkan....hii..hiii..hiiihiii...(sound effect)

Friday, September 02, 2005

Bubur cetil

Korang penah makan / rasa / tenguk bubur nih. Some of Johorean penah kot. Kat tempat aku, bubur ni dipanggil bubur cetil atau bubur candil. Dibuat dari tepung pulut. Very easy to make and very easy osso to eat, like suap-suap, telan, suap-suap telan.

There is 2 version of this bubur, satu yg color hitam putih camnih, satu lagi yang bijik-bijik pulut tu warna warni, but the taste sama jek.

Punya la teringin nak makan bubur nih, aku makan 3 mangkuk sekali hadap!...heheh...nak buat dia sikit punya malas, sebab kena gentel bijik-bijik pulut tuh, tapi bila makan tu, berbaloi sangat dengan kesedapannya...mmm...nyumm..nyumm..

Just for u...


Sejak mem'blogging' 4 bulan lalu, satu lagi pencapaian yang aku dapat hari ni...amacam, best tak lagu kat blog nih? Untuk itu, aku tujukan lagu Bagaikan Sakti ni, khas untuk Kak Atenah, tepuk!...tepuk!....

IT maiti ni, bukan la bidang aku, jadi bila belajar dan buat sesuatu yang baru tuh, semacam je rasanya, bangga pun ada gak ...hehe... Mula dengan shoutbox, pastu upload gambo, la ni upload lagu, aku rasa satu peningkatan yang baik untuk orang macam aku ni. Lagi pulak, aku bukan selalu dok depan pc nak godek itu, godek ini, but, bila sekali aku buat, insyaAllah, aku akan buat sampai dapat!

Buat Kak Tenah, thank you so much! and love u too...muahss..muahss...(err...deal yang lain tu, kita discuss later ek?)