Friday, July 29, 2005

Pagi Jumaat...

Pepagi aku dah kejut hubby, hari ni kena bangun awal sikit sebab nak singgah pasar tani sebelum sampai opis. Bila hubby dengan Nurin dah siap, diaorg turun dulu sementara aku masih nak pakai tudung.

Dalam seminit dua diaorg turun aku masih tak dengar lagi bunyi enjin kereta dihidupkan. Maybe nak tunggu aku kot. Lepas pakai tudung, pakai setokin, kunci rumah, terus turun bawah. Sampai bawah...aikk...apsal bukak boot keta lak ni (boot depan, eerrr..org panggil boot ke..ntah??)..aiseyy keta rosak ke? Aku sampai, hubby kata bateri keta kong.

Nasib baik ada sorang abang tu, balik keje shift malam, dia tolong tolakkan keta sampai enjin hidup dan berpesan jangan sampai enjin mati semula, cecepat cari kedai keta untuk tuka bateri. Pepagi pukul 7.30 tu mana la ada kedai keta bukak, terpaksa la kitaorg melilau ke sana ke mari dulu.

Dalam pukul 7.50 pagi tu, nampak la satu kedai ni, baru separuh je pintu dia bukak. Kitaorg terus singgah. Hheheh...tak sempat nak makan lagi cina tu, ntah-ntah gosok gigi pun tidak, kitaorg dah tertonggok depan kedai.

Alhamdulillah, pukul 8.15 pagi, everything settle, kitaorg pun meneruskan la perjalanan ke tempat keje. Sesungguhnya, sape la kita nak menjangka sesuatu tu akan terjadi kan?...

Thursday, July 28, 2005

The Garden

Come to the garden alone, while the dew is still on the roses.....


FOR THE GARDEN OF YOUR DAILY LIVING :

PLANT THREE ROWS OF PEAS :
1. Peace of mind
2. Peace of heart
3. Peace of soul
PLANT FOUR ROWS OF SQUASH :
1. Squash gossip
2. Squash indifference
3. Squash grumbling
4. Squash selfishness
PLANT FOUR ROWS OF LETTUCE :
1. Lettuce be faithful
2. Lettuce be kind
3. Lettuce be patient
4. Lettuce be really love one another
NO GARDEN WITHOUT TURNIPS :
1. Turnip for meeting
2. Turnip for service
3. Turnip to help on another
TO CONCLUDE OUR GARDEN WE MUST HAVE THYME :
1. Thyme for each other
2. Thyme for family
3. Thyme for friends


Water freely with patience and cultivate with love. There is much fruit in your garden because you reap what you sow.

*...from a friemd of mine...*

Wednesday, July 27, 2005

Soto

Sejak gomen cuti setiap Sabtu nih, terasa banyak pulak masa kat rumah. Apa nak buat ek? Maybe bole la aku masak apa-apa yang aku teringin tapi tak sempat nak buat sebab selalu je takde masa.

Sabtu dulu (kalau tak silap, masa Nek Jah meninggal) aku berkira-kira nak buat soto. Jumaat semalamnya dah beli ayam kampung and all the ingredients. Semua memang dah ada, nasi impit Nona, rempah soto dan aku fikir bergedil nak buat sendiri jek.

Kebetulan, pagi Sabtu tu hubby keje, jadi aku berdua je dengan Nurin. Siap telefon adik aku, ajak lunch sesama nanti. Lepas breakfast, aku keluarkan ayam dan semua bahan-bahan. Nak dijadikan citer, bila aku tenguk tarikh luput pada rempah soto tu, rupa-rupanya dah setahun expired!! Aku langsung tak perasan, yela, lepas mak bagi tahun lepas, terus sumbat dalam peti sejuk. Eh! Jangan kata aku tak kemas peti sejuk pulak, kemas, cuma tak terperasan tarikh luput rempah soto tu.

Apa lagi, aku heret la Nurin pi kedai, 3 kedai, satu pun takde jual rempah soto. Kedai Cina kan, soto pun ntah diaorg tahu ke tidak. Dengan frustnya aku balik rumah, tapi still bersemangat nak buat soto jugak. Aku pun called mak, tanya camne nak buat rempah soto. Lepas salin resepi, aku tidokan Nurin supaya senang aku nak ber'kuntau' kat dapur nanti.

Dengan selawat dan Bismillah, aku pun start la blend rempah, rebus kentang, siang taugeh..etc. Nasib baik aku dah rebus nasi impit pagi-pagi lagi, jadi tengahari nanti, bole la angkat. Dalam hati kata, kalau tak jadi soto, jadi sup pun ok la, macam soto jugakkan?

Tumis rempah, masukkan air, rebus dengan ayam sekali, bila ayam empuk angkat. Tambah gula, garam aku pun rasa...emm...eh..rasa soto la..heheh...menjadi nampaknya. Ok la tu, so kuah dah siap, aku teruskan dengan goreng ayam dan buat bergedil.

Akhirnya, dalam pukul 3 everything siap, dan yang bagusnya, Nurin tido sampai aku habis masak. Tunggu hubby balik, panggil adik aku, kitaorg pun makan. Alhamdulillah, menjadi soto aku, dan adik kata bergedil aku sedap sekali, dia ingat aku beli, heii! See the leg la... Cuma kitaorg tak dapat menikmati soto dengan berselera sebab masa tu aku baru je terima berita kematian Nek Jah. Hubby tak nak makan mulanya, tapi aku paksa. Bukan apa, takut nanti banyak keje nak buat, tapi letih dan tidak bertenaga, at least makan tu bole la buat alas perut.

Aku bercadang bila buat open house nanti (ntah bila tu ?...heheh) nak buat soto je, senang sikit. Tinggal tambah meehoon dan mee, jadi sape tak makan nasi impit bole la tuka makan mee. cuma bila nak buat tu, tak tahu la. Nanti kalau aku ada masa, aku bagitau korang ek, bole la rasa soto aku ni, sedap ke tak?... *wink*

Tuesday, July 26, 2005

Hati-hati melintas yaa...

Bila dengar radio Era pagi tadik, kajian mahasiswa/wi UPM menunjukkan bahawa hanya 7% ibu bapa yang memegang tangan anak mereka semasa melintas jalan dan kanak-kanak ini masih blom bole mengagak, jarak kenderaan yang menghampiri mereka.

Teringat masa kecik-kecik dulu, aku adalah anak yang selalu ikut abah pegi mana-mana kalau dia keluar. Pegi kedai ke, pegi opis ke, pegi sapan pepagi..etc.. Dan kalau nak melintas tu, abah akan pegang 'kejab' pergelangan tanganku. Dulu masa kecik-kecik, terasa amat kasar sekali pegangan tangannya, tapi nak buat camne, selagi tak sampai di seberang abah takkan lepaskan pegangannya. And i believed all of ur fathers do that to u too, rite?

Sampai la aku dah beso ni, dah keje, abah masih pegang pergelangan tangan aku kalau nak melintas jalan. Tapi kali ni, perasaan aku rasa sangat berbeza. Apa yang aku rasa, kasih sayang abah yang hanya mahu memastikan keselamatan anaknya, mengalir ketika tangannya memegang pergelangan tangan ku membuatkan aku rasa sangat terharu dan aku yakin aku dapat menyeberangi jalan dengan selamat! Betapa aku berharap suatu hari nanti, kalau abah sudah tidak mampu mengagak jarak kenderaan yang datang semasa melintas jalan, aku berada di sisinya untuk memegang tangannya dan membantunya melintas dengan selamat.

Walau pun abah jarang mengucapkan kata sayang pada aku dan juga adik-adik, tapi aku rasa ini lah salah satu cara dia menunjukkan kasih sayangnya. Untuk itu, kat sini ingin sekali aku menyatakan bahawa aku amat menyanjungi dan menyayangi seluruh jiwa dan ragaku. Abah, u are the best father i ever had!

Sekarang bila dah kawen, hubby pulak mengambil alih tugas tersebut, memastikan aku dan Nurin selamat walau kat mana pun kami berada.

Monday, July 25, 2005

Makan Cik Syedah...ggrr..

Senario : Di meja makan kat rumah Gurney, waktu makan malam selepas balik dari pasar malam di Jalan Tunku abdul Rahman...

"Nurin, no!, Jangan buat macam tu" Syedah menegur Nurin for her misbehave masa makan tu, aku pun tak perasan apa la yang cik kecik tu buat.

"...Ggrrr...Auum!!.." semua orang terberhenti makan terus memandang Nurin, terkejut beberapa saat sebelum everybody ketawa melekek-lekek.

"Eh...buat macam tu pulak??!" Syedah punya la terkejut, sampai terbeliak mata dia.

As a mother , aku pun terkejut, dari mana la Nurin belajar buat macam tu, iiskk....malu gak aku ngan Syedah, macam tak pandai jaga anak pulak. Tapi pada pendapat aku la, agaknya bila dah kena tegur tu, Nurin bengang kot, tapi takkan nak marah atau nak melawan Cik Syedah dia kan, so bila dia 'mengaum' tu, agaknya itu cara dia nak meluahkan kegeraman/ kemarahan/ kebengangan dia kot...heheh..ntah la...apa pun semua org tergelak dan terperanjat, how can she react like that??...sighh....

Sudahnya, bila takut kena marah, pada aku juga la, my doter yang kiut miut tu mengadu...eemmm....

Sunday, July 24, 2005

Shopping-shopping

Aku suka betul kalau pegi Kl hari Sabtu, sebab ada pasar malam kat Jalan Tunku Abdul Rahman. Sejak dok bercouple-couple dengan hubby sampai skang, kalau ada kesempatan, kitaorg akan pegi sana. Bak kata Astro, macam-macam ada, itu yang aku bole gambarkan apa yg ada kat pasar malam tuh. Ada kain baju, barangan perhiasan, buku, barangan elektrik dan off course makanan la yang paling banyak.

Dah terlanjur pegi Gurney semalam, aku bercadang nak pegi jalan TAR, tujuan utama nak pegi Nagoya beli baju raya. Eh....awl sgt ke? Takde la...baik korang beli skang. sape yang nak beli kain la, sebab, satu skang tengah Mega Sale dari 23hb Julai sampai 4hb September. Dua kalau nak menempah baju, tailor masih lagi bole menerima tempahan, kalau tak korang beli je baju siap atau pakai baju tahun lepas. Dan pengalaman-pengalaman aku pasal mega sale nih, kalau pegi lambat-lambat barang yang baik atau yang cantik sure abis cepat.

Kitaorg pegi Nagoya dulu, memula beli kain untuk hubby, nasib baik tak cerewet, cepat je dah dapat. Tengah belek-belek kain untuk mak aku..."Mama, nak susu..."...aiseyyy....potong stim betul la. Aku minta tolong hubby layan Nurin, pegi balik keta buatkan susu atau beli Vitagen. (A million thanks for u, sebab lepas tu aku bole sambung melayan cari kain...heheh..).

For your info, kain murah-murah sangat. Maklumlah selama ni aku beli kain ngan kawan yg jual kat lab, bila semak balik harga, lebih kurang sekali ganda harga kalau beli terus. (Dengan ini aku berjanji, tak nak lagi beli kain kat lab!). Tapi bila dah ada kat kedai kain, aku jadi mabuk! Semua kain cantik, semua corak menarik...iisskk....rambang mata dibuatnya. Yang gulung pun cantik, yang gantung pun cantik...tooolooooonngggg...

Akhirnya, konon nak beli baju untuk mak, hubby dan diri sendiri, beli juga baju untuk mak mertua dan babysitter. Ye la, belikan mak, mesti la belikan mak mertua, ye tak. Tapi segan juga, takut la taste mak mertua tak sama, harap-harap dia suka apa yang kami pilih. Babysitter lak, memang every year aku belikan baju, jadi belikan sekali, pasni takyah pikir-pikir.

Pastu, kitaorg pegi pasar malam cari dinner. Sampai Gurney, Ana ngan Syedah dah kelaparan, diaorg dah buat maggi goreng pun. Dinner malam tadi kitaorg makan maggi goreng, laksa penang, nasi lemak, rojak Singapore dan kerepok lekor...ppergghh...sekali-sekala berkumpul, makan jeee kejenya, memang hancur lebur la kalau ada niat nak berdiet tuh...heheh...(peringatan pada diri sendiri..huhuhuuuu....).

Konon-konon nak balik umah malam ni juga tak jadi, sebab hubby pun dah kepenatan nak drive. Ana pun pujuk suruh tido Gurney dan Nurin pun macam nak pengsan. Akhirnya, sehingga la entry ni ditulis di pagi Ahad ni, aku masih lagi Gurney dengan baju tido, belum berkemas nak balik dan hubby tengah main PS!!!

Makan-makan

Semalam (Sabtu), dah janji ngan adik ipar aku, Ana nak lunch kat Gurney. Kebetulan aku memang nak pegi Kl, jumpa Mak Ngah, selesaikan tempahan bracelet. Aku akan bawa makanan sket dari rumah dan aku minta Ana masak sket sebagai tambahan.

Ana ada urusan kat UM pagi tu, dia minta datang lambat sket dan Syedah tak jadi pegi Banting sebab demam. Bila dah kata lambat tu, aku ngan hubby leka-leka la kat umah, siap sempat tido lagi tu after breakfast...heheh...Kitaorg bangun pukul 12 tgh, terus bersiap. On the way, Syedah dah tepon, tanya kat mana sebab diaog dah lapo. Kitaorg pun lapo gak, tapi sesak lak jalan raya tengahari buta ni. At the end, lebih kurang satu jam baru sampai Gurney.

Sampai je, Ana dah hidang makanan atas meja.."Kami dah lapooo...."...heheh... Tengahari ni, kitaorg makan rendang ayam kampung, ulam pegaga dan kacang botor serta sambal belacan. Yang ni aku bawak dari rumah. Ana lak masak nasi, sup sayur, kobis goreng, ikan dori goreng dan tempe goreng. Nasib baik aku bawak sambal kicap bole la buat cicah tempe ngan ikan.

Walaupun Syedah demam, semua orang termasuk dia makan dengan berselera sampai kebanyakan makanan abis! Yang tinggal ulam, sambal belacan dan sambal kicap, itu pun sebab pedas sgt, kalau bole hirup, sure sambal pun abis. Alhamdulillah, lepas makan semua orang terlentang jadi ikan paus....heheheh....

Friday, July 22, 2005

Kawan atau Lawan

*...tazkirah di petang Jumaat...*

Rasulullah saw memberi peringatan kepada umatnya agar berhati-hati dalam memilih teman berdasarkan kepada sabdanya yang bermaksud: "Seseorang itu menurut agama sahabatnya, oleh itu seseorang Muslim itu hendaklah berhati-hati dengan siapakah yang harus dia pilih sebagai sahabat?". (Hadith riwayat Ahmad)

Sabda baginda yang lain bermaksud: "Teman yang baik itu adalah seumpama seorang yang membawa haruman kasturi. Walaupun kamu tidak dapat memilikinya, namun kamu dapat juga menghidu bau harumnya. Bandingan teman yang jahat itu seperti seorang (tukang besi) yang menggunakan alat hembusannya. Biarpun kamu tidak terkena habuknya yang hitam, akan tetapi kamu terkena juga asapnya." (Hadith riwayat Abu Daud)

Seorang ahli hikmah pernah menyatakan: Sesiapa yang ingin bersahabat dengan lapan jenis manusia, maka akan bertambah lapan pula akibatnya.

1. Sesiapa yang berkawan dengan dengan orang kaya, maka akan bertambahlah cintanya kepada dunia.

2. Sesiapa yang bersahabat dengan orang-orang fakir miskin, maka akan bertambahlah rasa syukur dan redha dengan rezeki yang diperolehnya.

3. Sesiapa yang bertemankan pemimpin, maka akan bertambahlah sifat sombongnya.

4. Sesiapa yang bersahabat dengan wanita, maka akan bertambahlah keinginan kepada perhiasan dan nafsu syahwatnya.

5. Sesiapa yang bergaul dengan anak-anak atau kanak-kanak, maka akan bertambahlah sifat suka bermain dan membuang masa.

6. Sesiapa yang bersahabat pula dengan orang-orang fasik, maka akan bertambahlah keberaniannya untuk berbuat dosa dan menangguhkan taubat kepada Allah.

7. Sesiapa yang suka bergaul dengan orang-orang yang soleh, maka akan bertambahlah keinginannya untuk taat kepada Allah.

8. Sesiapa yang suka berkawan dengan ulama, maka akan bertambahlah ilmu dan sifat warak.

Sekian, Wallahu a'lam.

*...from a fren, thru email...*

Swarovski crystal

Hari ni ada pelawat dari Pahang, apa lagi, mengemas lab la kitaorg, susun poster, susun sample, sapu sampah and etc. Tunggu punya tunggu, pukul 11.45 pagi pun tak sampai lagi, aku pun ajak la labmates aku ni pegi kantin, beli lunch. On the way to our lab (another lab), jumpa Cik M nih. Aku memang nak cari dia dia sebab I wanna doing business with her dan luckily dia free masa tu. Aku pun amik la Swarovski crystal bracelet dari lab terus pegi lab dia.

Ramai la orang kat lab Cik M nih, ada yang nak tempah design camtu, ada yang nak tempah design camni, ada yg nak color merah, ada yang nak color purple, tengah sibuk-sibuk terangkan itu ini kat diaorg, tiba-tiba “Assalamualaikum… Ok, silakan masuk..bla…bla…bla…” eh!..suara pengarah tu.

Immediately, As dan Mas rapat kat kanan dan kiri aku, memasing capai segala contoh-contoh bracelet yang ada atas meja tu campak masuk dalam another kotak yang besar sikit, tutup dan suruh aku simpan. Kebetulan pulak, pintu masuk tu kat belakang kitaorg, jadi dia tak nampak la apa yang kitaorg buat. Cik M pun cecepat sambut pengarah “Oh..silakan masuk Dr,..eem…kami sedang pilih-pilih biji padi nih….”. (Memang la ada sorang budak tu tengah pilih-pilih padi, tapi dia sorang je, yang lain tengah ralit tenguk bracelet!)

Aku dengan As, bagi sign kat diaorg yang kat lab tu untuk keluar dan setengah jam lepas tu everything cleared, baru aku masuk lab tu semula untuk ambil sampel-sampel bracelet yang aku sembunyikan tadi...*sigh*…nasib baik la pengarah tak nampak, kalau tak silap-silap kena buang keje..heheh…(iiskk..takut pun ada!)

Tu la sebabnya aku tak suka nak jumpa orang for business waktu office hour, tapi masa tu la orang-orang ni free, jadi kena la pandai-pandai meng’kaber’….macam mana pun tak sesia la aku pegi lab tu, at least dapat la 2 tempahan.. :)

Sebenarnya, aku baru je cuba-cuba nak jual bracelet ni awal bulan ni, saje nak test market kat tempat keje aku nih, sebab bracelet yg guna www.bead-azzled.com/os_swar_info.htm">Swarovski crystal ni mahal kalau jual kat luar (shopping complexes or boutique). Bracelet ni Mak Ngah aku yang design dan buat sendiri, bole la jual murah-murah je dan bole bayar 2,3 kali. Kalau beli kat luar kena bayar cash, tu yang most of my friends tak mampu, tapi teringin nak pakai Swarovski crystal.

As for me, aku tak le suka sgt dengan batu-batu crystal ni, tapi my mother and sisters in law fanatic betul! Sikit sebanyak kena gak la tempiasnya, dapat la seurat dua dari diaorg, even my hubby pun ada belikan pearl and crystal bracelet. Ingat nak tempah juga la sepasang dengan Nurin, bole la kitaorg bergaya sedondon….*wink*

Thursday, July 21, 2005

Petai

Hari ni, aku masak nasi goreng, jadi semua org = my hubby, my doter and me bawak bekal nasi goreng. For me plus petai sebagai ulam. What??!! PETAI??!

Heheh…aku memang suka makan petai, tak kira la, buat ulam cecah sambal belacan , sambal tumis petai atau pun sambal goreng yang dibubuh petai, apa saja yg ada petai, aku makan. Walau pun aku ngan hubby makan apa saja, tapi this petai thingy my hubby tak suka. Tak kisah la, aku suka, aku sorang je la makan. Aku rasa ‘bau’ petai tu yang dia tak suka kot, but as for me, bau dia tu yg best selain dari rasanya.


For your information, menurut WIKIPEDIA (Ensaiklopedia bebas : http://ms.wikipedia.org/wiki/Petai ), Petai adalah tumbuhan asli di Malaysia dan negara-negara Asean yang lainnya yang beriklim panas lembap. Pokok Petai masih lagi boleh didapati tumbuh liar di hutan.

Nama saintifik petai ni ialah Parkia speciosa dan is termasuk dalam keluarga Leguminosae. Pokok Petai boleh tumbuh setinggi 30 meter ., dan kebanyakan terdapat di hutan atau bukit.

Buah Petai berbentuk panjang dan nipis, tumbuh serumpun pada satu tangkai utama. Buah yang cukup tua, boleh berukuran sehingga 50 cm panjang. Pada satu papan buah, terdapat antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang sepanjang buah. Biji-biji inilah yang dimakan kadang-kadang mentah dan kadang-kadang dibakar.

Buah Petai dipercayai mempunyai khasiat untuk mencegah penyakit
kencing manis dan mencuci buah pinggang, dan ini bukan reasons aku makan petai, aku mmg suka petai walau pun seblom aku tahu apa khasiatnya.

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air , banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Dan hari ni aku makan nasi goreng dengan petai yg dicicah dengan budu plus tempoyak...heheh...pelik ke?...takde yang pelik, aku asal ok je ngan tekak, semua aku telan. Sebab tu la aku nih ‘comel’ je...hahah....(baca :masih tak nak ngaku gemuk lagi tuhh...). Tak kisah la aku macam mana pun, asalkan hubby sayang aku, Nurin sayang aku, kawan-kawan bole terima aku seadanya, itu sudah memadai dan yang penting, walau pun aku ‘comel’, aku tetap menjaga kesihatan dengan bersenamrobik, brisk walking dan diet. ‘Comel-comel’ pun ada orang sayang apa, ok la tuh...heheh...syukur Alhamdulillah..

So kengkawan, sesape yg tak penah makan petai atau tak suka petai including my hubby dearie, try la...sedap woooo.....

Wednesday, July 20, 2005

Comel

Semalam, kitaorg pi jogging / brisk walking kat Bukit Expo UPM, ada la dalam setengah jam. Takleh nak lelama sebab sampai sana pun dah pukul 6.00 ptg. Cuaca skang yang mendung dan hujan, pukul 6.30 tu dah macam nak Maghrib.

Memula kitaorg jejalan dulu ikut trek jogging. Ramai jugak yang berjogging petang-petang ni, dan kat padang tengah-tengah Bukit Expo tu ada orang main bola. Tapi kebanyakannya bebudak UPM la. Rasa-rasanya kitaorg je satu family, agaknya weekdays jadi orang luar tak ramai.

Seronok sangat, satu sebab dapat luangkan masa untuk Nurin. Budak kecik tu apalagi, happy la dia. As working parents, kitaorg tak banyak masa untuk Nurin on weekdays. Dalam pukul 7.45 pagi dah anto dia kat umah babysitter, pukul 6.00 ptg baru amik, kalau awal pun pukul 5.45 ptg. Selalunya dalam kereta je dapat berbual-bual, bergurau senda dengan dia, sebab bila sampai rumah, nak masak, mengemas dan kalau Nurin tido awal, kejab je dapat main-main ngan dia.

Yang kedua, cuaca yang redup, nyaman je semalam bila lalu bawah-bawah pokok yang rendang kat Bukit Expo tu. Dengan burung-burung yang sibuk berterbangan balik ke sarang. Dan Nurin everytime dia nampak burung, dia akan kata " Bye bird, nak alik". Sebenarnya, nampak apa-apa pun macam bas, burung, komuter, kapal terbang, dia akan kata macam tu...heheh..

Dan yang buat aku happy, seronok, eemm...bangga la jugak, setiap kali kitaorg bawak Nurin berjalan, Nurin pasti akan menarik perhatian orang. Dengan matanya yang bulat, pipi yang tembam dan mulut yang ramah-tamah, orang yang lalu sebelah kitaorg normally akan berpaling kali kedua untuk melihat Nurin, dan yang akan keluar dari mulut diaorg "Eeiii...comelnya budak tu". Dan bila diaorg bye-bye dengan Nurin, for sure Nurin akan balas balik, tu yang orang suka.

Aku ngan hubby selalunya senyum je, ye la nak buat apa lagi ye tak? Tapi risau juga kalau anak kita ni selalu sgt menarik perhatian orang, ye la, kalau orang sekadar nak tenguk je, takpe la, takut la kalau 'terberkenan' la pulak...iiskk...nau'zubillah!!

Apa pun kitaorg bersyukur dapat baby cam Nurin, yang comel, keletah, manja, pandai amik hati dan bole dikategorikan baby yang mudah diajar dan mengikut kata mama dan babah dia. Doa dan harapan kitaorang, Nurin membesar menjadi anak yang taat pada Allah dan ibu bapa, solehah, bersopan santun, bijak dan apa-apa jua yang baik, insyaAllah.

Tuesday, July 19, 2005

Aerobik?...Jogging?...

Sepatutnya aku ada kelas aerobik hari ni, tapi rasa tak nak pegi la. Satu, kalau aku pegi kelas hari ni, aku kena bayar yuran untuk satu bulan punya sessi aerobik, jadi kalau aku tak pegi, takyah la bayar dulu, sampai la aku mula balik , katalah bulan depan.

Kedua, hari ni aku dapat sampel lambat, pukul satu tengahari baru buat labwork, habis pun lambat, jadi aku keletihan skang ni. Dah la letih buat labwork, tambah lagi dengan terlompat-lompat dan terkinja-kinja kat kelas aerobik kalau aku pegi nanti, mau pengsan aku malam nih!!

Ketiga, sebab aku dah dating dengan hubby Sabtu lepas, aku dah janji ngan Nurin nak bawak pi jogging hari Ahad esoknya, nak dijadikan citer, kitaorg bangun lambat, dan ptg Ahad tu ujan, jadi takleh kuwa. Jadi aku dah tepon hubby, instead of aku pi aerobik, kitaorg nak bawak Nurin pi jogging / brisk walking kat Bukit Expo UPM. Kat situ ada trek jogging dan ada playground jugak, jadi bole la kitaorg bersukaria nanti.

Ok la korang, jumpa lagi, hubby dah called, jab lagi dia sampai....

Monday, July 18, 2005

Jejalan

Lama tak jalan berdua-dua dengan hubby, so last Saturday, aku anto Nurin kat umah babysitter. Kesian dia, dia cam tahu je nak kena tinggal, asik nak berkepit je. Nasib baik masa kat umah babysitter tu dia nak turun dari keta, kalau tak mmg angkut je la dia sekali.

Lepas anto Nurin terus pi kl, jumpa Mak Ngah kat Kg Baru, ada business sikit, bila dah selesai pi Gurney lak, jumpa adik-adik ipar aku. Kebetulan, Ana pun nak kuwa, kitaorg anto dia kat Times Square. Dah alang-alang kat situ, kitaorg pun decided nak melepak kat situ gak. Dulu penah pi dengan Nurin sekali, masa tu naik monorail, tapi tak la berjalan sakan, sebab bawak budak kecikkan, tak larat nak melayan karenah dia. Kali ni puas gak la, turun naik escalator, tenguk sana, tenguk sini, pastu tgk org nak roller coaster, yang naik menjerit, aku pun menjerit sama. Eeii...best la, tak tahu bila nak naik, tgk tiang dia bergegar-gegar, kalau aku naik camne la agaknay ek??..

Seronok gak jalan berdua, tapi most of the time asik ingat Nurin je...hehe...rasa bersalah plak berjalan tak bawak dia. Takpe la, sekali-sekala bagi la chance mama ngan babah dia dating. Yang seronok tu, hubby layan macam masa bercouple-couple dulu, aku cerita dia tenguk je muka aku...hehe...naik segan lak. Maklumla, skang ni kalau berjalan, nak cerita, cerita je la, mana sempat nak tenung-tenung, mana nak makan, mana nak menyuap makanan, mana nak layan Nurin lagi...tapiiii....

...... nak dijadikan citer, sabtu tu aku punya first day p*riod, sakit la wehh.... aaiii....jadi, tak best sikit la ......eemm..nampak gayanya kena plan lagi la nak berjalan nihh.

Lagu masa berjauhan

You Were There

I guess you heard,
I guess you knowIn time I'd have told you, but I guess I'm too slow.
And it's overly romantic but I know that it's real
I hope you don't you mind if I say what I feel.
It's like I'm in somebody else's dream,
This could not be happening to me.

(Chorus)
But you were there, and you were everything I'd never seen.
You woke me up from this long and endless sleep.
I was alone.
I opened my eyes and you were there.

Don't be alarmed, no don't be concerned.
I don't want to change things
leave them just as they were.
I mean nothing's really different
It's me who feel strange.
I'm always lost for words when someone mentions your name.
I know I'll get over this for sure
I'm not the type who dreams there could be more.

(Chorus)
But you were there, and you were everything I'd never seen.
You woke me up from this long and endless sleep.
I was alone.
I opened my eyes and you were there.

Can I take your smile home with me,
or the magic in your hair?
The rain has stopped,
the storm has passed
Look at all the colors now the sun's here at last.
I supposed that you'll be leaving but I want you to know
Part of you stays with me even after you go.
Like an actor playing someone else's scene
This could not be happening to me.

But you were there, and you were everything I'd never seen.
You woke me up from this long and empty sleep.
I was alone.
I opened my eyes and no, I'm not alone, I'm not alone.
I opened my eyes and you were there.

by Southern Sons

Dolu-dolu, masa memula berkenalan dengan hubby, dia dok kat JB, aku lak school kat kl, jadi dia selalu la bagi lagu-lagu jiwang. Dapat lak boipren yang sentimental ni, jadi dapat la lagu-lagi yang bole 'terbuai' perasaan dibuatnya...heheh... Salah satu lagu yang ditujukan untuk aku kononnya lagu ni la... ye la, memasing dah jauh, dok layan lagu je la. Hubby lak masa tu rajin betul, jadi toke cetak rompak jab, dapat lagu best, dia burn dlm cd, pastu copy kat kaset, bagi kat aku, tiap-tiap bulan aku dapat kaset cetak rompak dari dia...heheh...kalau dia buat business mesti dah kaya. Dalam setahun, ada la sekali je dia tak bagi kaset, kiranya aku ada 11 buah kaset je la, sebab lepas tu dia dapat keje kat kl, jadi takyah la bagi kaset lagi, dia bole menyanyi untuk aku setiap kali kitaorg jumpa...hahaha....

Friday, July 15, 2005

Kena ngorat??

Pagi ni, berkobar-kobar nak pegi keje, sebab nak pakai baju baru...hehe...pelikkan? Pakai baju baru pun, rasa berkobar-kobar. Aku mmg macam tu, kalau pakai baju baru ke, kasut baru ke, handbag baru, perasan jadi lain, itu yg nampak la, even kalau aku pakai baju dalam atau seluar dalam baru atau cantik pun, rasa cantik/ bersemangat gitu...hehehe..

Hari ni kan 15hb, macam yang korang tahu, setiap 1hb dan 15hb gomen kena pakai baju batikkan? So, ari ni aku pakai la baju batik yg baru je aku amik dari tempahan, baju kurung kedah kain terbelah lagi. (takde la nampak betis aku yg putih gebu ni, kecuali la aku sengaja langkah panjang-panjang atau aku tergolek dog!)

Lepas punch card, macam biasa aku jalan la ke lab, tetiba aku dengar, "Phewwittt". slow je macam dengar tak dengar je. Aku tak pandang la, nanti kata aku perasan pulak, aku terus je la jalan. Then "Phewwitt" sekali lagi, kali ni kuat sikit, lagi laju aku jalan. elok sampai je depan pintu lab, "PHEEWWIITT!"..tu dia, punya la kuat, aku pun toleh....laaa...ada 3 orang tengah tenguk aku, 2 daripadanya akak kat lab aku ni, tengah ketawa terkekeh-kekeh...eeiii...sabo je la aku...aku tahu la aku 'lawa' ari, tapi jgn la nak ngorat sampai satu bangunan bole dengar. Tapi takpe, rasa ceria la di pagi Jumaat yang mulia ni, ye la...pagi-pagi dah ada orang ngorat! *wink*

Wednesday, July 13, 2005

Menarik tentang Nurin

Lama aku tak citer pasal Nurin kan? Aku sibuk sikit 2, 3 hari ni, banyak nak citer tapi takde masa nak mengarang depan komputer. Hari ni, aku nak citer apa-apa je pasal Nurin.

- Kalau Nurin terkent*t, cepat-cepat dia kata "Oh Ooo, sowi" sambil senyum tersipu-sipu.

- Makan apa je yang kitaorg makan even sambal. Budakkan payah nak larang, so, go ahead, nanti dah pedas, berenti la dia.

- Kalau dia minta sesuatu contohnya makanan atau minuman, dan nak jadikan citer both tak sesuai untuk dia, kitaorg akan kata "Nurin, air / makanan ni tak sesuai untuk kanak-kanak, ini untuk mama dan babah je" dia akan terkebil-kebil pandang kita dan sambung balik apa dia buat. Pheww!!..So far, dia terima lagi la alasan tu.

- Kalau dia nakal sangat atau menangis tak tentu pasal (mengada la nih), hubby akan angkat bawak masuk dalam bilik, tutup pintu. Memula dulu dia menangis, tapi lama-lama dia diam je. Yang kelakar tu, selagi tak kasi keluar, bole plak dok diam dalam bilik. Penah sekali aku jenguk dia kat dalam bilik, nampak je muka aku "Mama, please..kuwa??" (Mama, please, nak keluar)....heheh..kelakar tul...

- Pantang nampak orang berkemban lepas mandi, dia akan kata " Aluuu...shame.."..laaa sape suruh tenguk? at the end kita plak yang 'termalu'..iiskk...

- Kalau nampak buai kat taman permainan, terus nyanyi 'buai laju-laju' sambil buat tangan menghayun buaian gitu.

- Kalau peluk orang, lagaknya macam orang dewasa, siap tepuk-tepuk lagi belakang orang yang dipeluk.

- Yang paling tak larat tu, pandai sgt berlakon, contohnya, walau luka sikit, melolong mcm nak rak!

- Di kalangan keluarga sebelah hubby, orang panggil Nurin 'kental' . Bukan apa, Nurin ni badannya tough, berketul-ketul tapi takla gemuk. Bila orang tanya "Sape kental?" cepat-cpeat dia angkat tangan.

Sekarang Nurin dah 2 tahun 5 bulan, bila nampak baby seronok sgt, tapi bila tanya nak adik tak, 'Tak nak!" masam terus muka dia (nampak muka cam tergugat gitu). Aku pun tak tahu bila nak menambah anak, bila kengkawan bersalin, rasa teringin, bukan takut bersalin, tapi bila mengenangkan masa pregnant yang teruk tu buat aku fobia. InsyaAllah, ada rezeki nanti, ber'adik' la Nurin...*smile*...

Tuesday, July 12, 2005

Lirik best..

Dengan Menyebut Nama Allah

Dengan menyebut nama Allah
Jalani hidupmu
Yakinkan niatmu
Jangan pernah ragu


Dengan menyebut nama Allah
Bulatkan tekadmu
Menempuh nasibmu
Ke manapun menuju


Reff:
Serahkanlah hidup dan matimu
Serahkanlah pada Allah semata
Serahkanlah duka gembiramu
Agar damai senantiasa hidupmu


Oleh : GIGI

Pertama kali aku dengar lagu ni dari blog Atenah. Sekali dengat terus jatuh cinta! Dan bila aku renung balik, betapa betul lirik tu dengan kehidupan seharian kita. Dan sepatutnya itu la yang kita perlu lakukan. Tenang sekali bila dengar lagu tu. Korang bole pi melawat blog Atenah ni kat www.atenah.blogspot.com untuk dengar lagu ni dan korang bole juga baca blog dia yang tak kurang juga menariknya.

Sunday, July 10, 2005

Diintai..??

Bila aku bukak blog ari ni, kat 'comment' pada last entry ada somebody tinggalkan 'nasihat' kat situ. Ok la tu, bagus nasihat tu. Tapi bila aku fikir-fikir balik...eemm...sudah ada pembaca lain rupanya blog aku nih. Ye la, aku tak harap pun org lain yg tak aku kenali baca blog ni, sebab blog ni bukan 'apa-apa', sekadar luahan rasa hati, pengalaman, petua, cerita yg aku nak kongsi dengan kengkawan aku. Cuma aku risau la gak, bila org yg aku tak kenali, maybe 'somebody', kebebasan untuk bersuara sudah tidak ada lagi. Nak tulis apa-apa pun rasa cam tak sedap ati je, mana la tahu bole menyinggung perasaan sesape ke? Padahal kat sini la gak tempat kalau aku nak luahkan perasan marah / benci / kecewa pada seseorg tanpa perlu dia mengetahuinya.

Walau pun 'anon' tapi ada juga 2,3 nama yg bermain dalam kepala otak aku ni, tinggal la takleh nak confirm sebab org tu tak tinggalkan jejak. Anyway, terima kasih banyak-banyak atas nasihat yg berguna tu. Bole aku buat untuk muhasabah diri aku ni, ye la...aku pun bukan betul sgt, maybe ada kekurangan yang aku tak nampak. Apa-apa pun, aku enjoy ujung minggu nih, kepala mmg berserabut sikit, tapi takpe, prinsip aku jgn dipikirkan sangat, buat sakit kepala jek....ok la korang...jumpa lagi nanti....

Friday, July 08, 2005

Geram!!

Hari ni, aku marah sgt (semalam sebenarnya)…marah yang amat dan sakit hati juga. Kalau la sakit hati ni, bole dilihat dlm bentuk fizikal, sure korang bole nampak dada aku ‘berlubang’ sebab sakit hati!

Sebenarnya, aku marah kat ‘beberapa’ org, tapi bila fikir-fikir balik, yang beberapa orang ni sebenarnya hanya la orang yg menjadi mangsa / hanya mendengar cerita tanpa mengetahui sama ada cerita itu benar atau tidak. Yang menjadi ‘hantu’nya, sorang kakak yang tak sedar diri, perasan bagus dan kononnya dia dia je yang betul.

Mati-mati la aku percaya pompuan ni baik, dalam pada tu bole dia kata aku yang bukan-bukan / cerita yang tak baik, siap bagitau semua org dan yang paling aku sedih dia bagitau bos aku. Punya la aku berusaha menjaga nama baik aku, menjaga reputasi aku, senang-senang je dia ‘kencing’kan aku, si*l punya pompuan!!!

Yang aku geram tu, pompuan tu tak tahu cerita yang dibuat tu ntah betul ntah tak, bukannya nak berdepan ngan aku. At least, kalau betul aku buat salah, berdepan la dengan aku, beritahu aku, nanti aku tahu la apa yg aku buat salah dan aku betulkan la, ini tak sukati dia nak cerita kat org sana sini. Dulu ada sorang akak tu pun kena gak dgn pompuan ni, tapi masa tu aku just rasa mungkin salah paham, but then bila kena pada batang idung aku sendiri, baru la aku tahu pompuan macam mana dia nih. She’s just like a piece of SH*T!!…memang ta*k pun!!

Well, aku rasa semalam mmg hari dia, takpe, aku yakin Tuhan Maha Adil, kalau dia tak dapat pembalasan kat dunia, cari la aku kat akhirat nanti. Bagi aku, takde lagi kepercayaan pada dia, musnah, hancur, lebur!! Susah aku nak maafkan dia, kalau aku maafkan sekali pun, dah ‘terlabel’ kat dahi pompuan tu, ‘pompuan-yg-takleh-dipercayai’, sorry to say that.

And sorry to you guys, terpaksa baca kegeraman aku, kemencarutan aku….aku tak suka sebenarnya buat macam ni, tapi aku terpaksa sebab lubang kat dada aku makin besar, kalau aku tak buat macam ni, aku takut terbawa-bawa rasa sakit hati aku di hujung minggu ni, dan ini tak adil buat my dear hubby and daughter. Aku nak happy je hujung minggu ni, aku nak enjoy with my family. Semoga Allah pelihara kehormatan, nama baik kami sekeluarga, lindungi kami dari kejahatan dan fitnah, aminnn…

Monday, July 04, 2005

Nek Jah

Hari ni aku nak citer pasal nenek hubby sebelah mak dia..eerr...maksudnya mak kepada mak mertua aku.(faham tak?..kalau tak, ntah la..tak tau camne lagi aku nak explain).

Aku kenal Nek Jah ni dah lama, sejak memula berkenalan dengan hubby aku lagi. Kiranya aku jumpa Nek Jah dengan Tok Sha'aban (hubby Nek Jah) sebelum aku jumpa bakal mak bapak mertua. Sebab masa tu aku blajo kat kl, hubby bawak la jumpa tok ngan nenek dia dulu since parents dia kat jb.Kononnya, kalau dah atuk ngan nenek dia 'berkenan' kat aku, nanti mak bapak dia pun 'on' je la...

Macam nenek aku, Nek Jah ni seorang surirumah sepenuh masa, sabar membesarkan anak-anak seramai 6 orang dan setia mengikut suami bertugas ke mana sahaja yang diarahkan sebab atuk ni dulu askar. Nek Jah yang aku kenal, seorang yang peramah, penuh berdisiplin dan bersemangat tinggi, mungkin juga sikapnya banyak dipengaruhi oleh atuk, seorang yang tegas dan berdisiplin.

20 tahun dulu, Nek Jah pernah diserang stroke dan hampir membuatnya lumpuh, tapi dengan berkat kesabaran, berusaha berubat di mana-mana sahaja, semangat untuk meneruskan kehidupan seperti orang lain, mampu buat Nek Jah berjalan semula. Namun setelah diserang stroke buat kali ketiga telah menyebabkan Nek Jah hanya mampu terlantar dipembaringan selama setahun 7 bulan, akhirnya Nek Jah telah menghembuskan nafas yang terakhir di hospital pada Sabtu bersamaan 2 Julai 2005, pada pukul 3.15 petang.

Walaupun pahit, walau pun kami semua menyayanginya, tapi Allah lebih menyayangi Nek Jah, Nek Jah pergi dengan tenang dan kami redha, doa kami semua, semoga Nek Jah ditempatkan didalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh serta semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Al-Fatihah...