Wednesday, June 29, 2005

Kawan

Semalam, lepas aerobik, bila aku check hp aku, ada 2 kali missed call, tapi aku tak kenal sape. Pastu ada message gak, bila aku check..laa...my bestpren masa satu program masa blajo dulu. Eeeii...seronok aku sebab lepas tu dia tepon aku balik, byk gak yang kitaorg citer.

Kawan aku ni, Put, keje jadi cikgu kat sebuah sekolah kat Mersing. Last aku jumpa dia masa majlis kawin aku, 3 tahun dulu. itu pun takde la sembang mana, maklum la, aku kan pengantin, kena la kontrol ayu...heheh... Dia pun, lepas makan, tenguk aku bersanding, ucap selamat gitu gini, terus balik. Kiranya rindu la gak kat dia, dah lama tak jumpa kan?..

Aku kenal Put masa matrik kat Sunway, kitaorg duduk satu bilik dalam satu rumah. Aku rapat sikit ngan dia, pi kelas sesama, makan sesama, makan biskut cicah teh o sesama, byk la juga benda yg sesama kitaorg buat, kecuali mandi je tak sesama, bukan tak bole cuma bilik air kecik, aku masuk je dah penuh.. ;)..

Put ni, lemah lembut orangnya, tapi punya semangat dan cita-cita tinggi, dia ni anak sulung, kiranya menjadi harapan keluarga. Walaupun cuma sekali je jumpa mak dia masa anto dia kat matrik, tapi rasa kenal sgt dengan family dia. Lagi satu, Put ni sabo orgnya, selalu bagi nasihat yg baik kat aku, maklum la, aku ni kekadang bigor sket. Agaknya sebab tu la dia bole tahan berkawan dgn aku.

Pastu bila sambung degree, aku satu fakulti, satu jabatan dan satu kelas dengan dia, dari semester pertama sampai semester akhir, even buat thesis pun tajuk lebih kurang sama dan bila buat labwork mesti dari awal pagi sebab nak conquer semua benda kat lab tu (maklum la, barang-barang dlm lab bukan banyak, semua nak kena share, sape cepat dia la dapat). Kadang-kadang tu bila dia balik kampung, aku tolong buatkan keje untuk dia, bila aku balik kg dia plak buatkan keje untuk aku..hehe...pandai-pandai la kitaorg cover.

Kitaorg berpisah, sebab lepas abis labwork dan hantar thesis, aku dapat keje kat hometown aku, Aku pun balik la, lepas setengah tahun aku keje, Put dah nak apply master, tetiba dia dapat keje sebagai cikgu kat Mersing tu sampai la sekarang.

Entry kali ni memang aku dedicate untuk dia, aku rindu sangat kat dia. Semalam bila dia tepon, macam-macam aku tanya. Put baru je beli Wira SE, tak sampai sebulan pun, dia kata 'masih ketaq lutut nak bawak keta', bila tanya bila nak kawin, dia kata 'calon takde, mcm mana nak kawin?'. Aku harap, panjang umo, ada jodoh aku dapat jumpa dia satu hari nanti, dan aku doakan semoga dia lekas bertemu jodoh, aminnn....

Tuesday, June 28, 2005

Malas

Malasnya nak update, lagi pun takde cerita baru yang nak diceritakan..(elleehh..alasan je tu...heheh). Yang sebenonya aku dah sangkut dengan satu blog tu, ceritanya sungguh meruntun jiwa, bole menangis dibuatnya dan bole tergolek-golek ketawa. Kat umah takde line net, jadi bila ada masa je bole baca kat lab. Nanti la... kalau dah tak malas, aku try la menulis balik...heheh..

Thursday, June 23, 2005

Noah's Ark ...Bahtera Nabi Nuh laaa....

Aku dapat ni dari email, korang rasa betul tak?

Noah's Ark
Everything I need to know, I learned from Noah's Ark.

ONE: Don't miss the boat.

TWO: Remember that we are all in the same boat.

THREE: Plan ahead. It wasn't raining when Noah built the Ark.

FOUR: Stay fit. When you're 60 years old, someone may ask you to do something really big.

FIVE: Don't listen to critics; just get on with the job that needs to be done.

SIX: Build your future on high ground. SEVEN: For safety's sake, travel in pairs.

EIGHT: Speed isn't always an advantage. The snails were on board with the cheetahs.

NINE: When you're stressed, float a while.

TEN: Remember, the Ark was built by amateurs; the Titanic by professionals.

ELEVEN: No matter the storm, when you are with God, there's always a rainbow waiting.

Wednesday, June 22, 2005

Wanita hamba kepada suami?

Topik ni dulu, penah la kawan aku tanyakan pada aku dan kat bawah ni la jawapan aku.

Terlebih dahulu, aku nak beritahu korang, apa yg aku tulis ni berdasarkan pengalaman dan pembacaan aku, mungkin tak sama dgn apa yg korang lalui, dan semua ini adalah pandangan aku secara peribadi.

Sebenarnya, wanita tak akan menjadi hamba kepada suami sekiranya suami atau isteri tahu tanggungjawab masing2.

Kalau ko nak nak tahu, hubby aku tu dilahirkan dalam keluarga yg mendahulukan apa-apa jua keperluan / kepentingan org lelaki. Tapi seblom kawin, sejak couple2 lagi aku selalu tegaskan, zaman sekarang ni, pompuan ngan lelaki sama je, suami dan isteri bekerja mmg kena saling bantu membantu.

Asalnya, hubby dulu, semua keperluannya disediakan, selain ada pembantu (maid), nenek dia pun trained atuk dia macam tu gak, maksudnya segala keperluan disediakan. Tapi bila hubby kawin ngan aku, aku trus cakap ngan hubby, aku sebagai isteri akan menjalankan tanggungjawab aku selayaknya dan aku nak dia sama-sama membantu aku, sbb kalau dia bagi alasan penat bekerja, aku pun bekerja jugak, lainlah kalau aku tak keje dan dibiayai sepenuhnya oleh hubby aku… dan kalau isteri tidak bekerja sekali pun, suami sepatutnya memahami kepenatan isteri menguruskan rumahtangga dgn ringan tulang membantu isteri di rumah.. dlm hal anak pun sama jugak, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorg suami membantu isteri buat susu, tukar pampers, cebok anak sbb anak tu pun anak dia jugak.
(dlm hal ni, contoh terbaik ialah bapak aku, masa kitaorg baby, kalau mak aku keje mlm, sbb dia nurse kan…mlm dia akan jaga kitaorg walau pun makcik aku tinggal sama2, dan lampin kitaorg bapak aku yg basuh!)

Dan mmg rezeki aku, dapat suami yg tak ego, sanggup membantu isteri tanpa mementingkan diri sendiri, malahan boleh menerima teguran isteri. Sekarang ni, Nurin berak/ kencing, kalau aku sibuk, hubby akan tolong uruskan dan apa jua kerja rumah, Alhamdulillah, ringan tulang dia membantu aku.

Tipsnya kat sini :

Dalam sesebuah perkahwinan tu, pertama sekali mesti ada redha-meredhai dan yg paling penting ialah komunikasi 2 hala suami dan isteri. Sebagai isteri , kita berhak untuk menyatakan apa yg kita inginkan di dlm sesebuah perkahwinan itu. Pada dasarnya, seorg suami atau isteri tidak mampu atau tidak boleh mengubah sikap / perangai / habit pasangan masing2…maka timbullah give and take / tolak ansur di sini. Tolak ansur inilah sebenarnya yg mampu menjadikan seorang suami atau isteri itu ideal dan menepati citarasa di antara satu sama lain. Dan secara tidak langsung, tidak ada isteri yg diperhambakan suami kerana suami redha membantu isteri.


Dalam kes aku plak, aku ngaku aku mmg ngada-ngada, kuat merajuk, ego, aku jek yg betul dan sesungguhnya Tuhan tu Maha Pengasih, dia bagi hubby yang tahap kesabarannya cukup tinggi dan sgt memahami diri ini. Doa aku tiap-tiap hari agar aku mampu mengawal diri aku, berubah ke arah yang lebih baik dan hubby plak mampu bersabar dengan diri ini hingga ke akhir hayat kami, aminnn....



Tuesday, June 21, 2005

Weekend

Rasa lama betul tak update. Sekarang ni sibuk betul, practical student dah balik takde siapa nak tolong buat keje, semua kena buat sendiri macam dulu-dulu, takpe la sebab dulu-dulu pun semua buat sendiri tapi kalau buat sendiri ni lambat sikit.

Hari Ahad lepas, aku ajak hubby pi pasar tani kat Shah Alam, alah yang dekat dgn Stadium Shah Alam tu. Konon nak pegi pagi, siap kan itu ini, at the end pukul 8 lebih baru bertolak. Sampai sana dalam pukul 9 pagi, cuaca dah panas.

Untuk menyenangkan kitaorg, aku bawak basikal Nurin, nanti takde la dia nak minta dukung, suruh je dok dalam basikal then kitaorg tolak, tapi nak dijadikan citer dia nak jalan sendiri dan nak tolak pulak basikal tu, yang tak best tu, kitaorg jugak kena dukung dia.

Sampai-sampai je, orang memang dah ramai, parking pun penuh, kitaorg dapat juga la parking tapi jauh sikit dari tempat pasar tani tu, kena jalan. Ramainya orang, banyaknya kedai..puuhh...macam-macam pun ada! Patut la adik aku suka sangat pegi sini, macam-macam ada, barang pun murah. Dari barang keperluan macam tuala, selimut, sabun, sampai la ke sayur-sayur, barang-barang kering, kerepek dan of course la makanan. Bila nampak makanan ni, apa lagi, perut pun jadi lapo. Hubby beli kue tiow goreng dan popiah basah, aku beli nasi kerabu. Ingat nak cari telekung untuk Nurin, tapi mahal sgt dan penuh dgn sulaman.

Tak lama kat pasar tani sebab makin panas, aku tak tahan! Nurin pun dah merengek. Aku ajak hubby pegi Darul Ehsan Medical Center, nak melawat kawan aku bersalin. Kawan aku ni sama baya dgn aku tapi anak dah 3! Masa aku datang dia tanya juga bila aku nak tambah?...eemm...ntah la..hehe..bila tenguk baby dia...eii...geram betul, pipi dia montel sungguh!

Lepas melawat kawan aku tu, kitorg pi tasik Shah Alam, nak makan makanan yang kitaorg beli tadi. Lepas makan kitaorg pun bertolak balik, but on the way tu, hubby ajak singgah The Summit USJ, saje jalan. Kat sini macam aku jumpa benda tak senonoh, tapi maybe kat entry lain aku tulis, sebab aku nak sambung labwork aku.

Apa pun, kitaorg nak pegi lagi pasar tani tu sebab tak puas jalan, lagi pun kali ni kitaorg dah target nak beli apa dan yang paling penting, kitorg nak pegi berdua je..heheh...bole tak? Nanti Nurin kitaorg tinggal kat umah babysitter..alahh..bukan apa, panas, dia pun asik meragam je, at least kat umah babysitter dia bole main, tido dan makan dengan abang-abang dan kakak-kakak dia.(heheh...alsan je tu, sebenarnya mak bapak dia nak berdua-duaan...hahaha....)

Friday, June 17, 2005

Menu

Menu yang aku tahu setakat ini (pukul 1.50 petang, jamuan perpisahan tu kul 3 ptg), sate kajang, kek, keropok dan lain-lain (blom dapat dipastikan lagi).

Isskk...risaunya, asik makan je, dah le penimbang kat umah tu rosak (rosak sebab hari-hari yang timbang, orgnya 'comel-comel' belaka..hahhahah...). Bila penimbang rosak, takleh nak monitor berat, ye la, kalau berat sgt, takut nak makan byk-byk, nanti bila dah turun baru makan balik (errr...bole ke gitu...).

Yang lain-lain tu aku bole tahan, tapi sate kajang ni pantang, pantang nampak!! mesti nak makan, yang orang belanja atau jamuan punya lagi sedap..heheh..

Hari Jumaat yang mulia...

Hari ni aku pi keje bawak kancil sendiri. Pagi-pagi lagi dah berlaku kejadian lawak yang serba sedikit telah menceriakan hariku. Dalam perjalanan tadi, masa berhenti kat traffic light, tengah menyanyi dengan Nurin dalam keta, aku perasan pemandu sebelah keta aku melambai-lambai. Aku tenung macam nak rak, 'sape la cina sebelah aku ni, apa yang dia nak?'... Dekat satu minit gak la aku merenung muka dia sbb nak cam sape la orgnya. Sekali tu bila aku pandang keta dia, Kelisa warna oren.. laaa....adik aku rupanya...heheh...terukkan aku, kakak pun tak kenal adik sendiri. Tapi jangan la salah, adik aku sejak kawin ni, membesar bagai johan! Kalau tak terpandangkan kereta dia tadi, sampai lampu merah tuka hijau pun aku tak kenal dia agaknya...

Pagi ni, aku sibuk buat labwork dengan student practical org lain sibuk mengemas meja dan pinggan mangkuk. Hari ni last day student practical kat sini, so petang ni nak buat majlis perpisahan la kononnya. Tak tahu makan apa, sebab bila aku tanya jawabnya rahsia, tapi aku nampak nasi impit, soto kot??

Sebenarnya, byk gambo yang aku nak upload kat sini, nak kasi korang tgk, tapi aku masih baru dlm dunia mem'blogger'an ni, byk lagi yang aku tak tahu nak buat, nak blaja, aku tak punya byk masa dan satu lagi yang tak best umah takde line internet. Tapi takpe, gambo yang aku bole simpan, aku simpan, bila-bila kalau aku dah pandai, nanti aku letak gambo dlm ni.

Wednesday, June 15, 2005

Happy birthday to my Hunny Bunny!!


Dah lama aku nak update blog aku nih, maklumlah kat umah takde net, pastu bila naik keje Isnin ngan Selasa minggu ni, sibuk la pulak, skang ni aku lom sibuk lagi, kejab lagi sample sampai, tak duduk la aku.

Semalam 14hb Jun, hari lahir hubby yang ke 28 tahun. Malam sebelumnya, sementara nak tunggu pukul 12 mlm, aku tak timbulkan langsung pasal birthday dia, aku buat derk je, konon-konon tak ingat la, nak dijadikan cerita, aku tertido awal depan tv, aku sedar-sedar hubby dah tolong sidaikan kain, dah pasang ubat nyamuk tapi dia tak tido lagi sebab esoknya dia cuti 2 hari.

Aku pun bangun, gosok gigi, pegi cari hadiah (yang aku sembunyikan) yang dah aku beli sejak Jumaat minggu lepas. Untuk birthday tahun ni, aku belikan hadiah yang merangkumi hadiah hari lahir, hadiah anniversary (sebab the next day 15hb Jun, anniversary kitaorg la pulak) dan makan malam … aku belikan hubby seutas jam tangan sebab aku rasa, sejak aku berkenalan hingga la saat ini, aku blom pernah belikan dia jam tangan. Masa nikah dulu nak bagi jam tangan buat hantaran, tapi bapak mertua dah sponsor la plak.

Aku duduk bersila depan dia (hubby kusyuk tgk tv), aku hulurkan hadiah, ucap selamat dan kissed kat pipi. ‘Eh, apa nih?’’Bukak la tenguk..’..dia pun duduk dan bukak hadiah tu.. Amboi! Senyum sampai ke telinga bila dia tenguk hadiah tu, terus dia peluk aku..’Thanks yang, buat susah-susah je, mesti mahal nih’… aku senyum je, terasa puas sebab orang yang kita sayang menghargai hadiah yang kita beri.

Esoknya, lunch hour hubby bawa pegi makan kat The Manhattan Fish Market kat Alamanda, Putrajaya (aku suka makan kat sini, try la Grilled Platter dia, best!). Lepas tu kitaorg beli kek kat Secret Recipe (kat sini, kek dia best gilerrr...tapi mahal giler gak...), tapi makan kat umah dengan Nurin.

Hari ni, aku bawak pulut kuning kat lab, doa selamat sempena anniversary kitaorg yang ke 3 tahun. Yang tak best tu, aku tak betul-betul prepare nak buat pulut kuning tu, tak sangka masak lak pulut kuning yang aku tanak (first time tanak pulut kuning…heheh.), jadi takde la aku masak lauknya, aku beli je kari daging kat kedai, tapi karinye lak cair mair. Apa pun, Alhamdulillah, sepanjang tiga tahun ini, segala pahit manis, asam kecut, dapat dilalui bersama, aku berdoa agar perkahwinan ini kekal hingga akhir hanyat kami, InsyaAllah

Friday, June 10, 2005

Happy...happy...happy always...

Aku happy sangat hari ni (semalam, Khamis, 9hb Mei), sebab ada 3 perkara yang akan aku ceritakan nanti. Sekurang-kurangnya aku kini bertambah yakin bahawa Allah itu Maha Adil, Pengasih dan Penyayang. Kiranya sehari seblom ini aku diuji, ditimpa masalah, tapi hari seterusnya menjadi lebih baik dari semalam, Alhamdulillah!

Perkara pertama yang buat aku happy sebab aku telah buat orang lain rasa happy. Lepas dapat inai dari Kak S, aku cuba-cuba buat ukiran inai di tangan dan jari, rupanya bebudak lab nih suka sangat nak mencuba. Apa lagi, beratur la semua, lepas sorang-sorang aku lukis berbagai corak kat tangan. Walau pun pada akhirnya aku pening sebab byk sgt corak nak kena lukis dan maybe terlaku focus, at the end aku happy sebab orang lain happy, dan ini menjadi lebih bermakna!

Keduanya, mak aku called kata nak datang..yuuhuuu…bestnya! Alhamdulillah, aku rasa aku sangat beruntung, sebab aku masih ada mak bapak, mak bapak aku masih bekerja dan kuat. Walaupun setahun lepas kami ditimpa musibah (Amy meninggal dunia) tapi aku rasa hikmahnya, kami sekeluarga jadi lebih rapat to each other dan rezeki sentiasa mencukupi. Berbanding orang lain yang dah takde mak bapak dan tak dapat nak menunjukkan kasih sayang kepada mereka, aku sangat-sangat bersyukur kerana aku masih berpeluang melakukannya. Dan aku akan pastikan setiap peluang takkan berlalu dengan sia-sia…

Ketiganya, aku dapat berpoya-poya dengan best friends aku kat umah one of them. Sejak memasing dah keje dan dah berkeluarga, mmg payah nak jumpa, lepak-lepak ngan kengkawan. Sekali lagi aku bersyukur sangat-sangat sebab dikelilingi dengan kawan-kawan yang-bersama-tak-kira-susah-atau-senang dan hubby diaorg pun bole get along ngan aku dan my hubby. Aku pi umah Nad kat Kajang bersama mak, mummy dan hubby masing-masing. Nad masak meehoon hailam, air teh ais limau, ada kek baulu, kek gula hangus dan buah nenas dalam tin. Aku bawak mee goreng, mak bawak kek gulung? Dan mummy bawak agar-agar. Hhmm… kenyang betul makan dan macam-macam cerita yang keluar. Kesian kat Nurin sebab cuma aku sorang je yang ada anak….takpe, tak lama lagi, ramai la kawan-kawan dia nanti…masa tu dia bole jadi ‘taiko’ dan ‘kak long’ pada ‘adik-adik’ dia nanti.

Balik dari umah Nad dah pukul 12 mlm, aku jumpa mak ngan abah yang bermalam di rumah adik, dan yang paling tak senonoh aku sempat lagi makan sate 15 cucuk yang dibawa oleh mak..eemm…abih punah ranah diet aku…iiskk… Tak kisah la, janji aku happy dan aku bole tido lena sampai pagi. Semoga kegembiraan dan kebahgiaan hadir sama pada hari-hari yang mendatang.

Thursday, June 09, 2005

Inai

My colleague, Kak S baru je balik dari umrah, seblom dia pegi sempat la pesan ngan dia, tolong sampaikan doakan aku kat sana nanti. Selain dari tu aku pesan inai dengan disertakan sedikit sumbangan, iyer la, takkan nak main pesan gitu-gitu je dengan air liur, kesian kat dia kan.

Semalam Kak S masuk lab semula setelah 2 minggu menunaikan ibadah umrah, dia nampak sihat dan ceria sekali, batuk-batuk tu ada la sikit-sikit. Macam biasa, org balik umrah atau haji, bawa kismis, kacang kuda, kurma ..etc.. aku lak, punya la tak sabo terus tanya ada ke inai untuk aku?...

Mesti korang pelikkan, apsal la sibuk sgt aku nak berinai. Aku ni sejak kecik mmg suka pakai inai. Kat umah nenek tu sampai gondol dan patah-patah pokok inai aku kejekan, masa tu takde inai-inai serbuk ni lagi, kena tumbuk daun-daun tu.

Bila masuk sekolah menengah, dah kurang la aktiviti aku memakai inai, sebab cikgu tak bagi, peraturan sekolah gitu, tapi bila masuk u, projek memakai inai menjadi kegilaan, dapat lak kawan yang satu kepala, bukan setakat jari je yang berinai, rambut pun kitaorg inai! Best tau kalau pakai inai kat kepala, kepala jadi ringan dan sejuk je..

La ni zaman semakin moden, bukan setakat inai serbuk, inai dah ada dalam tiub, macam tiub ubat gigi tu. lagi senang nak pakai, takyah bancuh, terus pakai, nak buat decoration kat tangan pun senang sebab mulut tiub tu panjang dan tirus, tajam gitu. Jadi skang ni makin galak la aku berinai jawabnya...

(hehhe...nampak la cam pengantin baru je sepanjang masa....)

Kenapa buat aku camnihh???

Hari ni (semalam, Rabu, 8hb Mei) cam biasa, datang lab, breakfast dengan labmates, chit-chat lebih kurang sebelum semua orang buat keje masing-masing. Aku ambil kesempatan untuk check email seblom memulakan keje, memandangkan sample pun tak sampai lagi. Pastu, aku ‘jumpa’ seseorang dan dia telah berkata sesuatu kepadaku dan kepada semua yang lain. Tak sempat memproses apa yang cuba disampaikan, sample pun sampai. Tanpa membuang masa, aku mulakan keje aku hari dengan perasaan serba tak kena……


…………………………………………………….

Aku tak tahu, adakah kata-katanya tadi ditujukan untukku, tapi kenyataannya sungguh membuatkan aku terasa hati, tajam menikam! Apa salah aku? Kenapa dia cakap macam tu? Adakah dia cuba nak sakitkan hati aku?

Ntah la… puas aku fikir, apa lagi perbuatanku yang tak kena di hatinya, yang buat dia tak puas hati, sukar nak kutemu jawapannya. Bila difikirkan kembali, sememangnya aku pernah buat salah terhadap dirinya, aku mengaku dan berterus-terang padanya, juga memohon maaf, bahawa aku benar-benar kesal atas perbuatanku. Dia menasihati aku dan memaafkanku, tapi tak tahu la kalau itu cuma kata di mulut, kerana apa yanag ada dihatinya, hanya Allah yang tahu.

Dia yang kukenali sangat ku hormati dan ku kagumi. Salahkah aku kerana menyukai dan mengaguminya? Sekali lagi, ntah la…. Aku rasa sedih, pedih dan malu kerana kata-katanya seolah-olah menghina diriku. Terasa seakan berlubang dada ini mendengar kata-katanya.

Pastinya aku memang tak setaraf dengannya, tapi tahukah dia bahawa aku juga ada hati dan perasaan, tak perlulah menyakiti hatiku sedemikian rupa kerana aku tahu kedudukanku dan aku sedar siapa aku. Mungkin dia berjaya di dalam bidangnya, disukai ramai dan dihormati rakan, tapi tak bolekah dia menjaga hati dan perasaan orang lain?

Aku perlu meluahkan apa yang aku rasa, kalau tidak, lubang kat dada takkan hilang. Apa pun yang dia cuba lakukan, tidak sedikit pun mengubah rasa hormatku pada dirinya. Cuma aku nak dia tahu, aku juga ada cita-cita, impian dan harapan. Kata-katanya akan ku jadikan perangsang untuk mencapai apa yang aku inginkan. Bersama ibu bapa, suami dan anak yang sentiasa memberikan dorongan dan galakkan, aku percaya aku akan berjaya dan kerana Allah sangat berlaku adil pada hambanya. Mungkin ketika ini, aku masih mentah melalui liku-liku kehidupan, tapi tak mustahil dengan restu keluarga dan rahmat dan kasih sayang Allah, aku akan berjaya, insyaAllah. Aku harap dia juga tidak lupa, bahawa apa yang dia kecapi, apa yang dia perolehi, kejayaan, kerjaya dan keluarga bila-bila masa sahaja akan diambil Tuhan. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang…

…………………………………………………

Patut la satu hari ni rasa serba tak kena, walau pun kerja dah aku siapkan, masih ada lagi yang mengganggu di hati dan fikiran. Perasaan tak seronok, otak rasa beku , sungguh tak ‘best’ hari ini …. Cepat-cepat la berlalu hari ini, aku nak tido, nak lupakan ‘kata-kata’ yang sungguh mengecikkan hati aku (takpe la, biarkan, aku maafkan dia, mungkin semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya) aku nak bangun esok dengan perasaan baru, segar dan tiada dendam di hati, kerana dendam hanya akan menjadi barah yang membunuh perasaan dan fikiran.

Tuesday, June 07, 2005

Mimpi??

Hampir sebulan Nurin tido sorang-sorang kat bilik dia, biasanya takde masalah, kalau nak susu pun dia akan bangun kejutkan aku, pastu balik bilik dia semula, atau pun kalau dengar dia menangis je, aku terus bangun tenguk dia kat bilik sebelah.

Semalam, lebih kurang pukul 1.30 pagi dia masuk bilik aku, terus baring sebelah aku, kebetulan aku pukul 8.30 mlm dah kong!... Nurin pun lepas maghrib dah tido. aku pujuk dia masuk semula bilik dia, dia kata ' ann..nakk!'... aku buat susu, sambil pujuk-pujuk lagi, pun tak nak, at the end, dia tido kat bilik aku malam tadi. Takpe la, satu malam je, agaknya dia mimpi buruk kot, tak pun panas sangat sebab bilik dia memang panas sikit berbanding ngan bilik aku, walau pun dah 'switch on' kipas. Lagi pun, aku rindu gak ngan Nurin, lama tak tido ngan dia...*smile*

Monday, June 06, 2005

Asam Pedas Part 3

Asam pedas ikan pari, ayam masak goreng kunyit dengan kacang panjang, pucuk paku masak lemak, kerabu mangga, ulam pegaga, sambal belacan dan popedum. Sedap tak bunyinya?… Itu la menu yang aku sediakan untuk menjamu keluarga mertua. Aku sebenarnya jarang masak untuk diaorg sebab diaorg jarang datang umah aku, kalau datang pun kejab-kejab je, tak sempat nak masak, kalau balik jb lak, ada maid, maid yang masak, jadi jarang la aku menunjukkan kepakaran aku memasak..hehe…

Alhamdulillah, asam pedas ikan sekilo lebih tingal 3 ketul je, kerabu mangga tinggal sesudu dua, yang lain licinnnn! Cuma yang aku terkilan, asam pedas tu cair sikit, diaorg kata ok, cuma aku rasa tak brape best… Lepas makan memasing carik bantal ngan port, apalagi…tido laaa….

Friday, June 03, 2005

Asam Pedas Part 2

Err…yang, esok diaorg (my family in law) nak datang lunch kat umah kita tau…’..hubby aku baru jek tepon bagitau benda nih…

Aiseyyy….aku ingat masak asam pedas jek, pastu bawak pi umah diaorg makan kat sana, nampaknya segala menu makan tengahari esok, aku kena sediakan la ni….eemmm…

Takpe..takpe… bila lagi nak tunjukkan kat diaorg aku pandai masak…heheh…hopefully everything will be occay tomorrow.

Oh ya, … Ju, masak asam pedas tu mmg la senang, tapi yang aku malas tu preparation bahan-bahannya tu, nak kisar cili kering (sebab aku tak suka guna cili boh), nak kisar bawang… kalau la ada org sediakan bahan-bahannya aku tinggal masak, kan best?… Lagi satu, aku letak daun kesum ke, daun limau ke sebenarnya ikut jenis ikan / ayam / daging apa yang nak di’asam pedas’kan tu…contohnya, kalau ikan pari dan ikan duri (setengah orang panggil ikan mayong) aku mmg suka letak daun kesum, sebab nak hilangkan bau hanyir, kalau ikan parang, aku letak bunga kantan, kalau ikan merah atau ikan kembung aku letak lobak asin. Aku tak penah letak daun limau, tapi aku penah makan la asam pedas yg ada daun limau tu…em… sedap gak…

Asam Pedas

‘Kak Noha, nanti senang-senang, buat la asam pedas ek, … asam pedas ayam..eh…. ikan pari la, kitaorg semua suka asam pedas ikan pari’ kata Syedah, adik ipar aku masa dia bagi sebuku belacan yang dia beli kat Melaka.

Hmm…aku ni, kalau bab makan-makan, tak sampai ati la nak menghampakan permintaan orang..tapi bila aku nak buat ek?…

Well, pagi tadi, masa 'incubation time' dalam eksperimen aku, aku pun berkejar la pi pasar tani jab, ingat nak cari buah betik sebab mak mertua aku suka makan buah ni (eh..bukan kes nak beli jiwa ek, cuma nak amik ati je tau…heheh)… skang kan cuti sekolah, mak mertua aku ada hal kat sini, so semua in laws aku tgh melepak kat kl la ni…

Jalan sana, jalan sini, aku pi la gerai yang jual ikan ni..eh..ada ikan pari la, tapi tinggal 3 potong je, aku tanya dia berapa harga, dia kata, kalau aku amik semua sekilo RM10 je, sekali timbang RM13..eemm…bole la, aku borong semua, hubby pun lama tak makan, beli sikit-sikit kang tak cukup plak, pastu cari daun kesum, so, esok bole la aku buat asam pedas ikan pari.

Aku suka buat asam pedas, tapi sebab nak buat dia tu leceh, dan kat umah aku pun cuma berdua, malas nak buat. Tapi tak selalu asam pedas aku menjadi, kekadang tu tercair, kekadang terhangus (ini kes masa tumis tu sambil buat benda lain)..kekadang tu just nice. Harap-harap sedap la asam pedas aku esok, maklum la, nak menjamu orang. Wish me luck ek…

Yang best tu, semalam ngan pagi tadi ada org bagi ulam daun pegaga..emm…bestnye, bole buat sambal belacan…or kerabu mangga, mana best?.. atau buat dua-dua sekali?…tenguk la, mana sempat aku buat esok…

Sorang-sorang...

Aku sorang-sorang lab sekarang ni, labmates yang pompuan ada yang pi lunch kat luar ada gak yang pi tido. yang lelaki..of course la pi solat Jumaat. Aku?.... aku takde plan apa-apa, separuh hari terkejar-kejar buat labwork, skang ni aku nak melayan hobi aku...membaca.

Seronok gak skang ni, senyap je...kalau bole tido pun best, tapi mata tak ngantuk lak. aku ada sandwich, tapi malas nak pi kepitkan kat sandwich toaster, jab lagi la...

Re: [Me and My Life] 6/3/2005 09:37:00 AM

a ah..boy band indon..
 
biasa la kita kan ju, tempat makan semua tahu....hehehe.....

julia_B <julia@kym.edu.my> wrote:
aku yang duduk melaka pung tau
sufia tomyam kat mane..
apa la sany..

sori ek noha tak tau la lagu dewa tuh....
tu boy band indon kan????

--
Posted by julia_B to Me and My Life at 6/3/2005 09:37:00 AM


regards,
noha chomel 

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

Thursday, June 02, 2005

Tolongggg!!

Tadikan, bila aku viewed blog, aku perasaan aku dah posting entry 'Dewa' tu sampai dua kali. pastu aku delete la salah satunya, seblom tu aku tgk salah satu posting ada org comment, so aku tenguk 2,3 kali untuk make sure aku tak delete entry yang ada comment tu sebab aku tak baca lagi...pastu bila aku view lagi, aiiseyyy.... entry yang ada comment tu dah ilang la...mana ekk?...aku rasa aku delete entry yang betul..iiskkk....sape punya comment agaknya ek?...sape tahu, angkat tangan!...

Dewa - Satu

Satu - Dewa

aku ini adalah dirimu

cinta ini adalah cintamu

aku ini adalah dirimu
jiwa ini adalah jiwamu
rindu ini adalah rindumu
darah ini adalah darahmu

reff:
tak ada yang lain selain dirimu

yang selalu ku puja
ku sebut namamu di setiap hembusan nafasku
ku sebut namamu, ku sebut namamu

dengan tanganmu aku menyentuh
dengan kakimu aku berjalan

dengan matamu aku memandang
dengan telingamu aku mendengar
dengan lidahmu aku bicara
dengan hatimu aku merasa

repeat reff

Korang penah dengar lagu ni??... lagu Dewa dari album Laskar Cinta...tak tahu kenapa, aku suka sangat lagu ni, mungkin cara dia menyampaikan lagu ni kot, penuh perasaan, menusuk kalbu..sekali imbas tenguk website-website yang ada cerita mengenai Dewa ni, lagu ni ada kontroversinya...tapi, tak kisah la..apa-apa pun, janji aku suka lagu nih...ingat nak cari la CD ke, kaset dia ke... and u know what, Nurin lak suka Peterpan!!... emm...agaknya dia dengar kakak / abang dia nyanyi kot, bila dengar lagu Peterpan kat Era, badan pun mula bergoyang, mulut lak terkumat-kamit...haiii...nampaknya kena cari CD atau kaset Peterpan gak ni...bukan apa, mak dia pun minat gak...ho ho ho....

Makan..makan...makan..

Semalam on the way nak amik Nurin, hubby tanya nak masak apa, aku jawab, ntah!??..sebab aku pun takde idea nak makan masak / makan apa. Dia trus kata, makan luar la, kitaorg pun trus pi salah satu kedai makan kat Sri Serdang tu (Sufia Tomyam…again?…aku kena minta diaorg taja aku dinner camni sebab mengiklankan kedai makan diaorg)… mmg best, mahal sikit tapi worth it!…tomyam campur yang RM3.50 tu, everything inside, udang walau sekor, tapi besar siap sepit sekali…tu blom sotong, daging ngan ayam. ABC pun not bad, tinggi dan melimpah-limpah!..

Tapi, itu part yang best, yang tak bestnya, tempat tu kotor sket, longkang tersumbat, air melimpah dan semak sebelah tu ada sampah-sarap… maybe kalau orang datang sebab nak makan je, tak perasan kot..tapi aku ni jenis mata yang melilau-lilau, jadi benda kecik dan sikit pun bole jadi masalah pada aku.

Jadi, masa nak bayar tu aku pun cakap la kat adik yang nak amik duit dari kitaorg ni..

‘Dik, bos ada?”..
‘Ada’
…(senyum, tapi muka dah takut-takut dah..)
‘Takpe la, kata kat dia, makan kat sini sedap, akak mmg suka dan selalu datang sini, tapi tempat ni kotor sikit la’… (aku senyum, nak amik ati la jugak)
Dia senyum, pastu terus pergi lepas amik duit dari kitaorg..

Heheheh…daring ke aku?… seblom tu aku dah sound pelayan dia, hubby minta fresh orange tapi rasa cam epal, dia amik balik air tu, dan bagi yang lain, baru la rasa cam fresh orange, tak tahu la dia tambah ke, buat baru ke, hubby cuma geleng kepala je..almaklum la, hubby ni baik ati, aku lak kalau aku rasa aku betul, aku cakap je…

Aku tegur peniaga kedai makan tu sebab aku tak nak dia kena tutup kedai makan sebab ada penyakit timbul dari situ. Makanan dia mmg sedap, harga pun berbaloi, even parent aku suka makan kat situ, kalau korang tgk kedai tu, tiap-tiap malam penuh, jadi sayang la kan, kalau dia tak jaga betul-betul, nanti lain kali kalau aku mengidam nak makan makanan dia, mana aku nak carik?..jadi seblom jadi apa-apa, baik la aku buat sesuatu..hehe….lain kali, korang pun bole la try makan kat situ, ehh!..bukan aku belanja, korang bayo sendiri ek?..

Wednesday, June 01, 2005

Aku yang demam..

Sebenarnya, dah seminggu aku sakit tekak, ditambah lagi keletihan balik kampung last week, prepared samples..etc…semua faktor ni menyumbang ke arah ke’demam’man aku…takpe la, at least dapat la aku berehat kat umah tanpa gangguan..eemm..tanpa gangguan?…hehe…aku tetap anto anak aku kat babysitter, ye la..dah bayo, kalau tak membazir la duit aku tuh…

Hari pertama mc tu, dah kul 2 pun masa aku sampai umah, aku makan la sikit sebab nak makan ubatkan..pastu aku trus tido…tido..dan tido…nasib baik la setiap hari Isnin ada pasar mlm kat Sri Serdang ni, jadi dinner mlm tu, hubby aku masak kat sana jek…Nurin pun cam paham je mak dia ni tak sihat, dia tido awal gak, walau pun mlm terjaga, tapi lepas bagi susu, baring sama-sama ngan dia, dia tido balik…

Hari selasa bangun subuh tu masih senoneng lagi, tapi sebagai isteri mithali, aku bangun buatkan hubby aku breakfast (alahh..quiker oats je bancuh ngan air panas tambah gula dan kismis sikit…itu je?..ye la..dah itu je yang dia nak)…lepas hubby pi keje ngan bawak Nurin pi babysitter, aku makan ubat, sambung tido…bangun dalam kul 11 pagi…baru la rasa cam segar sikit, badan pun dah berpeluh-peluh…

Bila aku bangun tu, baru la aku perasan, betapa la umah aku tunggang langgang…kain baju tak lipat, tak vakum, dapur bersepah…eeeii…lemas!!..takleh jadi nih…bole demam balik aku tgk keadaan umah mcm tu…

Aku on radio Era, aku start mengemas, kumpul semua baju kotor, basuh. Sementara tu vakum umah, siap mop lantai lagi, pastu masak, tapi simple-simple je la, masak sayur air ngan sadin…eemm…berpeluh-peluh aku dibuatnya, rasa sejuk sikit badan..ops…nak mandi tu, sempat gak menyental bilik air…dah lama tak basuh nak masuk 2 minggu, geli aku tgk….perrghh…penat!, risau gak takut demam balik. Lepas mandi, dlm kul 3 ptg, baru la aku makan roti, pastu makan ubat…lega tgk umah dah bersih, bole la aku sambung rehat jab sementara tunggu hubby ngan Nurin balik…

Apa nak kata ek…kalau hubby atau anak demam, ada org yang menguruskan, sape lagi, kita ni la, wife dan ibu mithali, tapi kalau kita demam?…heheh…kalau tak gitu org tak panggil pompuan, isteri dan ibu ni superwoman atau bionic woman, betul tak? Siapalah suami dan anak-anak tanpa kita prempuan bergelar isteri dan ibu….*wink*..(bagi la can kat kita org rasa bangga sket..*smile*)

Hujung mingguku yang sibuk...

Cam lama je tak update blog ni, ye la buat bila ada kat opis je, bila kat umah mana la ada internet nak log in…

Sabtu lepas gi dating kat La Rizz Café (ni nak kena minta taja lunch sbb bagi publisiti free) Bangi, tapi lalu jalan ke arah Dengkil. Masa sampai tu, maklum la tengah lapo, semua nampak best, aku amik ikan kembung, 2 jenis sayur dan nasi, hubby amik ikan pari bakar sayur dan nasi, air limau ais dan air suam..semuanya RM16++!…pergghh…mahalnya,..emm…nasib baik la sedap, tak le aku kisah sgt, aku rasa ikan pari bakar tu je dah RM8, tapi makanannya bole tahan la best…dan ramai lak tu yang datang…aku ngan hubby biasa la, pantang ada je tempat makan best, mesti nak pi, ye la…nak la rasa ke’best’sannya tu …

Balik tu, baru aku amik nurin dari umah babysitter (heheh…bagus tak dating berdua jek…).. pastu mak mertua aku called, dia on d way pi kl, minta aku carikkan tukang urut, by d time dia sampai dia trus pi urut…. Aku ngan hubby aku pun macam nak rak la pusing keliling serdang jaya, seri serdang, dapat la 4 tukang urut tapi semua tak confirm lagi..takpe la, balik umah dulu, ptg sikit baru tepon balik, sampai umah, semua org kong, kepenatan..sedar-sedar dah 4.15 ptg, aku trus mandi, tepon salah sorang tukang urut pastu trus confirm, amik mak mertua aku kat uniten, pi berurut sampai kul 8 mlm, anto dia balik, kitaorg pi dinner, balik tgk vcd, lepak-lepak tgk tv, baca buku citer sampai lewat tido, pukul bape ntah…

Bangun solat subuh, tido balik, bangun balik dah kul 8.30 pg…kepala pun dah senoneng, badan rasa penat semacam, breakfast, basuh baju, sidai baju, gosok baju, bersiap nak pi high tea kat kl, seblom tu pi mid valley, konon nak cari hadiah labmates kawin, tak jumpa pun…lepas high tea sambung carik hadiah, masih tak jumpa, mak mertua called, nak jumpa dan nak minta tolong belikan barang. Pukul 4.30 ptg dari kl terus ke uniten, lepak jab pastu lepas maghrib, temankan adik ipar cari baju sbb dia nak stay ngan mak mertua aku tapi takde baju nak pakai esok nak pi keje, pastu dinner, kul 11 mlm baru sampai umah…

Letih sgt, tapi aku pun tak tahu camne aku bole heret kaki aku ke sana ke mari, dengan kepala yang berdenyut-denyut dan segala sendi aku sakit…penat tak baca citer aku kat atas nih?…kalau baca je korang dah penat, aku apatah lagi…tapi biasa la kan, menantu dan kakak ipar yang baik gitu… dan mlm tu aku demam!!….

Lama dah aku tak demam, mlm tu menggigil aku dibuatnya, pakai selimut pakai setokin, tapi hubby aku kata badan aku panas sgt…pagi-pagi aku dah bangun, mandi basuh rambut, konon nak bagi hilang panas badan, tapi satu badan lak sakit.. tu ada hati nak pi keje, hubby pun dah bising suruh pi klinik, bukan apa, aku dah janji ngan org, lagi pun tak sedap nak tinggalkan lab gitu-gitu je tanpa pesanan..pi gak keje, tapi tengahari balik, pi klinik, dapat mc 2 hari…

Eemm… tu la sebabnya aku tak update blog aku ni…. Ok habis part one, nanti aku sambung balik ek…